Monday, October 18, 2010

Orange & poppy seed muffin...

Lama tak buat N3 baking2 kan... oklah ni N3 baking2 yang dah agak basi gak la. Jumaat lepas balik dari opis mood untuk membaking datang mendadak. Sampai rumah baru kul 6pm so ada masa sejam lagi tu sebelum maghrib... so Mummy pun terus bukak kain (kain je bukak, baju kurung ada lagi yer... alah cam tak biasa pulak...) dan terus bersilat kat dapor. . .. Mummy teringin nak makan muffin oren atau nama glamour dia "Orange Poppy seed Muffin" a.k.a "Mufin Oren Kas2". Dah lama mummy nak buat muffin ni tapi mood tak datang2 la pulak... nak baking2 ni kena tunggu mood gak, klu tak nanti tak menjadi... hehhee. Cam biasa Mummy guna resepi dari Cik Mat Gebu. Kalau nak tengok resepi asal klik di sini. Mintak izin C&P ye Mat Gebu. Tapi Mummy ada ubah2 sikit resepi ni sesuaikan dengan bahan2 yang ada kat rumah. Mummy malas nak potong2 butter so Mummy doublekan resepi Che Mat Gebu tu.

Bahan-Bahannya :-)
250 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
250 g gula perang (brown sugar)
1 camca teh ovallate
1 camca teh garam halus (Mummy tak letak sebab guna butter biasa je)
300 g tepung halus (Mummy guna tepung gandum je)*
2 camca teh baking powder*
20 g susu tepung*(*disatukan dan ayak)
50 g serbuk badam
4 biji telur gred A
30 g popy seed (biji kas-kas)
2 biji oren, parut kulitnya dan perah jus (Mummy ganti dengan 3 sudu makan pati oren sunquick je)
kismis & kulit oren kering (Mummy tambah sendiri)


Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Putar mentega, gula perang dan ovallate hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, gaul rata.
  2. Satukan tepung yang telah diayak bersama popy seed dan serbuk badam, gaul rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan ke dalam muffin cup, atau paper cup yang dialas dalam muffin mould (seperti gambar disini..), 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar 12- 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan. Mummy hias kat atas dengan almond slice. 
Nampak gebus kan....

Close-up sikit.... tengok tu penuh ngan poppy seed, kismis dan kulit limau. Mufin yang sungguh moist dan lembut...

Muffin ni sangat2 sedap, ada rasa masam2 manis. Kalau uols teringin nak makan muffin ni tapi malas nak beli bahan2 dia yang berbagai tu, beli jer muffin mix yang dah siap. Balik rumah tinggal pecahkan telor, tambah minyak jagung, letak air dan tuang muffin mix tu. Pas tu masuk dalam paper cup , bakar...siap. Tapi kalau itu pun uols rasa cam susah... pegi je la kedai kek dan beli muffin tu 2-3 ketul atau order je kat Mummy...hahaa

No comments:

Post a Comment