Thursday, October 14, 2010

Sayang2 buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang....

Kali ni n3 rojak yer ... eh tapi kan sedap gak kalau dapat makan rojak ek. Rojak kat kedai Dyana tepi sungai kat PS tu sedap kan... tauhu yang lembut, kuah kacang banjir, tempe dan daun salad.... nyum...nyum.....nyum...

Uols ada tak masalah sayang nak buang barang2 yang dah tak boleh guna tapi sayang nak buang. Tak kisahlah samada baju2 lama yang dah tak  muat, kasut yang dah kehausan tapak tapi sebab beli dgn duit gaji pertama sayang pulak nak buang, buku2 dan majalah2 zaman tok kaduk???

Masa nak pindah ke Bangi dulu, mana2 baju Mummy yang dah tak muat memang Mummy dah asingkan dan bagikan orang, so yang Mummy bawak memang baju2 yang memang pakai dan baju masa kahwin dulu je. Kasut2 pun Mummy dah sort out, yg dah putus tali or tapak dah jadi senipis kulit bawang siap2 dah asingkan...

Tapikan terbalik pulak ngan Daddy, semua barang dia nak bawak pindah. Baju2 zaman kat U pun disimpannya lagi... majalah2 dan buku2 lama semua dibawaknye... dia kata nanti2 nak baca2... tapi rasanya dah hampir setahun pindah ni tak satu pun majalah dan buku2 Jepun dia yang dia telek or baca... dan kasut2 lama dia yang dah tak berapa cukup sifat tu pun tetap dia simpan sampai penuh almari kasut Mummy.

Masa bibik tak ada Mummy dah buat operasi pembersihan kasut2... menyampah tengok kasut bersepah2 depan pintu... pernah kawan Mummy datang rumah dia jadi cam was2 nak masuk segan, sebab dia ingat Mummy terima ramai tamu gara2 dia tengok banyak sangat kasut kat depan pintu....

Sebahagian kasut yang dah dikeluarkan dari almari kasut...

Pembantu Mummy yang tersangat rajin....
Dania yang rajin menolong...


Daddy & doter ... apa yang penting? Kerja samaaaaaaaaaaaaa


Selepas pengasingan kasut mengikut owner.... kasut2 Daddy... termasuk kasut yg tapak dah senipis kulit bawang, tali dah hilang, koyak, mengangga cam mulut buasa semua ada...


Daddy tengah fikir kasut mana dia nak let go.... masa pindah dari rumah Nilai lagi Mummy suruh dia sort  mana kasut yang dah tak boleh nak pakai tapi dia kata sayang kat kasut2 tu lah.. nak hantar gi repair la nak jahit la... in the end terperuk je kat dalam almari kasut sampai tak muat2, buat tambah habuk jer...


Selepas proses tapisan... Daddy tinggalkan 10 pasang ni je

Ni je kasut2 Mummy.... kasut2 biasa je ....
Danny & Danish punye... kasut2 zaman tadika pun ada lagi...


Kalau dah all pink, sure Dania punye... kasut masa umur 2-3 tahun pun simpan lagi...tu tak pe gak, ni kasut dah putus tali pun simpan lagi...selipar jepun dari warna pink dah jadi kelabu pun ada....


Dafiy jer yang tak ada banyak kasut kan...

Air apa yang cam air longkang ni? Kalau nak tau inilah air yang kita minum sehari2 kalau kita tak pasang water filter. Sambil kemas2 kasut Mummy cuci lah water filter Mummy. Ini baru seminggu dia tapis. Pernah tengok water tank kat rumah uols tak. Cuba buang semua air kat tank tu, percayalah kat dasar tank tu sure lumpur dan keladak 4-5 inci. Kalau orang yang kulit sensitif memang senang kena gatal2.

Water filter kat luar ni akan tapis semua air yang masuk ke dalam rumah termasuklah untuk mandi, masak dan lain. So kalau mandi tak adalah badan still rasa gatal2 (esp untuk orang yang alergi la). Kalau ada out door filter ni, better ada indoor water filter sekali bolehlah terus minum je air dari tap.. ni bukan promosi water filter  ye puan-puan. Mummy rasa nak tak nak tiap rumah sekarang ni terpaksa pasang water filter sebab kualiti dan kebersihan air yang kita terima tidak begitu memuaskan... betul tak?

2 comments:

  1. nenek gee : kasut mkcik dania yg elok tu lehla bg kt Echa.. hehe..

    ReplyDelete
  2. dasar penyimpan barang antik...tiru gaya akak, dalam setiap masa 2 jea maksimum kasut...nanti berselerak U kalau lebih...akak nie kan "town board'..org dulu kata tonbod

    ReplyDelete