Thursday, November 6, 2014

Sehati Sejiwa Serasi Bersama...

Dah lama tak kena sakit mata, start hari ni Mummy MC dua hari sebab sakit mata. Sah le berjangkit dari Daddy atau anak-anak. Bila sakit mata ni paling mencabar bila menunduk buat kerja atau ruku' dan sujud , terasa urat-urat maja menarik-narik biji mata yang nak terjatuh.

MC tak kena masa so Mummy terpaksa juga pergi ke office sebab ada few things yang urgent nak kena diuruskan. Sampai pukul 12 dah tak boleh menahan kepedihan mata so Mummy balik rumah.


Sakit mata tapi selfie tetap selfie


Kabur pandangan mata


Betul- betul sakit secara berjemaah kan? Ahad lepas Along kena sakit mata dan MC 3 hari dan hari ni baru sekolah. Hari Isnin daddy dan Dafiy pulak start sakit mata.

posted from Bloggeroid

Sunday, November 2, 2014

Maidless

Hari ni bibik balik ke Indon for good. Dua tahun je dia kerja dengan Mummy.

Mula-mula dia kata nak sambung kerja lagi setahun tapi dia nak cuti dulu balik Indon. Mummy agree dan bagi dia cuti sebulan. Tiket balik cuti dia bayarlah sendiri. Since passport dia dah nak expired so sebelum renew permit kami bawal bibik ke Kedutaan Indon untuk buat passport baru. Bayar seratus lebih sebab kena ambik inaurance untuk dia juga.

Seminggu dua lepas tu bibik kata cuti sebulan sekejap sangat, dia nak cuti tiga bulan baru dia sambung kerja. Dan dia nak tiket cuti dia pergi balik Mumny yang bayar. Amboi2 ini sudah over dah la ko nak cutinlama tiket pun nak aku bayar. Mummy cakap dengan dia cuti sebulan dan tiket untuk balik Mummy akan cover half. Dia tak setuju dan dia kata nak berhenti tak ank sambung dah. Grrrrr. Nasib baik Mummy belum renew working permit dia.

So flight dia 6.40am pagi tadi. Pukul 3am bertolak kat airport. By this time mungkib dah sampai ke kampung dia kut sebab dr airport Bandong dia kena travel for 5 hours lagi before sampai ke kampung.

Mummy bab masak ke kerja rumah tak adalah susah atau masalah sangat kalau tak ada bibik ni. Isinya penjagaan anak-anak je. Mana nak letak Dhiya dan yang lainnya. 3 yang atas tu oklah boleh je tinggal kat rumah tapi Dafiy dan Dhiya nak kena cari pengasuh juga....Masih lagi mencari taska atau pengasuh yang boleh menjaga Dhiya dan Dafiy.

Jomlah jamu mata apa yang Mummy masak untuk hari ni.


Ayam Kampung Masak Ungkep JDT....


Sambal goreng tauhu, tempe dan kentang
.


Ikan kerapu goreng cicah kuah kicap.

Prepare frozen foid for d kids


Ayam masak merah


Tenggiri goreng berlada


Daging dendeng

Pagi-pagi tinggal panaskan je kat microwave untuk anak-anak makan waktu tengahari.


Hari ni sudah 20 hari Yin pergi meninggalkan kami. Kerinduan semakin dirasai oleh semua terutamanya Kak Tanty dan Harith. Bangun tidur tadi baca wassap keluarga. Laju je air mata meleleh. Cepat sangat kau pergi Yin. Al-fatehah.

posted from Bloggeroid

Saturday, November 1, 2014

Kenangan mengusik jiwa

Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat mula-mula mengenal ABC.

Mummy sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Chantek (SKSC). Spelling "Chantek" memang macam tu. Di situlah tempat Mummy mula-mula mengenal ABC dan 123 tahun 1977. Sekolah ala-ala bangsal kayu separuh dinding. Bila hujan lebat pasti kebasahan terkena tempias. Jauhnya dari rumah Mummy ke sekolah dalam 4-5km. Cam biasalah pergi sekolah naik basikal. Bila dah darjah 6 adalah kadang-kadang abah hantar naik motor.

Mummy baru je buat wassap group untuk kawan-kawan SKSC yang sama badge. Bermula dengan 4 orang sekarang dah ada 12 orang ahli. Kelas Mummy sehingga darjah 6 dulu ada 42 orang. Target sebelum hujung tahun nak menjejak kasih sekurang-kurangnya 30 orang. Daripada 42 orang tu 2 orang sudah menemui penciptaNya. Al-fatehah.


