Wednesday, September 29, 2010

‘Ali Setan’ vs 'Suara Kekasih'

Azmil yang dah tinggalkan dunia lakonan....sekarang ni jadi pendakwah bebas dan tinggal di Syria...

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Bekas pelakon dan pendakwah bebas, Azmil Datuk Mustapha dikejarkan ke Hospital Al-Andalus, Damsyik, Syria awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas.

Azmil, 58, yang terkenal dengan lakonannya melalui filem Ali Setan, kini dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan dijangka menjalani pembedahan pintasan koronari pada pukul 2 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia).


Menurut anaknya, Nor Amalia Batrisya, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor sedang memantau kesihatannya. - Utusan




Sound track Suara Kekasih semua best2...

Mummy Gee - semoga Aznil dipanjangkan usia dan selamat menjalani pembedahan ni. Mummy suka lakonan2 dia ngan Ogy dalam Ali Setan dan Suara Kekasih.....teringat ending cerita Suara Kekasih... bila ayam berkokok masuk subuh so dia orang pun berpisah sebab Azmil kena kahwin ngan Connie.... meleleh gak tengok cerita ni dulu... hehehh

2 comments:

  1. Lakonan2 Azmil memang best!!! Wajahnya hensem & romantik ala2 nakal... Artis zmn dulu mmg best2 la kan Mummy... suka tengok muka diorg ni semua....natural je takde botox2...

    ReplyDelete
  2. suka-suka, sangat suka ngan citer suara kekasih...kawan akak (diulangi...kawan), sebiji citer cam suara kekasih...oooh...tka jemu tengok citer suara kekasih

    ReplyDelete