Friday, March 25, 2022

Dania's Sweet 17th Birthday



Happy Sweet 17th Birthday my first doter kakak Dania Batrisya. Moga hidup kakak sentiasa diberkati olehNya, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan baik kakak di dunia & akhirat dan sentiasa dalam lindunganNya.

Lahir 2.9kg secara czer pada hari Jumaat 25/03/2005. Overdue induce 2x, x ada contraction dan laluan tak buka langsung.
Daddy rushing dari Solat Jumaat terus ke bulik OT. Sempat jumpa sebelum mmy dipengsankan. Sakitnya masa cucuk epidural malangnya epidural tak betul kut dia org buat. Dah atas katil bedah doctor dah standby dgn pisau gunting dll. Doc tekan tekan perut guna pisau sikit kita ckp sakit, doc suruh gerak kaki sikit mummy boleh lagi angkat kaki tinggi 🤣🤣🤣 memang tak ada rasa kebas langsung. Sahlah mummy ada ilmu kebal x lut dgn epidural. Last pakar bius decide bagi GA pulak, dan akak terus zzzz... Itulah cerita czer kali ke-2.

Sempena birthday kakak yang ke 1️⃣7️⃣ mummy ada 1️⃣7️⃣ pesanan khas untuk kakak,

1.Mummy, daddy dan adik-beradik semua sayangkan kakak. Mummy sentiasa ada untuk kakak.💕

2.Jaga solat, hormat ibu bapa dan orang2 yang lebih tua, insyallah Allah akan jaga kakak 

3.Jaga hubungan-baik dengan adik-beradik dan saudara-mara.

4. Bantu adik-beradik dan saudara-mara dahulu sebelum bantu orang lain  💕

5.Usahakan bersungguh2 apa yang kakak inginkan dalam hidup, berdoa dan berserah padaNya. Bersabar dan tunggu hasilnya.💕

6.Capai sahaja apa yg kakak inginkan dalam hidup tapi jangan sampai menganyai dan menyusahkan orang lain. 

7.Dalam dunia ni sentiasa ada orang baik, kalau tak jumpa, kakak jadilah salah seorang darinya.💕

8.Berbuat baik dan sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik.💕

9.Berbuat baik pada semua orang tapi pastikan orang tidak ambik kesempatan atas kebaikan kakak.💕

10.Hidup kena berbudi. Kalau tak mampu berbudi jadilah orang yang mengenang budi.💕

11.Carilah kesenangan dalam hidup asalkan jangan sampai mengganggu kesenangan orang lain.

12.Carilah kebahagian dalam hidup asalkan jangan sampai mengganggu kebahagiaan orang lain. 💕

13.Jangan sakiti hati sesiapa terutamanya hati ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara dan hati sesama perempuan.💕

14. Sentiasa merendah diri tapi jangan sampai kena pijak.💕

15.Tidak salah bangga dengan pencapaian diri tapi jangan sampai ada rasa sombong dan takbur.

16.Lepas SPM mumny bagi intensive cooking class, lepas tu take over tugas masak untuk family 🤣.💕

17.Jangan cari pasangan yang sempurna tapi carilah yang akan menyempurnakan hidup kakak (AWAS : Bukan sekarang ok, tunggu lagi 6-7 tahun 🤣🤣)💕