Lama betul blog Mummy ni kena tinggal ye. Tak tau ler, memang tak de mood langsung dah nak berblog.... ni pun cerita yang dah ala2 basi gak ler...
13/12/2012 (Khamis) - Daripada Taiping kami terus ke Penang. Lepas makan terus check in. Masu tu pun dah almost 3.30pm.
We all nak ikut jambatan jer tapi anak2 sibuk nak naik feri ler pulak. So anak2 la menang.
Cuaca tak menentu... sekejap mendung
Sekejap cerah
Kami menginap di sini. Hotel ni terletak di Tanjung Bungah
View dari balconi... bilik kami nun kat tingkat 7...
Bilik boleh tahan luasnya. Ada dua katil super single... berhimpit le sikit kami tidur...heheheh. Kalau ambik dua bilik pun anak2 mesti nak tidur bilik Mummy gak so ambik je bilik ni.
Sofa untuk lepak2 sambil layan FB
Meja solek/study dengan bigggg mirror mirror on the wall. Kawan blogger Mummy si, Miss Mirror sure suka stay kat hotel ni sebab ada cermin besar....hehehe
Anak bujang kecik
Mummy make sure hotel ada swimming pool dan ada internet tau....huhuhuhu....request anak2
Actually Penang ni Mummy tak de pun plan nak melawat mana. Saja jer transit satu malam sebelum sambung perjalanan ke Pantai Timur. So xtvt anak2 berendam dalam kolam dan Mummy baca novel jer la...heheh. Baik duduk rumah je kan.
So bila dah penat berendam ini pulak xtvt dia orang sementara menunggu dinner...maggi in cup....
Senja di Tanjung Bungah
Anak sapa la comelnya berkain pelikat ni.....(kes puji anak sendiri....)
Malam2 kami dinner kat Batu Feringghi. Tapi kan Mummy punye le dah lama bersiap tapi Daddy anak anak2 bujang semua nak tengok bola dulu. Piasa AFF, Malaysia vs Thailand. Cam dah nak merajuk jer...hehe. Bila Thailand dah gol dulu baru la we all gi dinner.
Dafiy pun boring tunggu kan Dafiy kannnn
Maybe sebab weekdays... entrance hotel pun lengang jer waktu malam ni
Si Danish ni dah ada 'pipi' dan 'perut' sebelum ni nampak kurus cikiding jer...
Tempat menghabiskan duit kat lobby hotel
Anak dara ni sekarang dah pandai nak make-up. Sling bag tu penuh dengan segala getah dan reben rambutm bedak dan lip gloss. Dia dah request blusher ngan eyeshadow dah.... ambik je la Mummy punya yang dah nak habis tu Dania...hehe
Breakfast.... lepas breakfast kami terus check out. Projek panjat Bukit Bendera kita tunda tahun depan ya anak2...
Me & Mr Pilot... bye2 Penang...
Dari Penang kami merentas semenanjung ke Kelantan pulak. Tunggu n3 seterusnya