Wednesday, September 8, 2010

Persiapan Akhir Sebelum Balik Beraya...

Salam semua. Uols dah balik kampung ke?

  1. Dah - best nye sure seronok ye.
  2. Belum - Bila nak balik? Mummy insyallah malam ni selepas berbuka puasa.
  3. Tak Balik - Kenapa tak balik? Oh balik Kg Baru KL, ok lah tu balik kg gak. Tak dapat cuti raya? Alah kesiannya. Tak cukup budget? Tak apalah redha je la beraya di rumah sendiri daripada bergolok bergadai semata2 nak balik ke kg kan. Tapi mesti sedihkan.

Oklah bagi yang belum balik ke kampung atau sedang bersiap2 nak balik ke kg, jom kita semak dulu apa yang patut kita lakukan sebelum balik ke kampung? 

Seperti kata Kak Kay bilik tidur kena kemas dan bersih. Bila sampai dari kampung penat terus zzzzzzzzzzzz. Klu tak ada cadar baru , gi cuci je cadar lama tu. Cadar ni Mummy beli masa Sogo sales. Cool je kan...

Dapor kena bersihkan. Tapi kalau dapor dah bersih cam malas pulak nak kecah2 masak kan... hehhe. 

Nak bagi rumah meriah sikit pasanglah lampu lip-lap tu. Kalau kat kampung boleh pasang pelita minyak tanah. Beli je lampu lip lap yang murah2, kat kedai Pakcik Mai*in tu.

Langsir dah gantung ke belum? Kalau tak ada langsi baru pun tak pe, cuci je langsir lama tu. Yang penting bersih. Mummy recycle je langsir dan sofa. Raya ni tak boleh ikut kan hati dan nafsu semua nak berganti baru... kalau mampu tak apa la, tapi kalau sampai berhutang dan bergolok gadai tak payah lah. Nanti sampai ke raya haji hutang tak habis bayar lagi...

Hah...tong gas tu klu dah habis gi beli. Bukan apa takut nanti sampai2 je dari kampung ada orang dah bagi salam nak bertandang... tak kan nak jamu kuih raya je! 

Jangan lupa masukkan biskut raya dalam balang kedap udara. Bukan apa manalah tau nanti ada serbuan secara mngejut masa kita baru sampai dari kampung, so at least tak kalut nak susun biskut raya.

Ni pulak checklist barang2 yang nak kena bawak balik ke kampung. Jangan lupa bawak, kalau tertinggal tak dapat den nak menolong.


Baju Raya - Baju raya ni kalau tertinggal bakalnya pagi raya ada yang pakai baju kaftan je la. Dan yang lelaki gi solat aidil fitri pakai kain pelikat ngan t'shirt pagoda... tak ke haru tu... So nak senang baju2 baru letak satu beg dan baju utk pakai harian dalm satu beg yang lain... ni untuk orang yang anak2 ramai la (cam Mummy la ni). Agak2 kan klu ditakdirkan uols tertinggal beg baju raya apa nak buat yer? Balik semua? Kalau dekat oklah tapi klu rumah kak kl dan kampung nun kat Alor Setar ke Kota Bahru camana?




Songkok - Kalau dah ada baju melayu baru kenalah bawak balik songkok sekali, klu tak tak lengkap la. Kureng sikit kehanseman. Yang ni tak beli lagi ni... Songkok anak2 dah naik lunyai, ya la beli tahun lepas dan pakai untuk gi sekolah hari2 pulak. Yang ni beli kat kampung nanti la..




Kasut Raya/Sandal - Kasut dan sandal kenalah bawak. Nak jalan2 area rumah tak kan nak pakai kasut tumit tinggi 4" uols tu. Ada pulak tumit kasut yang patah terbenam kat tanah gambut... hahahah



Duit Raya - Sebab dah jadi cam tradisi so duit raya pun penting gak. Siap2 masuk dalam sampul. Kalau kandungan duit raya berbeza2 so gunakan color code atau sampul yang berlainan utk setiap nilai. Senang sikit masa nak bagi nanti, tak adalah setiap kali nak bagi kena bukak semua sampul duit, takut tersilap sampul. Bagi keluarga besar macam Mummy kenalah sediakan duit raya ni banyak sikit. Macam dah jadi tradisi Mummy adik beradik akan bagi duit raya kepada semua anak2 saudara samada dah kahwin atau belum dan anak2 saudara Mummy yang dah kerja pun akan bagi duit raya kepada sepupu2 mereka termasuklah kepada makcik2 yang tak tau malu ni (yang ni skill mengecek diperlukan... hehhe ... yang ni confirm Mummy & Mama Miraki berjaya punye!). So belah Mummy ada 26 anak saudara, 4 anak saudara menantu dan 3 cucu saudara. Belah daddy cuma ada 11 orang jer termasuk 4 anak2 Mummy.



Kuih Raya - tak kan balik kampung berlenggang je kut. Malu la kat emak bapak, adik beradik dan ipar duai. Tapi kalau uols memang jenis yang tak tau malu buat dak je la. Kalau tak sempat nak buat sendiri apa susah melambak2 orang jual, beli je buat patut2 la...Dan kalau anak2 kita suka biskut raya ni janganlah kita bawak sikit sangat, silap2 nanti anak2 kita je yg habiskan.



Hadiah - Bagi yang ada ibu bapa jangan lupa belikan sesuatu sebagai tanda ingatan kita sebagai anak. Bukan nilai menjadi ukuran. Kalau dah tak ada ibu bapa nak bagi kat adik beradik terutama abang akak pun bagus juga.



Bantal & Comforter@Toto - Ha ni pun penting terutama bagi keluarga besar macam Mummy. Ya la kalau semua dah balik serentak mana bantal kat kampung nak cukup. Kalau terlupa bawak jawabnya tidur berbantalkan lengan atau beg la. Tapi bagi Mummy sesekali balik kampung abaikan semua keselesaan. Jangan harapkan bilik beraircond dgn katil super king saiz, lantai jubin yang berkilat dll. Yang pastinya memang seronok kat kampung.

Touch & Go Card - Yang balik kena keluar masuk tol tu, jangan lupa card T&G. Tu pun kalau tak sanggup nak beratur kat lorong tunai la. Lagi bagus kalau ada Smart Tag. Ada card je tak guna kalau tak de value, so pegi la top-up dulu. Kalau dah tau baki tak cukup tu jangan la gatal2 nak masuk lorong T&G or Smart tag. Nanti tak pasal2 darah tinggi naik sebab kena sumpah seranah dengan driver lain... kena bertimbang rasa


Ubat - Ini sangat penting terutama untuk yang ada anak2 kecil. Biasalah hari raya ni makan berbagai dan minum pun berbagai gak. Memang mudah untuk anak2 demam, batuk dan selsema. Takut pulak nanti anak2 demam tapi klinik masih tutup pulak. So bawak je stock ubat yang ada kat rumah tu.

No comments:

Post a Comment