Showing posts with label hari raya 2010. Show all posts
Showing posts with label hari raya 2010. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

RAYA 2010 : Episod (Makan2 @ office)

Hari ni Mummy raya 6... eh ada ke term raya 6... heheh suka2 Mummy  je kan. So petang semalam balik kerja Mummy terus bersilat kat dapor nak masak menu raya. Ketupat segera bibik dah tolong rebuskan. Mummy tinggal masak rendang tok ngan sambal kacang je. Daddy tolong belikan lemang 3 batang. Dan pagi tadi Mummy masak sayur lodeh. Alang2 dah masak Mummy masak lah lebih sikit. Tahun ni Mummy tak sempat buat open house so Mummy bawak makanan gi opis bagi anak2 buah kat opis makan je lah. Jomlah layan gambar je...

Dah siap2 packed... nak bawak ke opis... bekas2 semua tajaan 'tupperware' heheh... berguna gak Mummy beli bendalah ni...

Sampai opis terus hidang... ada lah sorang tu rajin buatkan nes-o...

 
Nasi himpit & sayur lodeh

 
Sambal kacang & rendang daging

Lemang yang tak berapa best... daddy belikan 3 batang tapi 1 je yang memenuhi cita rasa, yang dua lagi tu belah luar keras sikit...

Clearance stock biskut raya... choc chip, snow almond, peanut butter cookies & almond london .... kalau bawak ke office insyallah habis dan tak terbuang... kat rumah Mummy tinggalkan dalam balang2 kuih raya je, bekas besar2 semua dah masuk store.

Makan je la .. tak yah  nak peace... Awal pagi ni ramai yang pegi tempat customer dulu, so tengahari nanti baru ramai yang masuk opis.

Monday, October 4, 2010

Raya 2010 : Episod (Open house lagi!)

2 Oktober 2010 (Sabtu) - Weekend yang busy, busy ngan xtvt bibik dan busy memenuhi undangan open house. So memang mengantung periuk belanga lagi la Mummy last weekend.

Sabtu, seawal pagi menyental baju2 sekolah Danny & Danish yang tersangatlah kotornya. Dah rendam semalaman ngan clorox lagi tu... budak2 ni gi sekolah ke pegi main bola kat lumpur hah? Pas tu operai mop dan kemas rumah nak pastikan keadaan rumah tip top masa bibik balik... heheh... nak lah gak tunjuk kat bibik yang kita ni tak de la kisah sangat kalau dia tak ada...  nak kena ex sikit la, kalau tak nampak sangat kita ni bergantung pada dia... (betul tak MMiraki... ni strategi kita kan!!!)

Sedar tak sedar dah kul 2pm, baru sibuk2 bersiap nak gi open house. Janji ngan MMiraki nak sampai rumah kakak Mummy , Datin S tu dalam kul 3pm... sure Mummy lambat ni sebab Mummy nak pegi open house kawan Daddy dulu.... si Som dah calling2 tanya bila sampai sebab dia dah boring tak de gang lagi...

OK kita orang dah on d way...

Kawan Daddy buat open house kat restoran so ada burger stall. Anak2 pun apa lagi nak makan burger je la... Dania & Danish tengah gigih beratur tunggu burger... 

Dania nak ngap lipplap burger... semenjak dua  menjak ni Dania tak nak ikat rambut, kalau gi sekoalh je dia nak ikat... rimas betul tengok rambut dia ni...

Kul 4pm baru bertolak ke rumah Datin S. Calling2 MMiraki dia kata semua orang dah sampai. Mummy je yang tak ada, so kira Mummy dah tertinggal la sesi posing2 ni...

Lepas je tol Sg Besi traffic tersangatlah slownye... dalam hati dok fikir pukul berapa la baru sampai rumah Datin S ni... tak berani nak masuk MRR2 so kami ikut Jalan Mahameru depan istana negara tu dan ikut Sentol... kira oklah dalam 40minit dah sampai...

Hobby bergambar Mummy memang dah berjangkit kat anak dara sorang ni...

Ketibaan Mummy disambut oleh Datuk T..... mana red carpet ni?

Masa Mummy sampai suku sakat dah sampai, kira Mummy dah tertinggal sesi snap2 ngan dia orang la... ahaha... so masuk rumah Datin S terus start snap2 semula......Oh ya kehadiran ke open house kali ni 66%... 6 daripada 9 adik beradik dapat berkumpul... YB Bukit Mutiara jadi wakil zon selatan....

Makcik2 dan anak2 saudara yang sangat2 sporting...

Ada orang 'terbekenan' kat tudung Mummy tu... heheh... secara kebetul match pulak corak kat tudung ngan kurung batik Terengganu Mummy ni... ahaka... nanti ye klu Mummy dah jemu pakai tudung ni Mummy bagi kat korang... tapi kena gunting 2 kut sebab ada 2 orang ang berkenan ni...

