Sunday, February 7, 2016

Emmer Daniel's 14th Birthday


06/02/2016 Sabtu - Hari genaplah usia anak sulong Mummy si Emmer Daniel yang ke-14. Dah besar anak mummy. Sekejap betul masa berlalu. Walaupun Along dah 14 tahun tapi Along tetap baby mummy yang comel sampai bila-bila. Moga Allah berikan Along kesihatan yang baik dan hidup sentiasa di dalam keberkatanNya. Jangan tinggal solat. Jadi anak yang soleh dan abang yang baik pada adik-adik.


Sama-sama montel.

Hari ni Mummy bagi peluang dia ke IOI CitiMall dengan Angah dan beberapa kawan baik dia. Mummy hantar pukul 10 pagi dan pukul 6.30 Daddy jemput dia orang. Moga sedikit kebebasan yang diberokan hari ini dimanfaatkan demgan sebaiknya.


Along dan Angah dah hampir sama tinggi. Beza umur setahun je.

1 comment: