Friday, October 14, 2016

Yin Dalam Kenangan - 2nd Anniversary

14/10/2016 Jumaat - Hari ni genap 2 tahun, satu-satunya abang yang Mummy ada pergi meninggalkan kami semua. Kakadang terasa yang Yin masih ada dan masih lagi mengajar di Kulai. Al-fatehah untuk kau Yin. Moga kau tenang dan aman di sana. Pasti kami akan menyusul nanti. Hanya waktu yang akan menentukan.


Senyuman yang tak mungkin akan dilupakan



Gambar terakhir Mummy dan Yin (6/10/2014, seminggu lebih sebelum pemergiannya)

Tribute untuk Yin dari Mummy

Tribute dari seorang sahabat (Cikgu Mahathir) untuk Yin

Tuesday, August 2, 2016

Abah Dalam Kenangan - 13 Anniversary

Abah dalam kenangan...

2/8/2016 (Selasa) - Hari ni genap 13 tahun Abah pergi meninggalkan kami semua. Pergi yang tak akan kembali lagi. Sekejap betul masa berlalu. semoga Allah ampunkan dosa emak dan abah dan dimasukkan keduanya dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatehah.

Cuti raya yang lepas dapat juga Mummy, daddy dan anak-anak pergi ke 'rumah' emak dan abah.


Lepas subuh tadi Mummy baca catatan adik Mummy, Mama Miraki hari-hari terakhir Abah, tapi tak sanggup nak habiskan. Rasa sedih la sangat.


Semoga emak dan abah damai di sana. Kami di sini tidak pernah melupakan emak dan abah. Walaupun jarak di antara kita semakin jauh tapi emak dan abah tetap dekat di hati kami. Al-fetehah untuk emak dan abah.




Signboard rumah terakhir emak dan abah...


Pusara emak dan abah yang berdekatan...

Wednesday, May 11, 2016

Our 18th Anniversary


11/05/2016 - 18 wonderful years together. Moga jodoh kami kekal berpanjangan hingga ke syurga.

posted from Bloggeroid

Friday, March 25, 2016

♥ ♥ HAPPY 11th BIRTHDAY DANIA BATRISYA ♥ ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
HAPPY 11th BIRTHDAY
DANIA  BATRISYA
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

25th March 2016 (Rabu) - Hari ni genap umur anak dara kecik Mummy, Dania Batrisya 11 tahun. Happy 11th Birthday Dania, Mummy dan Daddy selalu doakan agar Dania dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang bijak dan semoga jadi anak yang solehah. Kami semua sayangkan Dania.

Sebelum pergi sekolah Dania tadi Mummy tanya dia nak hadiah apa. Dia kata entah. Anyway sebelum ni ada janji nak beri dia handphone bila dia sambut birthday. Awal tahun hari tu daddy ada belikan Mummy handphone, so Note 4 Mummy tu Mummy bagi pada dia as advance birthday gift.

Daddy ke US selama 3 minggu so tak taulah kat mana Mummy nak celebrate birthday Dania ni. Malas pulak nak keluar malam-malam masa Daddy tak ada ni.


Jom layan birthday Dania yang lepas-lepas....

Dania's 10th birthday...


Dania's 9th birthday...


Dania's 8th birthday...


Dania's 7th birthday...

Dania's 6th birthday...

Dania's 5th bday


Dania's 4th bday


Dania's 3rd birthday


Dania's 2nd birthday


Dania's 1st birthday


Dania 3 months

Dania 3 months di apit Danish & Daniel... cepat betul masa berlalu....

Sunday, February 28, 2016

Adam Danish 13th Birthday


27-02-16 Genap umur anak ke-2 Mummy si Adam Danish 13 tahun. Happy Birthday sayang. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dalam hidup di dunia dan akhirar. Berlalu sudah zaman kanak-kanak Angah dan masuk ke zaman remaja. We love you soooo much.


Birthday present yang dia dapat in advance.

posted from Bloggeroid

Monday, February 22, 2016

Flower Show @ Eco World Semenyih


Cerita Ahad lepas


London, Shanghai, Paris & Amsterdam in 30 minutes... dasyatkan...


Pameran bunga ni di kawasan perumahan Eco World. Harga rumah dia pun memang world la... hahah


Sampai dah ke London


Shanghai Noon...


Berangan-angan nak tengok tulip festival di Amsterdam... entah kesampaian entahkan tidak


Bunga-bunga rak banyak sangat


Besar panjang dah hero kecik Mummy...si Dafiy


Incik suami


posted from Bloggeroid

Sunday, February 7, 2016

Emmer Daniel's 14th Birthday


06/02/2016 Sabtu - Hari genaplah usia anak sulong Mummy si Emmer Daniel yang ke-14. Dah besar anak mummy. Sekejap betul masa berlalu. Walaupun Along dah 14 tahun tapi Along tetap baby mummy yang comel sampai bila-bila. Moga Allah berikan Along kesihatan yang baik dan hidup sentiasa di dalam keberkatanNya. Jangan tinggal solat. Jadi anak yang soleh dan abang yang baik pada adik-adik.


Sama-sama montel.

Hari ni Mummy bagi peluang dia ke IOI CitiMall dengan Angah dan beberapa kawan baik dia. Mummy hantar pukul 10 pagi dan pukul 6.30 Daddy jemput dia orang. Moga sedikit kebebasan yang diberokan hari ini dimanfaatkan demgan sebaiknya.


Along dan Angah dah hampir sama tinggi. Beza umur setahun je.

Thursday, January 28, 2016

My 46th Birthday


Tak ada celebration apa-apa pun sempena birthday mummy. Lepas maghrib baca doa selamat anak beranak je dan lepas tu pergi dinner di Laman Grill.


Thank you daddy for the presents.


Kad dari Along


Kad dari Dania

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 27, 2016

Me on my bornday!


Selfie dipagi hari. Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang menghirup udara di bumi ini. Moga mummy diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Dapat menghabiskan baki usia yang tinggal untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat disamping daddy tercinta, anak2 tersayang, adik beradik, saudara mara, rakan2 dan jiran tetangga.

posted from Bloggeroid