Wednesday, September 1, 2010

21 Ramadhan 1431

21 Ramadhan 1431 = 31 Ogos 2010 (Selasa) - Dalam masa anak2 demam Mummy sempat gak bersenam kat dapor lepas sahur buat biskut raya. Mummy sambung buat almond london dan cornflakes madu. Dan buat gak lagi snow almond.

Petang Mummy gantung periuk belanga sebab Daddy ajak buka puasa kat luar. OKlah lagi pun dah 3 minggu puasa belum ada bukak puasa kat luar pun. Lagi pun nampaknye anak2 cam dah ok je.

Mummy tak tau pun kewujudan restoran ni kat area MARDI.

Sampai dah almosy pukul 7pm so parking dekat2 semua dah penuh. Terpaksalah menapak jauh sikit. Turun naik bukit pulak tu... memang turun 5 gm la..

Biasalah buffet...menu memang berbagai...

Another lauk pauk

Kesian kambing ni tergolek2 dan meliuk lintuk badan dia ... ni gambar sebelum dipotong2... 30 minit lepas tu .. tinggal tulang rangka je... hahaha... rakus betullah manusia ni...

Ni yang Mummy makan... mee goreng mamak yang sodap

Ni kuih2 yang Daddy ambik. Kuih kasui to kalau baling kat dinding mungkin dinding tu retak kut...

Mee dan ini je yang Mummy makan... selain beberapa biji buah dukong. Cam tak berbaloi kan gi makan... tak tau la apasal Mummy malas nak makan... mungkin sebab...baju yg Mummy beli beberapa bulan lepas tu Mummy dah boleh paki hari ni... so takut nak makan banyak2... nanti jadi cam sarung nangka pulak...hahahaah

Ais kacang

Makan2...

My heroes. Hero kecik zzzzzzzzzzzzzz

Line yang panjang untuk ambik ais-krim. Bukan budak2 je tapi emak bapak budak pun ikut memanjangkan barisan...

Daddy & x-schoolmates

Cam handsom je bujang Mummy ni

Muka toya Dafiy lepas bangun tidur

Daddy & friends

Lagi satu tudung raya yang dah dirasmikan...

Walaupun makanan boleh tahan jenisnya tapi sayang bilik surau dia tersangatlah kecik nye. Dalam satu masa bolehlah solat 7-8 orang. Lepas solat Mummy pergi ke Parkson Alamanda nak cari kasut anak2. Dah terlanjur keluar ni settledkan lah sekali.

Acara panjat2 kat Parkson

Cuba teka kaki siapakah ini?

Oklah, muat la tu...

Tak kira tempat asyik nak bergaduh je...

Lepas kena marah ngan Daddy...tu la bergaduh lagi...

Kedai kasut kat parkson ni lokasi berhadapan dengan 'zon larangan' untuk anak2...heheh... toys area la... so si Dafiy terus tuju je ke tempat jual minan.. sorry la Dafiy... mainan kat rumah tu dah ada... no more toys ok...

Lepas beli kasut sempat lagi main2 sampai Alamanda dah nak tutup

On d way balik rumah semua demam semula...

1 comment:

  1. Mummy ~ ok gak le kalau surau tu kecik, yg I pegi semalam tu...surau tu sedang2 tapi tempat wudhu lelaki & perempuan bercampur...apa da...

    p/s : moral of the story ialah gi mana2 pakai la inner/skaf dlm... (I ni jenis yg pakai tudung tapi tak pakai skaf dlm) tu yg I merungut sgt bila tempat wudhu bercampur gaul ni..

    ReplyDelete