Tuesday, November 17, 2015

Belanja senyuman!


Belanja senyuman! Bukan nak kena bayar pun.

Ehhhh.... tersengaja tepek gamabr ni pulak...hehe. Alahai Tuan Anas Mikael!!!!


Wednesday, November 11, 2015

Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga!

Mak datuk banyaknya sawang2 kat rumah ni. Lalang pun punyalah tinggi, confirmlah ada buaya dan singa menyorok ni. Manalah pergi tuan tanah ni? Bizi bebenor nampaknya.

Heheh... memang kelautan hindi mood nak menulis kat blog ni..hehhe.

Perghhhh... berpeluh2 ni bersihkan sawang so rumahpun dah bersih kita kasi hias sikit la ye.


Tak pernah2 mummy promo novel kali ni tunjuk novel la pulak... ni mesti ada udang balik mee bandung kan..hehe


Ehem ehem ehem... ni semua sebab drama adaptasi dari novel Tuan Anas Mikael lakonan x-boipren Mummy tengah ditayangkan di Astro sekarang...drama2 lain memang mummy tak layan...tapi bila AA yang berlakon jatuh hukum wajib la untuk tengok... Jangan risau kalau x de Astro, boleh te tengok on9 tapi siaran tertunda la ye...hehe. Oh ya drama.ni ada 15 episod ye.. camana cerita dia? Uols gibla google Tuan Anas Mikael....

"Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga."... so sweetttttt

posted from Bloggeroid

Monday, August 10, 2015

Dhiya Danisha Turns 2


9/8/2015 genap 2 tahun usia puteri bungsu Mummy, si comel Dhiya Danisha. Semoga Dhiya membesar menjadi anak yang solehah dna berjaya di dunia dan akhirat. We luv u soooo much.












posted from Bloggeroid

Sunday, July 26, 2015

Happy Birthday Incik Suami!

Happy 46th birthday my dear husband. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Dipanjangkan usia dan diverikan kesihatan yang baik. Terima kasih kerana menjadi suami dan daddy yang baik kepada kami semua.


46 but still look young....hahahha


We luv u daddy... from monmy n kids.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 24, 2015

6 Ramadhan

Selasa.


Menu buka ala-ala kedai Siam lagi. Tomyam campur, ikan sweet sour, ayam paprik, kailan ikan masin dan telor dadar.

Mummy buat jus tembikai. Kuih tak ada so lepas buka terus makan nasi. Alhamdulillah.

posted from Bloggeroid

5 Ramadhan

Isnin.


Menu hari ni ikan parang masak lemak dengan tomato, sup sayur, ayam goreng.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 23, 2015

4 Ramadhan

Ahad. Terasa sangat letih hari ni. Seharian mummy buat operasi pokok-pokok bunga di taman sekangkang monyet ni...hehe. letih-letih pun masak tetap masak.



Hari ni menu ala-ala kedai Siam. Mummy buat tomyam campur, ikan sweet sour, sayur campur, sotong udang goreng tepong dan telor dadar. Tomyam tu Mummy gunakan paste segera yang Daddy beli di Thailand. Memang sedap paste segera tu. Tak perlu tambah apa-apa lagi. Didihkan air, masuk paste dan campak la apa yang kita nak dalam periuk. Siap....hahah. senang kan.

posted from Bloggeroid

3 Ramadhan

Sabtu. Tak kerja. Boleh masak berjenis sikit.


Menu utama hari ini. Ketam masak lemaj cili api, ayam goreng kunyit, ikan tenggiri goreng, tumis sawi jepun, tauhu tempe goreng. Adik mummy si Mama miraki ada hantar daging dendeng. Nyum nyum


Menu sampingan. Mummy buat apam gula hangus. Daddy beli otak-otak di Pasar Ramadhan

posted from Bloggeroid

Saturday, June 20, 2015

2 Ramadhan

Alhamdululillah. Berlalu 2 Ramadhan. Cuaca agak panas hari ini. Mummy masih berjaya bertahan tidak minum ice semasa berbuka.


Mummy masak kari ayam, tumis bayam, goreng ikan, sambal totok.



Mummy buat pengat labu + sagu biji. Daddy beli kuih tako dan tepong di pasar Ramadhan. Mangga cikonan tu nun jauh dari Kedah.

posted from Bloggeroid

Friday, June 19, 2015

1 Ramadhan

Salam 1 Ramadhan. Dah lama tak berblog. Mood berblog dah lama hilang sepertimana hilangnya MH370.


Menu utama berbuka



Menu sampingan

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 26, 2015

Happy 7th Birthday Emmil Dafiy


Happy 7th Birthday anak mummy yang hensem dan baik Emmil Dafiy. Semoga Dafiy jadi anaknyang soleh, sentiasa sihat dan berjaya di dunia dan akhirat. Mummy , Daddy dan semua sayangkan Dafiy. Pejam celik pejam celik dah 7 tahun umur Dafiy. Cepat betul masa berlalukan.

posted from Bloggeroid

Monday, May 18, 2015

Masih di Jepun


Genap seminggu kami di Jepun.

posted from Bloggeroid

Monday, May 11, 2015

Sweet 17th Wedding Anniversary


Alhamdulillah, syukur pada Allah. Dipanjangan usia dan dipanjangkan jodoh Mummy suami isteri. Hari ini genap 17 tahun kami melayari alam rumah tangga yang penuh dengan segala rasa. Ada manis ada pahit ada payau. Ada gembira ada air mata. Biasalah alam rumah tangga, P.Ramlee pun ada kata sedangkan lidah lagi tergigit.... hahaha. Yang penting kena tolak ansur sesama pasangan dan masing-masing faham akan tanggung-jawab. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke jannah. Insyallah.

