Showing posts with label MENU RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label MENU RAMADHAN. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

6 Ramadhan

Selasa.


Menu buka ala-ala kedai Siam lagi. Tomyam campur, ikan sweet sour, ayam paprik, kailan ikan masin dan telor dadar.

Mummy buat jus tembikai. Kuih tak ada so lepas buka terus makan nasi. Alhamdulillah.

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 7, 2010

27 Ramadhan 1431


27 Ramadhan 1431 (Isnin) - Officially Mummy start cuti raya hari ni. So xtvt bibik memang bermula seawal pagi 4.30am. Kemas dan mop lantai sebelum anak2 bangun tidur. Tukar cadar dan pack biskut2 raya yang nk bawak balik kg.

Potong dan jahit seluar Danny yang terlalu labuh. Masa kemas2 kain baju yang nak bawak raya ni baru Mummy mintak Danny & Danish cuba baju2 dn seluar yang Mummy beli kat Sogo masa awal puasa dulu... Kesian Danish 3 dari 4 seluar yang Mummy beli untuk dia rupanya tersangatlah besarnya waluapun seluar tu Mummy ambik untu 7-8 tahun... So Danish ada satu je seluar jeans, yang lagi dua tu muat kat Dania dan lagi satu tu kena simpan sebab besar.

Kesian la pulak ada sehlai jeans je Danish, so Mummy decided petang ni nak buka puasa kat food court Alamanda je, lepas tu boleh last minute shopping untuk Danish.

Kul 6.30pm baru keluar rumah, so dalam hati Mummy dah agak sure tak dapat meja ni. Jalan jam sikit sebab gerimis.



7pm -Suasana penuh sesak kat food court Alamanda... semua orang dah siap menunggu waktu berbuka dengan makan & minum dah siap atas meja. kami pulak baru sampai dah terhegeh2 cari meja, memang tak ada yang kosong la...

Last melepak kat belakang kaunter jual air... ada bangku panjang tu...

Orang tak berpuasa ni yang sibuk lapar sepanjang masa...

Kesian nye la anak2 Mummy makan kat lantai je... bedal je la anak2...

Mee goreng

Kueteow goreng

Spaggethi tak mengancam untuk Danny

Nasi goreng cina untuk Danish

Meehoon soto untuk Mummy dan Dania. Selalu mehoon soto dia tersangatlah mablesnye tapi hari ni kureng la sangat rasa di, pas tu cair la pulak...

Tepanyaki salmon set untuk Daddy

Eh habis ke Dafiy minum air tembikai satu gelas besar tu???

Lega sikit bila dah dapat meja...

Snap2 before last minute shopping xtvt

Kat depan replica rumah kampung

Wow Habib Jewel tengh buat promotion beb...

Cun tak gelang ngan cincin ni? Mummy nak beli tapi orang Habib tak bagi...hhhhehehhee

Aksi comos kt Parkson Alamanda

Mummy lepak2 duduk sementara Daddy pilih2 untuk anak2

Tak tau bila masa si Danny snap gambar ni...

Dafiy menjadi mangsa snap Danny & Danish

Aksi macho tapi hancur dari Danish

Princess Dania yang merajuk sebab Daddy tak belikan dia baju...

Hajat hati nak ambik lagi satu set canister yang cam Mummy beli hari tu, tapi duka cita set tu dah habis lak pulak. So Mummy beli canister tinggi yang loose je 4 biji... oklah semua ada 12 canisters.... heheh... camla kuih Mummy sampai 12 jenis kan...hahaha... Tapi  mana tau kan, balik nanti nak beli kerepek2 yg ada kat Kilang Zaronah Pt Laman tu... harap2 dia dah beroperasi la masa tu...

