Sunday, September 26, 2010

Raya 2010 : Episod (Mari kita diet...)

16 Syawal = 25 September (Sabtu)... Sambutan raya semakin rancak kat KL ni. Sabtu dan Ahad betul2 hari untuk gantung periuk belanga... tpai tak de la gantung langsung, at least pagi tadi Mumm goreng mee ngan nasi gak... hehehe...

Pagi tadi jiran depan rumah Mummy, Mr. S dtg beraya ngan 2 anaknye. Sebelum ni dia org duduk NZ. Dah kahwin ngan org melayu dah bolehlah cakap melayu sikit2 pun.

Kul 11.30 Daddy gi rumah Dr H, doa selamat. Mummy pegi kul 12:30pm dengan Dania. Menu nasi briani, mee kari & laksam. Selain tu lemang dll.

Balik rumah sekejap baring2 tidurkan dafiy dan solat. Tidur sekejap. Daddy balik dari baca doa selamat rumah Datuk H & Datin A. Kul 3.30pm Mummy pulak pegi rumah Datuk H. Menu nasi briyani gak, selain tu ada mee kari dll.

Balik rumah siap2 nak ke rumah Mak Lang (adik MIL) kat Puchong Jaya. Tetiba hujan lebat la pulak, so lepak2 je dulu kat ruma tunggu hujan teduh. Kul 5pm baru pegi. Danny & Danish tak nak ikut sebab rumah member baik dia (anak En. E & Pn S) buat open house.

Muka boring daddy sebab jalan jam...

Kat tol kajang....

Aksi syok sendiri cam biasa....

Masuk je ke PLUS hway Mummy nampak kereta dari KL menghala ke selatan bersusun ...

Mummy & Mak Lang

Soto yang sedap... tapi sayang perut Mummy dah kenyang so makan setengah mangkuk je la

Dania & Opah Lang

Malam ni pot luck open house residents D7... malas nak masak so on the way balik dari rumah Mak Lang calling2 pizzahut. Janji 45 minit sampai tapi baru 20 minit delivery boy dah called kata dah kat depan rumah. Nasib baik Mummy dah nak sampai rumah masa tu.

So kul 8.15am baru pegi open house. Tapi si Danny & Danish lepas solat maghrib je terus pegi, tak menyabar2 betul.

Mummy malas tak sempat nak masak, so calling2 order pizza hut 4 biji besar berbagai perasa je la... alhamdulillah ini yang habis dulu... biasalah budak2 ramai, masing2 minat pizza... kalau lempeng tak makan kut dia orang ni...

Lokasi open house kat rumah En. E & Pn S. Dia pun buat open house petang ni so sekalikan dengang open house taman la... pot luck so masing2 bawak makanan serba sikit la. Tapikan bila dah kumpul2 sampai tak cukup meja nak letak makanan. Macam2 ada... dari menu tradisional dan western semua ada. Tuan rumah sediakan nasi briani dan kambing panggang. Juga kuih koci yg mables. Menu2 potluck yang ada pizza, kfc, macaroni goreng, pasta, spageti, char kuey teow, mee goreng, meehoon goreng, berjenis2 kek, beraneka buah2an dan macam2 lagi la. Sampai tak tau nak makan apa, lastnye ambik itu ini serba sikit. Yang lebihnye sembang2 ngan jiran2 la. Inilah masanya nak jumpa jiran tetangga. Malam ni juga diadakan mesyuarat penduduk. 

Favourite daddy.. roji jalan ngan kari ayam

Rona roni makaroni.... satu buffet tray yang besar akak ni bawak.... luak tak sampai separuh... 

Kek dari resepi rahsia..choc brownies & carrot walnut dan kek lapis... kak ari resepi rahsia ada 3 biji termasuk indulgence tapi Mummy kureng suka sikit indulgence tu

Blueberry cheese tarts & fruit cheese tart... nampak bendalah ni teringat kat si MMirror yang suka sangat ngan cheese tarts ni... 2 bekas besar ada dalam 100pcs rasanya orang ni bawak..

Karipap, kasui dan keria

Kuih kapit... heehe ngan bekas2 sekali tu bawak balik... org yang bawak kuih ni bawak sampai 4-5 bekas

Mee goreng yang banyak 'binatang'...

Mummy rasa satu taman pagi esok tak buat sarapan. Masing2 cuma panaskan apa yang ditapau.... hehehhe... 

1 comment:

  1. Thanks la Mummy kerana "mengenang daku tika makanmu"... cheese tart memang my favourite! Sedapnyaaa!!!!

    ReplyDelete