Sunday, May 16, 2010

Pergi Tak Kembali

Alhamdulilah, Mummy dah selamat sampai ke Bangi dari kampung Daddy. Mummy balik dengan bibik, Dania dan Dafiy. Daddy, Daniel & Danish on the way, dia orang bertolak lewat sikit.

Pada yang tak tahu lagi emak mertua Mummu (emak Daddy) telah kembali kerahmatullah pada 13/05/2010 (Khamis) lebih kurang pukul 12.30pm. Masa tu Mummy ada kat office sebab orang buat audit tak siap lagi. Tetiba Daddy call kata emak dah meninggal. Terus daddy letak phone. Lepas tu Mummy call daddy semula, masa tu Daddy dah on d way balik ke kampung, dah lepas dari Tanjung Malim pun. Sebelum tu Kak Nah (kakak Daddy) called Daddy kata emak dah nazak, so Daddy terus berkejar balik dari office. Bukan rezeki Daddy untuk tengok saat2 akhir MIL, Daddy sampai 30 minit lepas MIL pergi. Hanya ayah yang menyaksikan saat2 akhir emak.

Dari office Mummy terus balik rumah. Sebelum tu dah called bibik untuk kemas kain baju. Daniel & Danish dah pergi ke sekolah masa tu. So lepas Mummy kemas kain baju semua terus gi sekolah anak2.  Pukul 2.15pm baru bertolak balik ke kampung. Dari tol Sg Besi menghala ke KL jam la pulak. Hampir 1 jam baru sampai ke TUDM Sg Besi.

Sepanjang perjalanan kejap gerimis kejap panas. Daddy called supaya Mummy tak rushing sebab MIL akan dikebumikan awal pagi esok sebab kat kampung hujan selebat-lebatnya. Mummy sampai hampir pukul 5.00 pm. Kat rumah penuh dengan orang2 kampung. Adik beradik Daddy semua dah sampai kecuali keluarga Abg Lee dari Penang.

Malam masing2 bersilih ganti menunggu dan membaca Yassin untuk MIL. Seawal pukul 8.45am emak sedia untuk dimandikan. Mummy turut serta dengan daddy dan ipar2 untuk memandikan emak dengan tunjuk ajar.

Pukul 10am jenazah emak siap dikapankan dan disembahyangkan. Dan di bawa ke kawasan persemadian terakhir yang terletak tak jauh dari rumah. Mummy ikut serta sehingga selesai majlis pengkebumian.

Semoga roh emak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. AMIN.

3 comments:

  1. Perjalana terakhir seorang hamba Allah. Takziah dan Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. takziah k.gie atas pemergian MIL

    ReplyDelete
  3. amin..
    sy doakan arwah dtempatkan dlm klgn org beriman.

    ReplyDelete