Friday, October 29, 2010

Bagaimana menghilangkan marah?


Semua orang pernah marah... betul tak? Siapa yang tak pernah marah? Sedangkan baby yang baru lahir pun akan marah kalau lambat diberikan susu. Mummy rasa marah tu memang sifat semula jadi  manusia cuma kita mestilah tahu bagaimana nak mengawal sifat marah kita dan jangan marah tak tentu sebab dan masa. Dan janganlah pulak marah sepanjang masa je. Dan marah pun ada etikanya juga.

Mengikut seorang psychologist yang study tentang 'marah', Charles Spielberger (bukan Steven Spielberg ye...heheh)....

Anger is “an emotional state that varies in intensity from mild irritation to intense fury and rage,” . Like other emotions, it is accompanied by physiological and biological changes; when you get angry, your heart rate and blood pressure go up, as do the levels of your energy hormones, adrenaline, and noradrenaline. Anger can be caused by both external and internal events. You could be angry at a specific person (Such as a coworker or supervisor) or event (a traffic jam, a canceled flight), or your anger could be caused by worrying or brooding about your personal problems. Memories of traumatic or enraging events can also trigger angry feelings.


N3 yang Mummy ambil dari beberapa sumber ni untuk peringatan dan panduan diri sendiri & keluarga dan juga pengikut blog ini. Sharing is caring kan.... luv u all.

---------------------
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)



2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.


6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai. Jangan menyampaikan kemarahan dihadapan orang ramai kerana bukan sahaja orang yang anda marah akan malu tapi anda sendiri patut rasa malu. Ini boleh  menyebabkan orang yang anda marah menyimpan dendam terhadap anda kerana merasa telah memalukannya dikhalayak ramai.



7. Berfikiran positif.


8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.


10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Dari segi kesihatan, seorang yang selalu marah atau sering marah, terbukti memiliki tekanan darah dan kolesterol yang tinggi. Begitu juga dengan pengeluaran asam amino, sebagai penyebab terjadinya penyakit jantung.



Di saat kita marah, jantung akan bekerja lebih kuat dan bernafas lebih cepat. Tidak hairanlah pada saat marah, kekuatan kita menjadi luar biasa. Buktinya? Suara makin menggelegar, isinya berubah menjadi bentuk makian, teriakan dan gerakan tubuh yang kuat. Belum lagi ekspresi wajah yang menyeramkan, mata merenung tajam, wajah merah padam atau berubah pucat lesi.

Oleh itu, marah harus dapat dikendalikan agar kesihatan tubuh dapat tetap terjaga. Justeru itu, jangan marah.
 
sumber : berita harian dan lain2

1 comment: