Malam tadi Mummy pegi mesyuarat agong PIBG mesyuarat tingkap dengan jiran tetangga. Kali ni mesyuarat kat rumah Kak Gayah. Hehehe... ala bukan mesyuarat apa pun sebenarnya kita orang buat potluck small gatherin sesaja untuk kenal2 dengan jiran tetangga kat area perumahan ni. Walaupuan dah hampir dua tahun duduk kat D7 ni tapi ranai gak jiran tetangga yang Mummy sendiri tak kenal lagi. Majlis kali ni pada awalnya hanya untuk kaum wanita D7 je tapi in the end terpaksa melibatkan kaum bapa gak untuk tolong perabihkan makanan, so dah tak jadi 'D7 Ladies Nite' le...
Siapa punya tulisan la... buruk benor kan... ni tangan masa kecik tak berbedung kut.... hihih
Walau pun program ni untuk semua kaum ibu D7 tapi kehadiran tetap lorong Mummy la yang ramainya. Tak apa tak kaum ibu 7/2E memang bab2 bersosial ni rajin dan aktif...eheh
Susun jangan tak susun
Lepak2 dulu sementara tunggu gang bas sekolah yang lain sampai
Boleh caya ke Cikgu Ina ambik gambar ni.... ke baru nak belajar guna camera canggih tu....heheheh
Apalah yang dibelek Cikgu Ina ni???
Tumpang posing kat rumah orang...
Cap ibu dan anak...
Bila ada aca cam ni sebenarnya anak2 yang paling suka...
Sikitnya Danny makan...
Antara muka tetap setiap xtvt D7
3 mak dara pingitan.... mesti ada punyeee
Apa la yang digelakkan dia orang ni
Makan daddy...
Last sekali jom layan apa menu yang yang ada... macam2.... ada mee rebus, laksam, ikan pais, roti jala, kek perbagai, buah yang berbagai kuih muih dan banyak lagi la. Sorang bawak sikit bila dah susun2 sampai tak cukup meja jadinya....
Mee rebus mablessss hasil tangan Kak Zee
Roti jala dan kari daging Kak Gayah
Pais ikan talapia.. terbaekkkkkkkkkkkk dari Restoran Asam Pedas .... fresh from daporrr.... masig berwap lagi masa sampai
Puff durian dan sponge roll
Kek dari resepi rahsia dan donut dari Dunkin Donuts
Karipap dan kuih talam
Agar2 marble dan roti yang cantik dan sedap... sejuk je lalu kat anak tekak
Masam2 manis....
Pilih je nak yang mana
Mummy malas nak masak yang berat2 so buat je cheese tart ni...
dan choc cuppies ni
Almost kul 12 gak le baru kita orang balik ke sarang masing2... harap2 lain kali lebih ramai lagi jiran tetangga dapt hadir.