Q panjang ni bukan kat cashier nak bayar ye, tapi semu nak bayar parking....mesin bayaran kat semua floor memang panjang orang beratur

Monday, September 6, 2010

26 Ramadhan 1431

26 Ramadhan 1431 (Ahad) - Lepas solat Mummy buat biskut kelapa. Kul 8.30am baru siap. Nak gi pasar basah rasa malas l sangat. Dari pagi asyik hujan je so dua bakul kain baju berjemur bila hujan berhenti kul 11.30am.


Hari ni projek buat kuih raya dengan rasminya ditutup. So kemas la barang2 dan perlatan buat kuih yang dah tak nak digunakan lagi.


Hari ni blank betul idea nak masak utk berbuka. Mummy sebenarnya nak kosongkan stok ikan2 dll yang ada dalam peti sejuk tu. Balik lepas raya nanti semua stock baru la. Itu sebab utama tak pegi pasar pagi tadi.


Kiri - Siakap sweet sour
Kanan - Sup ayam ... yang ni memang tak menjemukan. Dha 3 hari berturut2 buat sup ni

Kiri - Ikan parang dan ikan masin
Kanan - Lemang tpi tak beli rendang dia pun sbb nampak cam kureng je rendang dia tu

Roti sosej dan nasi ayam untuk anak2

Kuih tako terpenyek, koleh kacang, talam ubi dan donut

Sunday, September 5, 2010

25 Ramadhan 1431

25 Ramadhan 1432 (Sabtu) - Menu sempoi menggunakan tock yang ada dalam peti sejuk. Hari ni mala nak gi pasar sebab balik hantar bibik dah kul 10.30. Nak gi PaRam hujam je la pulak so Daddy kata maak je tlor sambal. So Mummy tambah masak sup ayam dan ayam goreng rempah. Pas tu goreng karipap dan pau kelapa segera.

Telor sambal

Sup ayam ... menu yang tak menjemukan... dan jangan  lupa mesti ada sambal kicap!
Ayam goreng rempah... ambil update blog ni Mummy ratah je lebihan ayam ni...

Karipap & pau kelapa segera

Air tembikai yang sangat mables...

Saturday, September 4, 2010

24 Ramadhan 1431

24 Ramadhan 1431 (Jumaat) - Hari ni mummy gantung periuk belanga lagi. Office Mummy buat majlis buka puasa untuk staff & keluarga kat Putrajaya International Convention Center (PICC). Daddy tak ada so Mummy je pergi ngan bibik dan anak2. Hari ni anak bauh Mummy si Arif jadi pak supir kami.
 
Kita orang sampai time orang tak ramai lagi...

Lokasi PICC ni memang cantik..

 
Snap2 dulu sebelum ambik makanan yang berbagai...

 
Survey dulu apa menu yang ada...comel la cara dia susun kuih2 talam tu...

 
Rojak2 dan segala macam kekacang dan keropok

Deretan puding, jelly & ice-cream

 
Kerabu...kerabu dan kerabu serta segala macam ulaman dan sambal
'Kambing sujud' .. Q paling ramai kat sini la... apa yg sedap sangat kambing panggang ni ek? Tengok kambing  ni kena 'sula' je dah tak lalu nak makan... ehhehhee

 
Setengah senduk nasi, 4 ekor udang sambal dan kerabu utk Mummy. Kue teow tu Danny punye

 
Nasi ngan ayam madu dan kari telor untuk Dania & Danish. Punye banyak makanan ni je yang dia orang nak..

  
Segala jenis kerabu ada... kerabu tauge, kacang botol, mangga...ratah je la

Fadod, Duan & Arif... eh penuhnyee meja ngkorang... habis setengah ekor kambing korang tibai ye!!

Ziela & Ida

 
 
My 4 little angles

Sedondon...

Ke mana2 pun mesti Dafiy buat performance...

Snap2 seblum balik...

Selamat menyambut raya kepada semua staff kat opis Mummy. Bila beraya nanti drive carefully. Mummy dah start cuti Monday depan ni, so kalau ada apa2 masalah tu calling2 la.