Monday, October 27, 2014

Menjala di Pantai Remis

Hari ni Mummy menjala kat Sg Batu Pantai Remis dan hasilnya seperti di bawah sangat-sangat menggalakkan.


Macam-macam ada... cukup stock ikan 2-3 minggu ni

Murah ke? Compare dengan harga di Bangi ada yg lebih murah, sangat murah, sama dan lebih mahal tapi apa yang pasti ikan-ikan ni tersangat-sangatlah segarnye. Masa Mummy sampai di sini, ikan-ikan banyak yang masih nyawa-nyawa ikan lagi.


Jenahak RM35/kg. Seekor ni dalam 1.3kg. Plan nak masak kari or asam pedas la


RM35/kg . 2 ekor ni 1.8kg. Plan nak goreng garing dan makan cicah kuah kicap dan seekor nak buat sweet sour


Senangin RM8/kg...sangat-sangat myrah ni. 6 ekor dalam 1.5kg. Daddy suka masak gulai kari jer


Tenggiri batang RM31/kg sama dengan harga di Bangi. Mummy ambik separuh berat dah almost 1.8kg. Potong dapat 14 keping. Goreng, masak lemak cili api atau goreng berlada


Ikan plotan. Ikan ni Daddy yang nak. Mummy tak kenal ikan ni. Arwah MIL suka masak gulai kari


Ikan sembilan di tapak tangan. Confirm Daddy nak masak gulai kari.


Ikan pilihan daddy lagi ikan selangat. Msk datuk dia beli sampai 3kg=RM11 je. Ikan ni selalu goreng garing je. Macam ikan kucing a.ka. selat kuning kecik


Ikan ni makcik kedai bagi free jer


Udang putih RM40...kat Bangi dalam RM55. Masa Mummy sampai udang-udang baru nak diasingkan ikut jenis dan saiz


RM15, sotong ni goreng tepong atau masak kicap la kut atau goreng kunyit

Actually bukan la purposely Mummy pergi sini nak beli ikan. Mummy ada kenduri kahwin di Kuala Kangsar dan lepas tu Daddy nak jumpa kawan dia di Taiping so on the way balik ke KL singgah la di Pantai Remis.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. wah...bestnyer dpt lauk ikan fresh2...

    mesti seronok nak masak kan...

    selamat berkenalan.

    http://vitalicious2u.blogspot.com/

    tq

    ReplyDelete