Wednesday, October 13, 2010

10.10.10 Lagi....

Lagi tentang 10.10.10 ... apa Mummy buat hari ni? Tu la sibuk but n3 pasal Dr SMS lupa nak buat n3 tentang diri sendiri...hahahah.

Hari ni nak pegi kenduri kahwin kat Sg Air Tawar, Sabak Bernam. Rumah saudara Daddy, kira pangkat Pak Long la gak. Tak pernah pegi pun rumah dia sebelum ni. So kul 9.30am dah bertolak.


Posing2 dulu sebelum pegi... dah lama Mummy tak pakai baju ni. Baju ni Datin S sponsor masa anak dia Iwan kahwin, kira dah 3-4 tahun lah Mummy tak pakai baju ni...tetiba rasa nak pakai la pulak... dannnnnnnnn muat lagi tu.... apakah  maknanya itu... adakah Mummy kurus sedikit??? I likeeeeeeeeeee

Kami pergi kenduri ni 3 kereta, janji jumpa kat R&R Sg Buluh. Sebenarnya Mummy musykil gak kenapa Daddy ikut hway tu, bukan ke ikut Kesas hway lagi dekat.... mak datuk jauhnya perjalanan hampir sampai PS (213km baru sampai rumah pengantin). Exit dari tol tu keluar masuk ladang kelapa sawit. Kejap masuk Felda Sg Tengi la Felda Suharto dan ntah apa2 lagi, rasa cam dah salah jalan je... dah la kanan kiri ladang kelapa sawit dan kekadang tu laluan sunyi sangat... emm nasib baik siang hari klu malam hari heeee.... tapikan yang pasti bila lalu kat ladang kelaa sawit kanan kiri jalan tu dan nampak bangunan bata separuh siap kat ladang automatik teringat kes pembunuhan Datuk Sosilawati tu....mintak dijauhkan. Lepas 3 jam perjalanan sampai gak lah ke rumah pengantin. Memang terasa jauh sangat perjalan pegi ni, balik nanti Daddy nak ikut Klang je ... (emmm kan betul Mummy kata ikut Kesas hway lagi dekat...heheh)

10 khemah...hehhe


Sekarang ni kenduri kahwin mesti ada bunting ni...


Selamat pengantin baru ye....


Ada pertunjukkan silat gayung...


Jom kita makan.... perasan ak bekas putih yang kosong tu...heheh...dia letak kerepek pisang yang sangat sedap.... pisang2 tu cam dah nak masak sp memang sedap la... menu biasa la ada nasi putih ada nasi minyak, laksa pun ada dan murtabak pun ada....Pak Long ni ada bisness murtabak dan frozen food ... memeng sedap pun murtabak dia...dapat 2 keping je yang lain semua habis...dengarnya tuan rumah sediakan sampai 1500 murtabak dengan 3-4 orang penebar....


Dengan SIL


Pengantin berarak naik skuter, so si Dafiy pantang nampak motor je nak naik... tumpang gambar ye tuan punye motor....


Dengan SIL, Kamalia yang bakal dapat orang baru Februari tahun depan.

On d way balik tu lalu kat kawasan2 sawah padi kat Sg Besar, banyak pondok2 kecil orang jual hasil2 kampung... sempatlah gak Mummy beli jagung rebus (sebiji RM1.50 je dan jagung tu memang saiz yg besar... jagung tua pulak tu sure kakak Mummy si Som tu suka). Mummy beli keladi dan mangga. Gambar dah amik dan dah upload ke notebook tapi lupa kat notebook sapa Mummy upload... masalah betul la... cannot recalled at all.

Pas tu menyinggah kat Sg Buluh pulak. Hah sapa tau Sg Buluh terkenal dengan apa? Emm selain dari Penjara Sg Buluh dan Pusat Kusta , Sg Buluh ni terkenal dengan nursery bunga. Nak bunga apa cari je lah kat sini... pasu2 pun berbagai2... nak contoh2 landskap ngan pargola dan water features pun ada gak... memang rambang mata tengok... tengok je la...

Gambar2 nanti Mummy upload la bila dah jumpa ye...

No comments:

Post a Comment