Wednesday, May 26, 2010

Yang mana satu ...

Kiri - Carrot walnut versi kukus
Kanan - Carrot walnut versi bakar

Yang mana satu... idaman kalbu... mau yang bakar ataupun kukus (mesti baca sambil menyanyi cam P.Ramlee tau...)... hahaha.... last night mission completed.. Mummy berjaya dengan project

Untuk kek carrot walnut Mummy tak gunakan resepi yang Mummy masukkan dalam n3 sebelum ni. Tapi Mummy guna resepi kat bawah ni.

CARROT WALNUT CAKE (resepi ni kawan Mummy emailkan dan dia dapat pun dari internet gak)

Bahan
4 biji telur asingkan putih dan kuning
1 1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran (darurat minyak masak pun boleh)
150g gula halus seperti castor sugar (mummy kurangkan jadi 140gm)
150g brown sugar (mummy kurangkan jadi 140gm)
1 1/2 cawan carrot yang telah disagat halus

Ayak bersama
250 g tepung naik sendiri (darurat tepung gandum pun jadi gak)
1 sudu kecil mixed spice (Mummy tak letak sebab tak suka rasa rempah2)
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 1/2 soda bikarbonat (Mummy tambah sendiri)
1 sudu kecil garam (lupa nak letak....heheh)
100g chop walnut (wajib ada baru sedap)

Cara2:
1. Pukul kuning telur di dalam mangkuk dengan menggunakan pemukul telur.
2. Kemudian tambahkan minyak, gula, carrot. Gaul hingga sebati.
3. Kemudian masukkan walnut dan akhir sekali gaulkan ia ke dalam bahan-bahan kering menggunakan senduk kayu (Mummy guna senduk kayu je...).
4. Pukul telur putih sehingga stiff and gaulkan ke dalam bancuhan kek.
5. Tuangkan ke dalam acuan 8" atau 9" yang telah dilanser
5. Bakar pada suhu 180 C selama 45 min (bergantung pada oven tersendiri)

Tips : bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

Frosting
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar

1. Pukul semua bahan hingga ringan dan kembang.

Carrot yang dah diparut. Kekadang Mummy confuse bila resepi kek guna cawan sebab cawankan saiz lain2 so Mummy belilah sukatan cawan tu kat bekery shop. Murah je 5-in1 dalam RM3 je. Ada sukatan untuk 1/8, 1/4, 1/2, 3/4 dan 1 cawan. Kira berbaloi2 la juga beli.

Pukul, ayak, campur, tuang... dah siap adunan...
 
Kiri - Masuk masuk oven
Kanan - 5 minit dalam oven ... cepat nye naik

Sebelum keluar dari oven ... nasib baik guna loyang 9 inci, kalau loyang kecik melimpah rasanya..

Untuk versi kukus, jangan lupa balut loyang dengan aluminium foil untuk elakkan wap air masuk ke dalam kek kita.

Kek versi kukus yang baru diangkat dari 'pengukus cikai' Mummy

Inilah hasil yang dah dikeluarkan dari loyang. Yang warna perang belah kiri tu versi bakar dan yang warna kuning2 perang tu versi kukus... loyang lain2 saiz so jadi tinggi rendah besar kecik la... heheh

Kek versi bakar Mummy dah potong... tak buat topping pun sebab yang ni nak buat makan2 jer...

Close-up sikit... tak tergoda ke tengok kek yang penuh ngan walnut tu.... klau beli ada la beberapa ketul walnut yang diracik2 tersangatlah halusnye... sendiri buat boleh letak lebih2.... kek ni tanpa topping memang dah perfect rasa dia... tak terlalu manis ... so orang yg ada diet pun boleh makan... lagipun Mummy guna minyak jagung (tanpa colesterol tu....) hahah...

Kiri - Mummy bawak satu bekas gi opis dan sebekas lagi bagi kat jiran sebelah.
Kanan - Carrot walnut cake + milo-o kurang manis for my breakfast today.. (breakfast pagi ni bukan ditaja oleh IBM yer....)

Tunggu comment Mummy untuk carrot walnut cake versi kukus pulak malam nanti, kek tu Mummy nak deko dan make-up sikit untuk jadikan birthday cake Dafiy... ntah camanalah jadinye rupa kek tu nanti.... hehehe

6 comments:

  1. kak gee... lupa nak kabo baking soda tu refer to bikarbonat soda... cake ni tak payah taruk baking powder... saya kalau buat carrot tu tak sagat halus2 saya racik halus macam nak goreng sayur campur tu... tapi versi halus ler... tahniah sebab berjaya buat carrot cake dengan jayanya :)

    ReplyDelete
  2. Kenapa la dh macam2 cake yg kau tunjuk satu pun x de yh terliur kt tekak aku, pelik...pelik....aku ni brand apa la aku ni...

    ReplyDelete
  3. sedap...rasanya mama suka yang kukus kot. ai anonymous tu apa yang dia minat...hehehehe kalau ikutkan minat memang kita tak minat...tapi maybe anak2 minat kan....so kena buat gak ler...

    ReplyDelete
  4. akak nie versi 60an...setakat kek pelangi jea dalam hati...jangan lupa tau akak punya sebuku, kow punya...!!!!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous tu suka buat tewol ngan keluban aja, kek2 dia tak main... si akak anonymous tu rasanya seumur hidup dia bab wat kek ngan kuih2 mmg tak termasuk dalam kamus hidupnya.

    ReplyDelete
  6. Eiyta Zarieyta S. - K.gee dlm mood rajin tu yang memarut 3 biji carrot, nxt time memang k.g rajik atau sagat kasar2 jer...

    MMiraki - yg kukus memang lagi moist tapi yang bakar tersangtlah harum wangi baunye masa dibakar

    Akak Anonymous May 26, 2010 8:09 PM - Betul kata MMiraki, tekak kita tak boleh terima tapi mungkin tekak anak2 dan suami kita boleh terima kut... dia orang saja tak buka mulut...heheehh

    Akak Anonymous May 27, 2010 8:08 AM - Sekarang ni musim panas memang susah nak tengok pelangi. So secara automatik kek pelangi petang tak ada gak... hehehe

    Akak Anonymous May 27, 2010 9:28 AM - Betul... betul... betul...

    Eh ramai sangatlah Anonymous kt sini, korang ni tak ada identiti betul la, tapi terrorkan Mummy walau dia org tu Anonymous tapi boleh tau gak siapa dia...heheh... pi la register account google ke apa...

    ReplyDelete