Saturday, May 29, 2010

Together-gether kat 'Muo' : Part I







28/5/2010 (Jumaat) - Yeyey.... hari yang ditunggu2 tiba juga. Hari ni Mummy & family nak pegi ke rumah kakak Mummy, Mek kat Sg Mati. Malam ni dia nak buat kenduri doa selamat. Awal pagi Mummy dah bangun bersiap2... almaklumlah anak ramai so kalau nak bergerak ke mana packing memang antara perkara yang membosankan...heheh...kul 11am Mummy keluar dari rumah. Kak Noor pun dah keluar gak masa tu.

Mr driver @ daddy ... pandu elok2 ye yang...

Tips nak bagi anak2 senyap dalam kereta... sediakan stock makanan yang banyak. Kereta Mummy dah macam kedai 7-11 bergerak... bila mukut penuh dia orang tak bergaduh...hehehe... tengok si Dafiy sampai tertidur dah. 

Mummy exit kat tol Ayer Keroh... so lalu la bandar Melaka cuci2 mata kejap. Jam gak kat sini sebab banyak bas rombongan cik kiah

Mummy sampai rumah Mek dalam pukul 2.30pm. Masa tu MMiraki dan KNor pun baru sampai jer.

 
2 tenda biru merah siap menunggu tetamu

Sampai jer masing2 terus layan perut... lapar memang la sedap makan. Tuan rumah masak nangka masak lemak cili api, ayam goreng, ikan masin dan sambal udang.

Musykil sebenarnya Mek ni buat kenduri apa siap dengan bunga telor lagi... Shafiq sunat lagi sekali ke? Heheh

Perut dah kenyang turun la padang tolong tuan rumah apa yang patut...

Rezeki kami lah kali ni nangka @ kambing gurun dari kampung masak. Sapalah lagi yang rajin nak 'menyembelih' dan membersihkan nangka ni selain Mummy...

MMariki ni dia tumpang posing jer... tengoklah nangka yang sangat manis kuning keemasan... orang lain makan nangka Mummy yang kena getahnye tau...

Tenaga kerja utama @ pramugari pramusaji... nasib la Mie, sbb kau macho C.Gee curuh angkat semua benda yang berat2...hihih..lepas ni seminggu x yah gi gym la

Sebelum orang masjid datang kami pun snap2 dan posing2 la dulu...


Persalinan Mummy malam ni ditaja oleh Joy Boutique Ampang Saujana.... alkisahnye Mummy terlupa nak bawak baju kurung. Nasib baik MMiraki bawak baju lebih. So baju tu cam P la... ok gak la walau besar sikit...

Snap2 lagi...

Yin datang ngan Harith je. Kak Tanty jaga kakak dia yang baru lepas operation kat Hosp Pakar kat BP

Kak Noor, Mummy dan Mek (tuan tanah rumah)

Rasa cam kenduri kahwin la pulak...

Ketibaan ADUN Bukit Mutiara masa bacaan tahlil dah nak bermula.

Ni bukan madu 3 yang bahagia yer... heheh

Me & my sisters 

Majoriti mudah 2/3 ... ahli yang dapat menghadirkan diri pada kali ini. Ahli yang tidak hadir diminta menghantar surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari....

Sebahagian dari tamu yang turut serta semasa bacaan tahlil... ramai boleh tahan

Dah lepas doa selamat kita makan dulu... tengok apa yang ada...

Barisan menu... close-up sikit jom...

 
Kiri - Ayam masak lemak cili api
Kanan - Sambal goreng special Mummy Gee ... suka2 je Mummy letak nama kan...sebab Mummy yang masak... heheh

Ikan goreng & daging masak kicap

Kiri - Ulaman + sambal belacan
Kanan - Ikan masin bulu ayam

Kat atas tu main menu, jom tengok pulak menu sampingan yang ada...

3-in-1 choc cake, bahulu cermai & kek pelangi petang. Choc cake dari Ampang Saujana, bahulu cermai tuan rumah dan pelangi petang dari Bangi D7

Kiri - My favourite kuih rangin @ dangai. Mummy bagi 6* daripada 5... tersangatlah sedapnye kuih ni. Makan masa panas2 perghhh memang sedap la
Kanan - Apam puteri ayu

Lapis kacang dari Bukit Mutiara JB dan kole kacang dari Puteri Kulai

Talam keladi dan karipap ayam pusing dari Gombak

Jemputlah makan jangan malu2...

Anak saudara Mummy, Hafeez yang on d way dari Spore-KL sempat singgah rumah Mek sekejap

Sesi ngeteh lepas tetamu balik...

 
Sesi gossip2 ayu...

6 comments:

  1. meriah giler aku tengok , cam orang mantu, siap pasang tende merah. gee sapa makan nangka dia tak kena getahnya, sapa nyampelungi nangka baru kena getahnya

    ReplyDelete
  2. ada orang tu tak kopek nangka,. tak pegi muo pun...tapi dapat makan nangka...cuba teka sapa....

    ReplyDelete
  3. sambal goreng tu tak memenuhi piawaian kan coz x de tahu n tempe.

    ReplyDelete
  4. sambal goreng tu tak memenuhi piawaian kan coz x de tahu n tempe.

    ReplyDelete
  5. Malam2 cam ni klu ada rangin panas2 sedapnye...

    ReplyDelete
  6. Yela... rangit dia sedap betul... nasib baik aku makan agak banyak jugak.

    ReplyDelete