Sunday, October 9, 2011

D'7 Ladies Nite

Malam tadi Mummy pegi mesyuarat agong PIBG mesyuarat tingkap dengan jiran tetangga. Kali ni mesyuarat kat rumah Kak Gayah. Hehehe... ala bukan mesyuarat apa pun sebenarnya kita orang buat potluck small gatherin sesaja untuk kenal2 dengan jiran tetangga kat area perumahan ni. Walaupuan dah hampir dua tahun duduk kat D7 ni tapi ranai gak jiran tetangga yang Mummy sendiri tak kenal lagi. Majlis kali ni pada awalnya hanya untuk kaum wanita D7 je tapi in the end terpaksa melibatkan kaum bapa gak untuk tolong perabihkan makanan, so dah tak jadi 'D7 Ladies Nite' le...


Siapa punya tulisan la... buruk benor kan... ni tangan masa kecik tak berbedung kut.... hihih

Walau pun program ni  untuk semua kaum ibu D7 tapi kehadiran tetap lorong Mummy la yang ramainya. Tak apa tak kaum ibu 7/2E memang bab2 bersosial ni rajin dan aktif...eheh


Susun jangan tak susun


Lepak2 dulu sementara tunggu gang bas sekolah yang lain sampai


Boleh caya ke Cikgu Ina ambik gambar ni.... ke baru nak belajar guna camera canggih tu....heheheh


Apalah yang dibelek Cikgu Ina ni???

Tumpang posing kat rumah orang...

Cap ibu dan anak...

Bila ada aca cam ni sebenarnya anak2 yang paling suka...

Sikitnya Danny makan...

Antara muka tetap setiap xtvt D7

3 mak dara pingitan.... mesti ada punyeee

Apa la yang digelakkan dia orang ni

Makan daddy... 

Last sekali jom layan apa menu yang yang ada... macam2.... ada mee rebus, laksam, ikan pais, roti jala, kek perbagai, buah yang berbagai kuih muih dan banyak lagi la. Sorang bawak sikit bila dah susun2 sampai tak cukup  meja jadinya....

Mee rebus mablessss hasil tangan Kak Zee


Roti jala dan kari daging Kak Gayah

Pais ikan talapia.. terbaekkkkkkkkkkkk dari Restoran Asam Pedas .... fresh from daporrr.... masig berwap lagi masa sampai

Puff durian dan sponge roll

Kek dari resepi rahsia dan donut dari Dunkin Donuts


Karipap dan kuih talam

Agar2 marble dan roti yang cantik dan sedap... sejuk je lalu kat anak tekak


Masam2 manis....



Pilih je nak  yang mana

Mummy malas nak masak  yang berat2 so buat je cheese tart ni...


dan choc cuppies ni

Almost kul 12 gak le baru kita orang balik ke sarang masing2... harap2 lain kali lebih ramai lagi jiran tetangga dapt hadir.

1 comment: