Monday, September 6, 2010

26 Ramadhan 1431

26 Ramadhan 1431 (Ahad) - Lepas solat Mummy buat biskut kelapa. Kul 8.30am baru siap. Nak gi pasar basah rasa malas l sangat. Dari pagi asyik hujan je so dua bakul kain baju berjemur bila hujan berhenti kul 11.30am.


Hari ni projek buat kuih raya dengan rasminya ditutup. So kemas la barang2 dan perlatan buat kuih yang dah tak nak digunakan lagi.


Hari ni blank betul idea nak masak utk berbuka. Mummy sebenarnya nak kosongkan stok ikan2 dll yang ada dalam peti sejuk tu. Balik lepas raya nanti semua stock baru la. Itu sebab utama tak pegi pasar pagi tadi.


Kiri - Siakap sweet sour
Kanan - Sup ayam ... yang ni memang tak menjemukan. Dha 3 hari berturut2 buat sup ni

Kiri - Ikan parang dan ikan masin
Kanan - Lemang tpi tak beli rendang dia pun sbb nampak cam kureng je rendang dia tu

Roti sosej dan nasi ayam untuk anak2

Kuih tako terpenyek, koleh kacang, talam ubi dan donut

No comments:

Post a Comment