Friday, October 22, 2010

Jumaat datang lagi ....

Assalammualaikum.

Salam Jumaat untuk semua. Bertandang lagi penghulu segala hari... hari yang paling dinanti2kan oleh orang2 yang bekerja makan gaji cam Mummy ni... rasa semakin cepat masa berlalukan. Sekejap je dah masuk bulan November dan tak lama lepas ni bertukar tahun lagi dan umur kita pendek setahun lagi...

Weekend nak buat apa ye? Emm kalau minggu2 sebelum ni asyik gantung periuk belanga memenuhi undangan open house, minggu ni gantung periuk belanga gak pergi jemputan kenduri doa selamat orang nak pergi haji pulak.

Sabtu kakak Mummy Datin S dan Datuk T buat kenduri doa selamat selepas Zohor. Dan hari Ahad pulak officemate Daddy buat kenduri doa selamat selepas Zohor gak. Best gak dengar sana sini orang pergi haji kan. Bila la giliran Mummy pulak ye.

Tak sabar nak tunggu esok sebab kakak2, abang dan suku sakat Mummy yang dari selatan pun dengarnya akan datang ke rumah Datin S gak.... best2 dapat berkumpul ramai2... rasa cam nak raya la pulak...

Oklah untuk yang akan drive nanti, berhati2 ye dijalanraya. Kalau letih nak drive ke Gombak singgahlah dulu kat Bangi...c u thereeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

3 comments:

  1. akak jea tak dea...wuhuwuhuhu.....tolong makan untuk akak ya....

    ReplyDelete
  2. Anonymous - 1 undi tu kira nak jual ke kira undi rosak?... hehehhe

    ReplyDelete
  3. Kul 8 eden bergerak.Pukul 6 chau balik Muo...

    ReplyDelete