Saturday, September 18, 2010

Raya 2010 - Episod Open House @ Kak Kay

18 September = 9 Syawal 1431. Seawal pagi sebelum anak2 bangun dah operasi kemas rumah. Lepas tu sapu daun2 yang asyik luruh je kat laman tu. Breakfast buat nasi goreng kampung je.

Tengahari ni gantung periuk belanga sebab Mummy nak pegi 2 open house. Mula2 pegi open house cum majlis pernikahan adik staff kat opis Mummy kat BB Salak Tinggi. Balik dari situ ingat nak singgah beraya rumah jiran lama kat Nilai tapi tak de kat rumah la pulak. So kita orang terus ke rumah Kak Kay kat Cheras Baiduri la pulak...

Sampai kat rumah Kak Kay kul 2.45pm. Masa Mummy sampai, kaum kerabat Mummy kat KL ni dah ramai yang sampai. Jomlah layan pics ni dulu...

Host open house hari ni Abg Wan & Kak Kay

Cap ibu & anak

Cap adik dan kakak

2 makcik vogue ngan dua anak saudara...


Ayien & Aril Peterpan

Eira & Eija

Tak jemu2 lah dia orang ni mengadap games...

Banyaknye duit raya... itu bukan Kak Kay punye tapi untuk anak2 Kak Kay , Shasha & Hafeez, duit raya dari makcik2, pakcik, sepupu2 yang kirim

Makan2... yg nak posing tu biarkan dia orang posing!

Daddy yang tak berapa sihat... batuk & selsema . Dan dah berjangkit kat Mmmy & Dafiy pun. Sambil tulis n3 ni asyik lap hingus meleleh je... sakit dah hidung

Iwan & Ayu

Mummy & anak saudara Mummy si Ayu

Sungguh sopan Mama Miraki duduk... jangan tergolek sudah...

Posing lagi...

Oklah dah puas posing jom kita makan pulak. Kak Kay masak nasi dagang dan ketupat nasi beserta aksesori dan lain2 menu lagi. Jomlah layanzzzzzzzz

Nsi dagang dan gulai kari ikan tongkol

Jelatah dan kari ayam

Lodeh dan sambal kacang

Pasangan teman tapi mesra... lomang dan rendang..... lomang ni tersangatlah sedapnye... lemak2 lembut... sungguh enak dimakan begitu saja...

Agar2 santan yang sungguh sedap. Ada gak bubur jagung tapi lupa nak snap la pulak

Pokok ni selamat 'dipindahkan' ke Bangi.... ahhaha

Jom balik dah senja dah...

2 comments:

  1. sedapnya tengok menu2 tu...

    ReplyDelete
  2. Tahun depan jangan lupa datang beraya lagi ye, buat sedara2 aku yang diluar KL tu luang2kan la masa untuk datang beraya....

    ReplyDelete