Tuesday, September 7, 2010

Biskut rayaku tahun ini...

Projek buat biskut raya telah ditutup dengan rasminya. Dan hasilnye seperti kat bawah ni. Dah pack siap2 untuk bawak balik ke kampung Mummy & Daddy. Dan ada gak yang dah sampai ke Indon, Mummy bagi kat bibik.
 
Deretan kuih raya yang dah siap dibuat dan dibeli...
 
As of today inilah biskut2 raya yang Mummy ada. Mungkin ada pertambahan lepas balik dari kampung nanti. 9 jenis je uols, nasib baik dah tambah canister klu tak memang masuk dalam 'bekas antarabangsa' la...Uols kenal tak kuih2 kat atas tu...
Baris pertama - Almond london, cornflakes clusters dan snow almond
Baris 2 - Cornflakes madu, biskut kelapa dan biskut peanut butter
Baris 3 - Barley peanut butter, choc chip & bangkit kelapa ... 3 jenis ni beli
 
Choc ni ada almond nib, hazelnut & peanut butter ... sebiji makan memang tak cukup la!
 
Choc dengan kacang hazel kat dalam...
 
Mr Bear untuk anak2 buah .. ni boleh consider kuih raya ke!!! Choc ni perasa hazelnut & peanut butter...memang sodap, selain dari bentuk Mr Bear ni yang cute!

Lain2 biskut/kuih yang akan masuk dan dijangka masuk dalam senarai:
  1. rempeyek kacang tanah - dah order kat Datin S 200pcs
  2. keladi sarawak/selatah - dah order kat Mama Janet
  3. dodol - harap2 Yin Wong Kulai bagilah dodol sedap cam tahun lepas
  4. kerepek ubi pedas/pisang - harap2 kilang krepek Zaronah Pt Laman tu dah beroperasi lepas 2-3 hari beraya
  5. rempeyek kacang dal - dah order kat Som, tapi cam harapan tipis je sebab dia balik Pahang dulu, harus jadi serbuk peyek la bila sampai PS...
  6. kuih gunting/siput - selalu Kak Mah dah siapkan sorang sebungkus, tak tahu la tahun ni ada ke tak ... hehehhe

5 comments:

  1. akak pun mengharap kilang zaronah dah bukak raya ke 3 atau 4..nak beli almond london...sodap(utk akak yang tak pandai buatla) dan murah

    ReplyDelete
  2. Kueh gunting th ni x de....sbbnya asik kena kutuk je dgn anak2 trmasuk bapaknya skali..so th ni aku merajuk x nk buat lagi

    ReplyDelete
  3. buatlah pn fatimah...kontra ngan apa eak...confuse la akak nie pun bukan kategori pandai buat kueh..kontra ngan duit jea cik patimah..akak nak 2 kg tau...

    ReplyDelete
  4. Sedap-sedap sungguh kuih Mummy Gee ni. Mari kita ramai-ramai serang rumah dia raya ni....Jommm!

    ReplyDelete
  5. MSom - jemputlah datang kalu sudi, tak dapat dtg rumah kat bangi boleh dtg rumah kat kampung...

    ReplyDelete