Tuesday, October 5, 2010

Separuh jiwaku pergi...

Panik suspen takut sedih semua rasa ada. Alkisahnye petang semalam cam biasa Mummy nak pegi jemput Daniel & Danish balik sekolah. Tunggu kat tempat biasalah bawak pokok dekat gate no 3, jalan paling dekat nak ke rumah Mummy. Balik sekolah 6.30pm selalu tu 6.35pm sure dia orang dah ada, ni Mummy tunggu sampai pukul 6.45pm dia orang tak ada. Mummy pegi ke gate 1 dan gate 2 dah tak ada murid, tinggal pak guard je. So Mummy balik ke rumah dulu, mana tau kut dia orang dah balik jalan kaki dulu. Kekadang memang dia orang balik jalan kaki bila Mummy ada meeting balik lambat. Dan kalau jalan kaki pun 6.45 mesti dah sampai kat rumah atau main2 kat play ground.

Sampai rumh bibik kata dia orang tak ada. Mummy gi ke taman cari dia orang pun tak ada. Pegi ke rumah best friend dia, kut2 dia menumpang naik bas ke apa. Tapi tak ada gak. Mummy dah kalut dah so pegi semula ke sekolah. Pusing satu sekolah cari kut2 ada 2 budak2 tengah main2 or jalan kaki tapi tak ada. Nak cari kat rumah kawan2 dia Mummy cuma tahu 2-3 rumah kawan dia je dan dah cari tapi tak ada. Kadang2 memang petang2 dia orang main kat rumah kawan2. Mummy dah cuak. Calling2 daddy... nasib baik masa tu daddy dah sampai kat area bangi. Mummy tak tau dah nak cari kat mana, so Mummy tunggu sampai maghrib sebab kalau dia main kat rumah kawan2 selalunya memang maghrib je dia orang akan balik.

Mummy buka puasa sempat minum nes-o dan jamah nasi sikit je, lepas tu keluar balik ke rumah bes friend dia. Mummy tanya tadi jumpa Daniel & Danish kat sekolah ke tak. Dia kata masa rehat memang ada main sama. Bila nampak kereta Daddy Mummy pun balik ke rumah, Mummy ingat Daddy dah bawak dia orang balik tapi tak ada pulak. Masa tu dah hampir 7.20pm, mummy memang dah start berair mata dah.

Lepas tu daddy kata nak cari lagi keliling sekolah dan tanya jiran2 kat tiap2 lorong... Mummy ikut daddy, kita orang naik motor je, si Dafiy & Dania menanggis nak ikut pulak.. sampai kat depan taman Mummy nampak Daniel & Danish berjalan dari guard area. Ya allah rasa macam disiram air batu lega rasanya. Walau dalam hati nak marah sangat tapi Mummy simpan je dulu sebab lega sangat nampak dia orang.

Sambil jalan balik rumah tu baru Mummy tanya mana dia orang pegi. Rupa2nya dia orang pegi naik bas. Ya allah camana lah memandai2 dia orang ni naik bas pulak. Tiap petang memang Mummy ambik atau dia orang akan jalan balik sendiri. Ni tetiba naik bas. Bas tu pusing2 hantar budak2 ke tempat2 lain, so bila dia orang tak turun2 agaknye baru driver tu tanya nak balik ke mana.

Rupa2nya dia orang konfius rasanya. Selalu dia orang pegi sekolah agama, balik sekolah agama dan pergi sekolah kebangsaan naik van. Balik sekolah kebangsaan tu Mummy ambik. So van yang selalu ambik dia orang tu accident so kakak van tu ada bagitau Mummy 2 minggu ni dia tak ambik tapi dia dah arrange dengan kawan dia untuk ambik Daniel & Danish sekali. Memanglah dari hari rabu minggu lepas pergi sekolah agama, abalik sekolah agama dan pegi sekolah kebangsaan dia tumpang bas ni. Tak pernah lah pulak bila petang dia orang naik bas, ini semalam dia orang naik bas tu lah pulak. Biasalah lepas tu dia orang tuduh menuduh berdua, si adik kata abang yang ajak naik si abang kata si adik yang ajak naik. Apa2 pun memang bersyukur sangat dia orang selamat.......

Hari ni memang dah pesan banyak kali sangat kat dia orang tunggu kat tempat biasa, kalau kul 6.35pm Mummy tak ada terus balik jalan kaki je. Kalau Mummy jemput dia orang memang b4 6.30 Mummy dah tercangak depan pagar tu.

5 comments:

  1. Alhamdulillah...semuanya dah selamat.

    ReplyDelete
  2. hehe...kena hire "super" buk lepas nie...senang gituuuuuu
    ooh...akak dah mengalami...memang boleh kering darah...makanya hari makin gelap...

    ReplyDelete
  3. Anonymous : betul tu memang boleh kering darah dibuatnye, dia orang punm asa jalan balik tu muka cam takut2 je tak tau lak takut kena marah ke atau takut jalan balik rumah dah gelap....

    hire 'Super'... tak yah la aku sendiri akan jadi supir tiap petang....

    ReplyDelete
  4. Nampaknya selepas ini kena ada latihan kepada mereka supaya tetap berada di pagar sekolah walau apa pun terjadi.

    Untuk mempercayai pengawal pun tidak boleh, kerana syarikat pengawal keselamatan tidak membuat pilihan yang ketat. Ramai yang bersifat buruk diterima sebagai pengawal.

    Mereka mungkin dah jemu naik kreta, jadi naik bas seronoklah dapat borak dgn kawan2.

    ReplyDelete