Thursday, May 11, 2017

19th Wedding Anniversary


Happy 19th Wedding Anniversary to us. Moga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga. Terima kasih atas semuanya. Love you more and more.


Syukur padaNya atas segala nikmat yang telah diberikan.


Hidup diserikan dan dimeriahkan dengan kehadiran anak2.


Priceless moments ... bersama dengan anak2 walau di mana


19 tahun yang lalu, aku terima nikahnya...


Si dia dalam misi menawan puncak Gunung Raung di Bali/Surabaya. Moga daddy berjaya dan jaga diri. We love you.
posted from Bloggeroid

Tuesday, February 28, 2017

Happy 14th Birthday - Adam Danish

27/02/2017 - HAPPY 14th BIRTHDAY ADAM DANISH @ ANGAH.


Semoga Angah menjadi anak yang soleh , cemerlang dunia dan akhirat dan sentiasa membahagiakan mommy & daddy. Kami sentiasa mendoaka yang baik-baik untuk Angah.


Angah ni tak suka bergambar, so dala hand phone mommy memang tak banyak gambar dia. Kalau ada pun muka tu tunduk ke, toloeh kanan kiri atau pandang belakang...heheheh

Wednesday, February 15, 2017

Daniel's 15th Birthday Celebration

Menjadi kebiasaan Mummy akan sambut birthday anak-anak walau secara kecil-kecilan. Mummy juga akan pastikan adik beradik yang lain akan buat/beli card harijadi dan beri pada adik beradik yang sambut harijadi. Pesan Mummy, ingat tarikh lahir adik beradik, walau Mummy dah tak ada nanti bila hari lahir adik-beradik jangan lupa wish. Kalau mampu belikan hadiah kalau tak mampu card dan ucapan sudah memadai. Bukan sebab hadiah semata tapi ingatan itu yang utama.


Officially, Along @ Daniel turns 15 today


We're family


Our 1st hero


We're siblings


From Mommy & Daddy


From Dania... small gift and card


DIY card from Dafiy


Favourite cake from SR...


Dinner at Cowboy Steak House... depan rumah je...


Enjoy his meal

Moga Along menjadi anak yang soleh, cemerlamg di dunia dan akhirat. Tahun ni PT3 menunggu Along. Usaha usaha usaha doa doa doa dan tawakal. Insyallah Along akan berjaya. Mommy dan Daddy sentiasa mendoakan kejayaan Along dan adik-adik.

Monday, February 6, 2017

Daniel's 15th Birthday

06/02/2017 - Happy 15th Birthday to Emmer Daniel @ Along.

Tuesday, January 3, 2017

1st Day School 2017



3/1/2017 Selasa - Hari pertama sesi persekolahan untuk 2017. Tahun ni Daniel@Along sudah naik tingkatan 3, Danish@Angah form 2, Dania darjah 6 dan Dafiy darjah 3. Peperiksaan besar menunggu Daniel (PT3) dan Dania (UPSR). Tinggallah si kecil Dhiya yang belum sekolah lagi. Abang-abang dan kakaknya dulu umur 4 tahun dah masuk tadika. Tapi si Dhiya ni Mummy rasa macam baby sangat la lagi....hahaha. Tak pe la biarlah dia main-main je kat rumah.

Lain-lain gambar kenangan boleh dili hat di sini.

Monday, January 2, 2017

Happy New Year 2017



Assalammualaikum, untuk semua pembaca. Errr ada ke lagi orang baca blog Mummy ni. Lama dah ditinggalkan. Bukan setakat sawang-sawang je, silap-silap anak gajah dan anak harimau pun dah berlari-larian. Hahaah.

Tak tau la kenapa tiba-tiba sepanjang 2016 mood untuk berblog betul-betul hanyut di lautan sepi. Malas tahap dewa betul. Sebenarnya banyak yang berlaku sepanjang 2016 dalam hidup Mummy tapi tak sempat untuk dicoretkan di sini. Harap-harap 2017 ni mood berblog timbul semula ye.

Untuk semua, semoga tahun 2017 ini membawa lebih kebaikan kepada kita semua.