Friday, May 21, 2010

Sedap dimakan begitu saja....


Cendawan mata kukur, kulat sisir dan jamur ge-re-get (orang kampung Mummy panggil) semuanye merujuk kepada benda yang sama.

Masa Mummy kecik-kecik dulu, cendawan ini senang nak dapat terutamanya kat batang-batang pokok getah yang dah tumbang dan reput. Paling banyak bila ada pokok-pokok getah ditebang dan sementara menunggu ditanam semula, batang-batang getah tersebut dibiarkan bergelimpangan dan reput. Bila musim hujan datang dan kemudian musim kering pula, batang-batang pokok getah yang dibiarkan reput itu kelihatan memutih dengan cendawan-cendawan kukur yang baru tumbuh.

Sekarang ni dah susah nak dapat cendawan ni, kekadang je terjumpa orang jual kat pasar malam or pasar tani. Sebab barang tak ada so harga pun mahal sikit lag. Selalunya sepiring kecik atau satu tin susu tu dia orang jual RM 2- RM3, so kalau Mummy nak masak paling tidak kena beli 2-3 tin sebab cendawan ni bila dah dimasak dia mengecut.


Best gak p kutip cendawan ni...


Lamanya tak makan cendawan ni, masak tumis pedas2 peergh terangkat. Cendawan ni nak sedap memang kena pedas2 kalau masak guna cili masak @ cili besar 2-3 biji tu memang tak best langsung. Mummy kalau masak memang cari cili api kampung tu pas tu letak ikan bilis banyak2 tumbuk semua dengan bawang putih dan bawang merah... ratah cam tu jer pun sedap...

Jenuh gak nak bersihkan cendawan ni sebelum boleh dimasak. Bukan apa ke takut ada ulat kayu yang sembunyi kat celah2 tu..

Kekadang ada gak Mummy masak lemak cili api dan letak pucuk ubi sikit. Nak tambah selera kena ada ikan masin sikit.


Ada gak yang buat cendawan ni masak rendang. Mummy tak pernah buat tapi pernah makan. Boleh tahan sedapnye.

Aduh lapar ni cerita bab makan memang menyiksakan. Perutku dah lapar sangat ni, almaklum dah pukul 2.15pm ni, mana dia orang ni lamanya pi solat jumaat. Mummy tengah tunggu dia orang balik bawak nasi briyani ni. Dah la pagi tadi makan biskut 2 keping jer ... lapar gilos ...ni... woit cepatlah orang dah nak pengsan ni!

1 comment:

  1. memang sedap...sekrg musim cendwn ke?
    mak slalu masak cendawan kukur msk lemak cili padi campur ngn udang kering pun sodap kak....
    huh! terliur den

    ReplyDelete