Monday, October 25, 2010

Resepi daging salai pak pandir

Sabtu lepas Mummy masak lagi daging salai pak pandir. Mummy masak dalam 2kg sebab nak bawak ke kenduri rumah Datin S. Pada yang tak tau apa sedapnye daging pak pandir ni boleh la cuba. Dah cuba sekali mesti nak lagi, cuma mungkin susah sikit nak cari kat mana ada jual daging salai ni. Pada yang nak cuba ni Mummy tunjuk cara masak ikut versi Mummy la, orang lain Mummy tak tau la pulak. Resepi ni pun main anggaran dan campak2 jer, tak de nak sukat2.

Cili padi (nak pedas letaklah banyak2), bawang merah, bawang putih, halia & kunyit semua blend. Serai tu ketuk2 je la ye..

Daging salai tu potong nipis2... kira bercinta gak nak potong daging ni. Yang pasti pisau kena sah dulu bagi tajamm Kira jari jemari Mummy sampai melepoh gak le potong 2kg daging salai ni. Lepas tu rendam dan basuh berkali2. Mummy basuh dengan tepong gandum dan asam jawa. Selain nak hilangkan kesan2 hitam arang boleh hilangkan bau daging gak. 

Pucuk ubi kena ada... kalau tak ada pucuk ubi letak kentang je pun ok gak. Kalau ada belimbing buluh lagi sedap. Pucuk ubi ni nak rebus dulu pun boleh tak nak rebus dulu pun ok gak. Tapi nasihat Mummy kalau pucuk ubi tu banyak better direbus dulu, takut pahit la pulak. Tapi kalau pucuk ubi tu sikit jer, campak je terus tak payah rebus2.

Ini bukan daun limau tapi daun pelembut daging, letak daun ni insyallah dalam masa 30-45 minit daging salai ni dah lembut. Tak perlu gune pressure cooker pun.

Pati santan jangan lupa... daging salai ni kuah dia kena pekat2 baru sedap... klu cair jer macam masak bening je la pulak.

Rebus daging dulu dan masukkan segala bahan2 yang dah diblend.

Biarkan sampai daging empok.

Masukkan santan dan pucuk ubi...

Campak segala garam dan serbuk perasa dan biarkan hingga mendidih.... siap dah... Petua nak menikmati kelazatan masak lemak daging pak pandir ni, makan dengan nasi panas dan ikan masin jer, jangan ada lauk pauk yang lain... selamat mencuba

Yang pasti masa kenduri rumah Datin S ni, daging salai pak pandir mendapat permintaan yang tinggi, makan masa lunch dengan ada sambal belacan dan ikan masin pulak, so memang mantap la.

5 comments:

  1. Kalau msk cili api yg bebenor tak payah bubuh bawang.Tapi x pe la ni cili api orang Johor...

    ReplyDelete
  2. Menarik ni..kalau daging biasa takleh ke kak..nak cari daging salai tu yg sshnya...

    ReplyDelete
  3. Mek Klate - Betul tu klu resepi asli mmg tak letak bawang tapi tak best la masak tak letak bawang macam tak cukup perencah pulak... orang johor memang kuat makan bawang....

    Alida Ali - Memang susah sikit n ak cari daging salai ni. Mummy pun sanggup pegi sampai pasar minggu kat Salak. Mummy pernah jumpa gak daging salai frozen kat kedai daging.

    ReplyDelete
  4. akak rasa 10 kali sedap daging fresh...masak rendang kut..
    salai2 nie..allegik sikit la ngan arang tu...kwang..kwang..kwang..

    ReplyDelete
  5. c.gee... akak skang masak lemak cili api memang dah derhaka dgn resepi bonda... pasal xletak bawang lagi sedap tau... tambah lagi tumbuk pakai lesung... len rasanye... laki den kan org nogori... huhuhuhu

    ReplyDelete