Lima orang anak sebagai penyeri keluarga. Merekalah yang mewarnai dan memeriahkan hari-hari kami berdua.

Sunday, April 19, 2015

Makan-makan dan Gebang-gebang

Weekend... best dapat geder2 dengan satu2nya adik Mummy, si Mama Miraki.

Daddy sekarang berada di Laos dan kebetulan pulak hubby Mama Mirali oustation so Mummy ajak Mama Miraki datang ke rumah.


Mama Miraki sampai selepas maghrib so kami terus dinner kat kedai dekat2 dengan rumah Mummy je.


Balik dinner ronda2 kejap kedai2 depan rumah Mummy.


Bilik 4 kosong tapi semua tak nak tido bilik. Last Mummy bentangkan tilam dan comforter je. Dah macam suasana kat kampung je..

Malam tu tak tau la anak2 tidur pukul berapa. Leka mai je. Yang paling seronok si Dafiy dan Amir.


Pagi2 ke pasar tani. Terasa macam di kampung je.


Menu breakfast. Ada pizza, laksa, meehoon sup, laksam, kuih muih dan yang paling special yang di bawah ni.


Ketiwol... mungkin ramai yang tak kenal makanan tradisional masyarakat JaWorld ni. Sekarang dah ada orang jual on9 tepong untuk buat ketiwol ni.


Lepas breakfast cuci mata kat kedai2 tudung


Menu tengahari kami... black pepper beef, ayam goreng, sup, kerabu dan goreng tauhu tempe

Lepas makan lepak2 dan gebang2.


Dah macam kembar pulak si Amir dan Dafiy ni.


Lepas minum petang Mama Miraki gerak balik ke Ampang. Dah tua2 ni rasa sedih je tiap kali berpisah dengan adik-beradik. Masa kecik2 dulu tau nak bergaduh je kan.

posted from Bloggeroid

Sunday, April 5, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

Menu lunch untuk hari ni


Lama Mummy tak masak asam pedas. Hari ni bahan semua cukup so Mummy buay asam pedas ika parang. Letak daun kesum, bunga kantan dan kacang bende. Buat pekat-pekat sikit, Mummy tak suka asam pedas yang cair. Dan ikan parang tu Mummy goreng dulu layu-layu untuk kurangkan bau hanyir.


Daging kambing masak kuzi ni bukan Mummy yang masak. Mummy cuma hangatkan je. Daging ni ambik levihan jamuan lorong malam tadi. Anak-anak dan Daddy suka makan tapi Mummy memang x makan la.

posted from Bloggeroid

Pulut Kelapa Ikan Kering Untuk Dia


Breakfast di pagi minggu. Pulut kelapa dengan ikan kering. Terkenang zaman dulu-dulu.

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 25, 2015

Dania's 10th Birthday Celebration

Sambutan ala kadar. Bagi anak-anak- birthday kena ada cake, hadiah dan makan kat luar...


Mummy tak sempat nak membaking selain dari tu mood baking pun dah ke laut... hehe


Wajah2 ceria birthday girl


Besar dah ye anak Mummy ni...

Birthday girl dengan Mummy & Daddy


We're siblings


Present from Mummy & Daddy... 


yang pasti present ni bukan dalam wishlist dia...hahhah. Apa2 pun dia happy dengan hadiah ni


Anak-anak dah sibuk tanya bila nak buat birthday party. Masing-masing nak ajak kawan sekolah datang rumah. Selalunya bualn Feb atau Februaru memang Mummy akan buat combine birthday party untuk anak-anak. Tahun ni mungkin dilewatkan sedikit. Neber Mummy sedang renovate rumah jadi macam tak berapa sesuai nak buat time ni sebab habuk banyak. Mungkin party akan dilewatkan hingga ke bulan lima. Sabar ye anak-anak.









♥ Happy 10th Birthday Dania Batrisya ♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
HAPPY 10th BIRTHDAY
DANIA  BATRISYA
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

25th March 2015 (Rabu) - Hari ni genap umur anak dara kecik Mummy, Dania Batrisya 10 tahun. Happy 10th Birthday Dania, Mummy dan Daddy selalu doakan agar Dania dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang bijak dan semoga jadi anak yang solehah. Kami semua sayangkan Dania.



Sebelum pergi sekolah Dania tinggalkan wishlist ni bawah handphone Mummy. Amboi bukan main lagi nak handphone yang touch screen lagi. Hahah. Dan hari ni first time Mummy tau Orbeez Ladybug Scooper. Ntah le tak terfikir lagi nak belikan Dania hadiah apa. Blurrr




Jom layan birthday Dania yang lepas2....

Dania's 9th birthday...


Dania's 8th birthday...


Dania's 7th birthday...

Dania's 6th birthday...

Dania's 5th bday


Dania's 4th bday


Dania's 3rd birthday


Dania's 2nd birthday


Dania's 1st birthday


Dania 3 months

Dania 3 months di apit Danish & Daniel... cepat betul masa berlalu....