Wednesday, May 12, 2010

Misi oh misi....

Selamat Menyambut Hari Jururawat kepada semua misi2 di dunia amnya dan di Malaysia khas nye. Juga kepada bekas2 misi....termasuk Kak Long ye. Tema sambutan tahun ni “Culture and Tradition of Quality and Excellence”. Semoga semua jururawat terus berkhidmat dengan ikhlas dan cekap. Jangan garang2 tau... hehehe.... kalau ada pesakit mengada2 tu biasa la.... tengah sakit nak perhatian .. hihih... Sekarang ni pun dah ada nurse lelaki kan, so agak2 pesakit ni prefer nurse lelaki ke pompuan ek!!!

Mummy pernah duduk hampir sebulan kat hospital masa bersalinkan Danish. Mula masuk hospital pregnant minggu ke 32 sebab uri bawah. Bosannya hanya tuhan yang tau la. Nak tunggu masa untuk bersalin punye la lama... paling cepat doktor kata minggu 36-37 baru nak ceaser....masa tu memang dah ngam dengan semua nurse. Bilik Mummy dah macam mini library, segala macam magazine dan buku cerita ada. Nurse2 ship malam la yang selalu pinjam buku kat 'mini library' ni.  So kepada nurse2 yang pernah serve Mummy terima kasih banyak2 yer....lebihkan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman....



No comments:

Post a Comment