Ini cikgu-cikgu dan kakitangam sekolah. Rasanya gambar ni diambil tahu 1980 atau 1981. Masih lagi sekolah ala-ala bangsal kayu.

Duduk dari kiri:
Cikgu Goh Swee Peng (datang sekolah naik basikal mini je), Arwah Cikgu Mokli Kassan, Cikgu Shukri (Guru Besar), Cikgu Hussin dan Cikgu Abdul Hamid.

Berdiru dari kiri :
Abd Razak (peon), Cikgu Ahmad Sabri, Cikgu Chang, Cikgu Abdul Wahid, Cikgu Hamdan, Bedul (tukang kebun) dan Cikgu Mohamad Salleh (suka mencubit)


Ini pengawas sekolah. Carilah mana satu Mummy


Kalau tak silap ini gambar persatuan Bahasa Inggeris. Cikgu Chang jadi penanungnya


Mummy dan kawan-kawan buat persembahan masa.sambutan hari guru.

Credit kepada Suzana Ramlan yang rajin selak-selak album lama.

SKSC Badge 1977-1982
1. Fauziah Omar
2. Noraini Ahmad Kadri
3. Muslimah Hamdan
4. Norsiah Taat
5. Suhana Selamat
6. Mohd Saidi Hassan
7. Noraida Bahir
8. Nordin Mokhtar
9. Nor Azam Hamim
10. Zulkifli Karimon
12. Nor Azman Baba
13. Ishak Samad (arwah)
14. Mohd Zali Salikin
15. Salmi Salikin
16. Mohd Jais Ahmad
17. Norhayati Rakim
18. Nordiana Adnan
19. Rozana Rodi
20. Abdul Rahman Paidi
21. Marfeah Basir
22. Jaemah Man
23. Turiah Jalal
24. Basariah Suhod
25. Ariffin Ahmad
26. Salina Paiman
27. Rosmila Kasmani
28. Siti Misnah Md Nor
29. Mazlina Misnan
30. Norazman Saad
31. Mohd Kamal Hashim
32. Mohd Taufik Maulana
33. Anawiyah Othman
34. Nor Intan Ahmad
35. Suzana Ramlan
36. Siti Fatimah Senin
37. Mohd Toha Shariff
38. Hairuman Tarmimi
39. Miswar Saem
40. Nordin Paiman
41. Raja Mohd Aidil
42. Mohd Yunus Subandi


Cuti Raya Aidil Adha baru-baru ni Mummy ada singgah ke SKSC. Selalunya bila bakik kampung Mummy akan pergi kubur emak dan abah dan lepas tu sure menyinggah ke sekolah ni.






Kenapa sekolah Mummy kecik je. Oh ala anak... sekolah Mummy kat kampung la nak ooi. Student tak ramai.


Mummy dan best friend Mummy masa sekolah rendah Rozana Rodi. Gambar ni dua tahun lepas masa wedding anak dia. Anak-anak Mummy halus2 lagi si Jannah dah nak terima cucu kut ...

posted from Bloggeroid

Monday, October 27, 2014

Menjala di Pantai Remis

Hari ni Mummy menjala kat Sg Batu Pantai Remis dan hasilnya seperti di bawah sangat-sangat menggalakkan.


Macam-macam ada... cukup stock ikan 2-3 minggu ni

Murah ke? Compare dengan harga di Bangi ada yg lebih murah, sangat murah, sama dan lebih mahal tapi apa yang pasti ikan-ikan ni tersangat-sangatlah segarnye. Masa Mummy sampai di sini, ikan-ikan banyak yang masih nyawa-nyawa ikan lagi.


Jenahak RM35/kg. Seekor ni dalam 1.3kg. Plan nak masak kari or asam pedas la


RM35/kg . 2 ekor ni 1.8kg. Plan nak goreng garing dan makan cicah kuah kicap dan seekor nak buat sweet sour


Senangin RM8/kg...sangat-sangat myrah ni. 6 ekor dalam 1.5kg. Daddy suka masak gulai kari jer


Tenggiri batang RM31/kg sama dengan harga di Bangi. Mummy ambik separuh berat dah almost 1.8kg. Potong dapat 14 keping. Goreng, masak lemak cili api atau goreng berlada


Ikan plotan. Ikan ni Daddy yang nak. Mummy tak kenal ikan ni. Arwah MIL suka masak gulai kari


Ikan sembilan di tapak tangan. Confirm Daddy nak masak gulai kari.


