Wednesday, October 6, 2010

RAYA 2010 : Episod (Makan2 @ office)

Hari ni Mummy raya 6... eh ada ke term raya 6... heheh suka2 Mummy  je kan. So petang semalam balik kerja Mummy terus bersilat kat dapor nak masak menu raya. Ketupat segera bibik dah tolong rebuskan. Mummy tinggal masak rendang tok ngan sambal kacang je. Daddy tolong belikan lemang 3 batang. Dan pagi tadi Mummy masak sayur lodeh. Alang2 dah masak Mummy masak lah lebih sikit. Tahun ni Mummy tak sempat buat open house so Mummy bawak makanan gi opis bagi anak2 buah kat opis makan je lah. Jomlah layan gambar je...

Dah siap2 packed... nak bawak ke opis... bekas2 semua tajaan 'tupperware' heheh... berguna gak Mummy beli bendalah ni...

Sampai opis terus hidang... ada lah sorang tu rajin buatkan nes-o...

 
Nasi himpit & sayur lodeh

 
Sambal kacang & rendang daging

Lemang yang tak berapa best... daddy belikan 3 batang tapi 1 je yang memenuhi cita rasa, yang dua lagi tu belah luar keras sikit...

Clearance stock biskut raya... choc chip, snow almond, peanut butter cookies & almond london .... kalau bawak ke office insyallah habis dan tak terbuang... kat rumah Mummy tinggalkan dalam balang2 kuih raya je, bekas besar2 semua dah masuk store.

Makan je la .. tak yah  nak peace... Awal pagi ni ramai yang pegi tempat customer dulu, so tengahari nanti baru ramai yang masuk opis.

2 comments: