Friday, September 3, 2010

Kuih raya ...

Tadi Mummy buat n3 pasal duit raya, la ni nak cerita pasal kuih raya pulak lah. Tapi kan kalau dah ada kuih raya kenalah ada bekas untuk isi kuih raya tu kan... So masa gi Alamanda beli kasut anak2 Mummmy capai le sekali bekas kuih ni. Campak cam cantik lah pulak dan yang penting kedap udara. Yang ada kat rumah tu dari zaman tok kaduk lagi.

Yang dalam kotak besar tu set 6 biji dan Mummy tambah 2 bekas design yang sama tapi saiz besar sikit.

Close-up sikit... Camanalah boleh tak perasan...penutup dia ak sama warna la pulak. Yang bekas saiz kecil tu penutup gold tapi yang bekas besar tu silver color la pulak... bantai je lah labu... malas Mummy nak pegi Parkson untuk tukar...cantik tak?

Ini pulak biskut bangkit kelapa yang Mummy import dari Kota Tinggi. Kawan Kak Long yang buat... satu balang ni 100pcs cuma RM30 je... dan rasanya memang mables...Mummy suka sangat...

Layan biskut ni lepas buka puasa semalam. Dafiy pun habis makan 3 ketul... lemak2 manis dan rangup... orang ni menggunakan acuan yang sama selama bertahun2... bijan pun penuh dia abur bukan 2-3 biji je, dan yang pasti tak rentung cam yang Mama Miraki beli tu....

4 comments:

  1. Bangkit klpa tu th bila punya..........x kan th ni dh dpt blk kpg pun blum

    ReplyDelete
  2. Banyaknya ko oder gee sampai 2 balang, jual le kat aku sebalang, tak ingat langsung nak oder ngan kakak

    ReplyDelete
  3. Anonymous - bangkit kelapa baru sampai klmarin, door to door delivery tu.. arif yang bawak kan

    Kak Kay - yang sebalang tu bibik order la...

    ReplyDelete