Kak Mah ni orang suruh bergambarlah bukan suruh tidur.... dah kenyang sangat ke?

MMiraki ngan soto mangkuk yang ke-8...

Kak Kay, Som, Mummy & MMiraki

Dafiy ngan Cik Chom

Ala2 'Wanita Melayu Terakhir'... hehhe... jangan lah jeles... agak2 bilalah Datin S nak let go perabut2 hiasan PGA kat belakang tu ye... Mummy sudi menerimanya.... hahahha

Jom kita main masak2.. tapi sebelum tu kita g beli barang2 dulu la ye .. Dania tolak troli ni ok...

Ngko rang tau tak si dot dot tu kan ... mahkamah... kebun ... tanah ... banglo...sok sek sok sek ... Mek... sok sek sok sek .... family day ... sok sek sok sek ...

Kulihat hijauuuuuuuu

My hero Danny

Anak2 bukan nak makan pun, bila dah jumpa awan lupa semua.. masing2 setakat minum je...

Hari ni makan sendiri ye yang, Mummy nak bergossip kat dalam.... heheh. Dah sibuk posing2 ngan suku sakat lupa lak nak snap2 menu yang ada hari ni. Cam biasalah macam2 ada... nasi minyak, ayam masak merah, dalca, daging briani, rendang daging, lemang, lodeh, laksa, soto, kek coklat & kek lapisa yang mables, sate dan banyak lagi  la. Mummy cuma makan soto jer sebab dah kenyang....

Daddy dan beras biras2nye...

My roomate...

Cari pasangan masing2....

Ketibaan sepupu Mummy, Zai & family .... 

Kami berempat ni rapat sebab jark umur beberapa tahun je...

3 dara pingitan... heheh...


Sesi timbang berat badan... budak2 ni acara selingan jer, acara utama timbangan oleh emak2 budak... pemenang? Lu fikirlah sendiri.... hahaha... tapi tak ada la yang sampai jarum timbang tu berpusing sampai dua kali, timbang pecah pun tak ada yer... hahaha

Datin S yang dah nak terzzzzzzzzzzzzzzzzz......

Lepas Maghrib Mummy rushing bertolak ke Palabuhan Pulau Ketam Port Klang. Nak jemput bibik. Masa call tadi bibik kata dah sampai tapi tak keluar dari feri lagi. Gerimis la pulak... Mummy tak tau la daddy ikut jalan mana tapi dari rumah Kak Noor ke Port Klang tak sampai sejam dah sampai. Tapi yang Mummy perasan ntah berapa kali bayar tol.

Sampai kat jeti Port Klang start hujan. Mula2 gerimis lepas tu selebat2nye la pulak. Mummy tak sempat nak snap2 gambar sebab Mummy tunggu kat dalam kereta je Dafiy tidor, Daddy je yang masuk ke tempat menunggu. Dari dalam kereta Mummy nampaklah orang beratur tersangatlah panjangnya. Tu tak masuk lagi yang duduk kat tempat lapang sebab penat berdiri. Bila hujan tu  masing2 bertolak2 nak dapatkan tempat berbumbung... kesian la pulak bila tengok cam tu.. hampir sejam setengah gak le menunggu bibik keluar. Daddy dah bagi tau jiran tetanga yg kita orang may be tak sempat utk joint BBQ nite...sebab still kat Klang lagi. Kul 9.30 baru bibik2.

Dua feri tiba hampir serentak so ada dalam 900 orang nak kena lalu imigrasen, tu belum nak ambik beg lagi... nasib baik bibik2 ni ada wroking permit dan ada surat cuti dari majikan so ada kaunter khas, kalau tak mau tengah malam baru selesai kut.

Sepanjang jalan dari Klang nak balik ke Bangi hujan selebat2nye. Bila masuk ke tol Sg Besi baru hujan reda sikit, masuk ke area Bangi tak hujan langsung pun...cuma cuaca agak mendung. Masa sampai rumah dalam 10.30pm jamuan open house lorong rumah Mummy tu masih meriah lagi, dia orang tunggu sampai kita orang sampai. Perut memang lapar ni so terus ngap la... tak sempat pun nak snap2... menu memang mantap... nama pun BBQ konsep so ada ayam bbq, ketam (i likeeeeeeeeeee..... pssss Mummy makan sampai 4 ekor... hehehe), kambing panggang pun ada (yg ni Mummy tak sentuh la), sosej, jagung dan banyak lagi lah. Nasi dagang special, fruit salad, coleslaw, pasta, buah2an, cakes dan macam2 lagi lah... cam biasalah balik menapau makanan... banyak gak berlebih. So rasanya satu lorong pakat2 breakfast nasi dagang la....

