Wednesday, October 20, 2010

Pengat vs Bubur

Pengat keladi ke bubur keladi? Apa beza pengat dan bubur?.... cepat2 tu soalan tu akan masuk dalam SPM tahun ni... Kalau ikut pakcik Google kan (waaa Mummy sempat tanya tu kat pakcik google pasal bubur dan pengat, pakcik google tu makan ke bendalah tu ek...?).

Bubur merupakan sejenis masakan yang menggunakan banyak air (sup pun banyak air kan...hahah). Bubur tak semestinya manis. Bahan asas bubur selalunya bijirin...bubur nasi, bubur lambuk, bubur kacang merah, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur gandum, bubur jagung dll...


Pengat secara umumnya merujuk kepada jenis kuih yang dimasak dan dihidangkan berendam dalam kuah yang manis. Boleh dihidangkan sejuk atau panas tapi kalau yang sejuk dan letak ais ketul2 tu lagi best... Selalunya dijadikan sebagai pencuci mulut, tapi kalau nak makan masa breakfast pun sapa nak marahkan...hehehhe (Mummy tengah breakfast pengat sambil menaip ni...heheh). Sangat2 tak sesuai untuk orang yang ada kencing manis... hehehe... Dan bahan asas untuk buat pengat selalunya buah2an dan sayuran yang berubi... pengat keladi, pengat pisang, pengat ubi, pengat nangka, pengat labu (yg ni best... i likeeee),

Apa ke hal Mummy awal pagi dah merepek2 pasal pengat ngan bubur ni kan... hihih... Alah saja je, petang semalam Mummy ada masak pengat keladi itu yg nak cerita pasal pengat ni. Mummy beli keladi dua biji so Mummy masak sebiji je dulu. Yang sebiji lagi tu rasany anak goreng je la bila2. Banyak tu sebiji sebab besar, pas tu Mummy letak sagu biji sikit... makan sendiri mana nak habis, so bagi kat jiran sikit.


Jemputlah makan yer...

Pengat keladi ni kalo kena dengan keladinya memang akan jadi creamy gitu.. keladi yang tersangatlah lembutnye... baru perasan camera Mummy ni date dia lewat sehari rupanya... hahaha




No comments:

Post a Comment