Friday, October 8, 2010

Putus sudah kasih sayang ... Raja Azura @ Kak Engku Sah Bercerai

KE ... masa press conference... gambar ambil dari murai.doc

Nampaknya rumah tangga Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Raja Azura telah sah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman pada 28 September lalu. Kedua-duanya telah cuba menjalani kaunseling tetapi tetap gagal untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.


Mummy kagum betul dengan ketabahan Kak Engku yang tetap bertugas seperti biasa di konti Sinar Pagi walaupun telah bercerai hampir selama seminggu. Memang tabik respek. Salute. Sungguh cekal hati seorang wanita ini. Siapa sangka dalam gelak tawa dia kendalikan segment pagi kat Sinar.FM dia simpan cerita sedih. Semoga Kak Engku terus tabah dengan dugaan dan cabaran ini.


Raja Azura dan suami ada 3 cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. Walaupun telah bercerai, kami berharap agar kasih sayang mereka berdua terhadap anak-anak tetap tidak akan berbelah bahagi. Jangan biarkan anak-anak yang menjadi mangsa.

Mummy respect betul dengan Kak Engku sebab tetap merahsiakan punca penceraiannya walaupun desas desus ada pihak ke-3 yg terlibat... tahniah Kak Engku.


berita lanjut boleh baca di sini

2 comments:

  1. Kalau betullah kerana pihak ketiga...semoga Kak Engku BAHAGIA DALAM PERPISAHAN - shahir.

    ReplyDelete
  2. Bercerai jugak akhirnya... dalam gelak ketawa dia menyimpan seribu duka dihati...

    ReplyDelete