Ikan pilihan daddy lagi ikan selangat. Msk datuk dia beli sampai 3kg=RM11 je. Ikan ni selalu goreng garing je. Macam ikan kucing a.ka. selat kuning kecik


Ikan ni makcik kedai bagi free jer


Udang putih RM40...kat Bangi dalam RM55. Masa Mummy sampai udang-udang baru nak diasingkan ikut jenis dan saiz


RM15, sotong ni goreng tepong atau masak kicap la kut atau goreng kunyit

Actually bukan la purposely Mummy pergi sini nak beli ikan. Mummy ada kenduri kahwin di Kuala Kangsar dan lepas tu Daddy nak jumpa kawan dia di Taiping so on the way balik ke KL singgah la di Pantai Remis.

posted from Bloggeroid

Saturday, October 25, 2014

Menu Maal Hijrah


Menu Maal Hijrah


Kari ikan kembung


Ayam goreng ala2 kepci0


As usual pengganti kologen n botox


Sumber protein...sotong kicap

Sayur? Kacang botol cicah sambal brlacan je.

Thursday, October 23, 2014

Rindu seorang isteri...

Speechless.... biarkan gambar berbicara!





Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada Kak Tanty dan Harith menghadapi hidup yang mendatang tanpa Yin di sisi. Kami ipar duai sentiasa ada untuk Kak Tanty dan Harith. Al-fatehah Yin... 

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 21, 2014

Yang "Terakhir" Tentang Yin!

21/10/2014 (Selasa) Genap seminggu Yin meninggalkan kami semua. Cepat benar masa berlalu, seperti baru seketika menerima pangilan dari Kak Long bagitau Yin dah tak ada. Memang sukar untuk mempercayai, tapi berusaha untuk redha atas ketentuanNya.

Al-Fatehah my big bro. 

Gambar Yin berseorangan yang terakhir Mummy ambil. Masa cuti raya haji yang lepas (6 Oktober 14).

Gambar wefie terakhir Mummy & Yin . Masa cuti raya haji yang lepas (6 Oktober 14).

Lagi satu gambar wefie Mummy dan Yin, lebih kurang dengan gambar di atas cuma kali ni dia tak pakai songkok. Masa cuti raya haji yang lepas (6 Oktober 14).

Gambar Mummy yang terakhir Yin ambil. Masa ni Yin ikut Mummy ronda-ronda selepas pergi kubur emak dan abah. Ini juga kali terakhir Yin melihat SMDS. Lepas dia ambik gamabr ni Mummy kata, apalah ko Yin ambik gambar orang nampak gemuk (realitinya memang gemuk pun....hihi.. kesian ko Yin tak pasal-pasal kena marah ngan aku)

Wedding terakhir yang Yin hadiri... anak saudara kak Tanty kahwin di Cheras. Nampak ceria Yin dan Kak Tanty


Aidil Fitri 2013 ... foto terakhir Yin bersama semua waris Hj Omar & Hjh Amanah. Ikut perancangan 2014 gikiran beraya di PS tapi apakan daya Yin dah pergi dulu.

Aksi Ala-ala Panca sitara yang terakhir dengan Yin...

Aidil Fitri 2013...


Sambutan hari lahir terakhir Yin ... 50 tahun



Harapan terakhir Yin dihari jadinya..


Birthday wish terakhir Mummy untuk Yin semasa hayatnya




Gambar terakhir Yin dengan kawannya yang dia upload di FB (Sept 13 '14)



Gambar family terakhir yang Yin upload  --- family kawan baiknya.. Cikgu Bakri


Gambar terakhir Yin upload dalam FB Anak2 Hj Omar & Amanah. Gambar lama (2012 kalau tak silap) Mummy dan Yin. Masa ni Yin baru baik dari sakit...



Status terakhir yang Yin upload di FB... 10.21am 9 October 2014



 Sahabat Yin yang terakhir berpeluang melihat Yin semasa hayatnya.


Saat terakhir jasad Yin berada di rumahnya di Kulai

Kenderaan terakhir yang Yin naiki.


Jasad Yin akhirnya disemadikan di sini. Tanah Perkuburan Islam Batu 6 Bakri. Dalam hati terdetik kenapa Yin beria-ia meninggalkan pesan pada Kak Tanty supaya dia dikebumikan di sini. Mungkin sebab tanah perkuburan ini berada di tepi jalan besas dan merupakan laluan kami bila balik ke kampung. Yin mungkin nak memudahkan anak isteri, adik beradik dan sahabat handai mengunjungi pusaranya. Dan satu lagi mungkin sebagai tanda akhir persahabatannya dengan sahabat baiknya Cikgu Bakri. Yin dan 'Bakri' seperti tidak boleh dipisahkan. Wallahualam. 


...............................

Sebahagian daripada status FB sahabat-sahabat dan anak-anak murid Yin. Yang nyata masing-masing memang terkejut dengan pemergian Yin.