Mummy masuk rumah kul 12pm, Daddy ngan anak2 tak tau lah masuk rumah kul berapa... seronoklah dia orang dapat main sakan ngan anak2 jiran2 tetangga... Memang seronok dan happening la... so kita orang boleh kenal each other more closely... hari2 biasa mana ada masa nak sembang2 ngan jiran2 msing2 sibuk pergi kerja pagi2 dan dah senja baru balik, sempat jumpa pun setakat angkat tangan je...

Sunday, September 26, 2010

Raya 2010 : Episod (Mari kita diet...)

16 Syawal = 25 September (Sabtu)... Sambutan raya semakin rancak kat KL ni. Sabtu dan Ahad betul2 hari untuk gantung periuk belanga... tpai tak de la gantung langsung, at least pagi tadi Mumm goreng mee ngan nasi gak... hehehe...

Pagi tadi jiran depan rumah Mummy, Mr. S dtg beraya ngan 2 anaknye. Sebelum ni dia org duduk NZ. Dah kahwin ngan org melayu dah bolehlah cakap melayu sikit2 pun.

Kul 11.30 Daddy gi rumah Dr H, doa selamat. Mummy pegi kul 12:30pm dengan Dania. Menu nasi briani, mee kari & laksam. Selain tu lemang dll.

Balik rumah sekejap baring2 tidurkan dafiy dan solat. Tidur sekejap. Daddy balik dari baca doa selamat rumah Datuk H & Datin A. Kul 3.30pm Mummy pulak pegi rumah Datuk H. Menu nasi briyani gak, selain tu ada mee kari dll.

Balik rumah siap2 nak ke rumah Mak Lang (adik MIL) kat Puchong Jaya. Tetiba hujan lebat la pulak, so lepak2 je dulu kat ruma tunggu hujan teduh. Kul 5pm baru pegi. Danny & Danish tak nak ikut sebab rumah member baik dia (anak En. E & Pn S) buat open house.

Muka boring daddy sebab jalan jam...

Kat tol kajang....

Aksi syok sendiri cam biasa....

Masuk je ke PLUS hway Mummy nampak kereta dari KL menghala ke selatan bersusun ...

Mummy & Mak Lang

Soto yang sedap... tapi sayang perut Mummy dah kenyang so makan setengah mangkuk je la

Dania & Opah Lang

Malam ni pot luck open house residents D7... malas nak masak so on the way balik dari rumah Mak Lang calling2 pizzahut. Janji 45 minit sampai tapi baru 20 minit delivery boy dah called kata dah kat depan rumah. Nasib baik Mummy dah nak sampai rumah masa tu.

So kul 8.15am baru pegi open house. Tapi si Danny & Danish lepas solat maghrib je terus pegi, tak menyabar2 betul.

Mummy malas tak sempat nak masak, so calling2 order pizza hut 4 biji besar berbagai perasa je la... alhamdulillah ini yang habis dulu... biasalah budak2 ramai, masing2 minat pizza... kalau lempeng tak makan kut dia orang ni...

Lokasi open house kat rumah En. E & Pn S. Dia pun buat open house petang ni so sekalikan dengang open house taman la... pot luck so masing2 bawak makanan serba sikit la. Tapikan bila dah kumpul2 sampai tak cukup meja nak letak makanan. Macam2 ada... dari menu tradisional dan western semua ada. Tuan rumah sediakan nasi briani dan kambing panggang. Juga kuih koci yg mables. Menu2 potluck yang ada pizza, kfc, macaroni goreng, pasta, spageti, char kuey teow, mee goreng, meehoon goreng, berjenis2 kek, beraneka buah2an dan macam2 lagi la. Sampai tak tau nak makan apa, lastnye ambik itu ini serba sikit. Yang lebihnye sembang2 ngan jiran2 la. Inilah masanya nak jumpa jiran tetangga. Malam ni juga diadakan mesyuarat penduduk. 

Favourite daddy.. roji jalan ngan kari ayam

Rona roni makaroni.... satu buffet tray yang besar akak ni bawak.... luak tak sampai separuh... 

Kek dari resepi rahsia..choc brownies & carrot walnut dan kek lapis... kak ari resepi rahsia ada 3 biji termasuk indulgence tapi Mummy kureng suka sikit indulgence tu

Blueberry cheese tarts & fruit cheese tart... nampak bendalah ni teringat kat si MMirror yang suka sangat ngan cheese tarts ni... 2 bekas besar ada dalam 100pcs rasanya orang ni bawak..

Karipap, kasui dan keria

Kuih kapit... heehe ngan bekas2 sekali tu bawak balik... org yang bawak kuih ni bawak sampai 4-5 bekas

Mee goreng yang banyak 'binatang'...

Mummy rasa satu taman pagi esok tak buat sarapan. Masing2 cuma panaskan apa yang ditapau.... hehehhe...