Tuesday, December 25, 2012

Singkong vs keju

Lama sunggu Mummy tak buat lempeng ubi ngan kelapa ni. Tak ingat la bila last time Mummy makan dan buat lempeng ubi ni. Satu2 nye lempeng yang Mummy makan ni lempeng ubi lempeng lain Mummy tak makan, tak tau ler kenapa. Ahad lepas beli ubi kayu, dah rebus dan ada baki 2 biji. Nak buat lepat tak de daun dan tekak tetiba rasa cam nak makan lempeng jer... so inilah hasilnya. Lempeng ubi + kelapa pekena dengan kopi-o kaw kaw....


Bangun tidur terus makan lempeng ubi...habis gak 3 keping tu...


Ni breakfast pagi tadi... spagetti...


Saturday, December 22, 2012

Cuti-cuti Malaysia - Penang

Lama betul blog Mummy ni kena tinggal ye. Tak tau ler, memang tak de mood langsung dah nak berblog.... ni pun cerita yang dah ala2 basi gak ler...

13/12/2012 (Khamis) - Daripada Taiping kami terus ke Penang. Lepas makan terus check in. Masu tu pun dah almost 3.30pm.

We all nak ikut jambatan jer tapi anak2 sibuk nak naik feri ler pulak. So anak2 la menang.

Cuaca tak menentu... sekejap mendung

Sekejap cerah

Kami menginap di sini. Hotel ni terletak di Tanjung Bungah


View dari balconi... bilik kami nun kat tingkat 7...

Bilik boleh tahan luasnya. Ada dua katil super single... berhimpit le sikit kami tidur...heheheh. Kalau ambik dua bilik pun anak2 mesti nak tidur bilik Mummy gak so ambik je bilik ni.

Sofa untuk lepak2 sambil layan FB
  
Meja solek/study dengan bigggg mirror mirror on the wall. Kawan blogger Mummy si, Miss Mirror sure suka stay kat hotel ni sebab ada cermin besar....hehehe

Anak bujang kecik

Mummy make sure hotel ada swimming pool dan ada internet tau....huhuhuhu....request anak2

Actually Penang ni Mummy tak de pun plan nak melawat mana. Saja jer transit satu malam sebelum sambung perjalanan ke Pantai Timur. So xtvt anak2 berendam dalam kolam dan Mummy baca novel jer la...heheh. Baik duduk rumah je kan. 

So bila dah penat berendam ini pulak xtvt dia orang sementara menunggu dinner...maggi in cup....

Senja di Tanjung Bungah

Anak sapa la comelnya berkain pelikat ni.....(kes puji anak sendiri....)

Malam2 kami dinner kat Batu Feringghi. Tapi kan Mummy punye le dah lama bersiap tapi Daddy anak anak2 bujang semua nak tengok bola dulu. Piasa AFF, Malaysia vs Thailand. Cam dah nak merajuk jer...hehe. Bila Thailand dah gol dulu baru la we all gi dinner.

Dafiy pun boring tunggu kan Dafiy kannnn




Maybe sebab weekdays... entrance hotel pun lengang jer waktu malam ni

Si Danish ni dah ada 'pipi' dan 'perut' sebelum ni nampak kurus cikiding jer...

Tempat menghabiskan duit kat lobby hotel

Anak dara ni sekarang dah pandai nak make-up. Sling bag tu penuh dengan segala getah dan reben rambutm bedak dan lip gloss. Dia dah request blusher ngan eyeshadow dah.... ambik je la Mummy punya yang dah nak habis tu Dania...hehe

Breakfast.... lepas breakfast kami terus check out. Projek panjat Bukit Bendera kita tunda tahun depan ya anak2...

Me & Mr Pilot... bye2 Penang... 

Dari Penang kami merentas semenanjung ke Kelantan pulak. Tunggu n3 seterusnya

Friday, December 14, 2012

Cuti-cuti Malaysia - Part 2


Dijamu durian... di Taiping. baru luruh lg tu


Ziarah kubur arwah Tok Gayah. Tok Gayah ni emak tiri FIL. Meninggal bula lepas tapi kami x pergi sbb masa tu ddy outstation


Singgah sekejap rumak Mak Su ddy...rambutan melambak2 keliling rumah. Ambik sikut utm mkn dlm kereta


Singgah kejap kat Taman Tasik Taiping... teringat kartun From Taiping With Love..Mat ngam Mon gi dating kat sini

Dari Taiping baru kami ke Penang


Singgah mkn kat satu kedai bawah pokok kelapa sawit....kat Juru.


Hidangan popular ikan bawal goreng cicah sambal kicap


Tempat mkn betul2 open air...tapi org sangat2 ramai


korang ada nak mkn kat kedai kena bukak meja sendiri.....haha
posted from Bloggeroid

Cuti-cuti Malaysia - Part 1


Finally selepas asyik tertunda,Mummy baru dpt ambik cuti dipenghujung cuti sekolah ni. walaupun dlm hati dah tau Mmy x berapa nak enjoy sbb kerja2 kat opia mmg tengah banyak. So harap2 adik2 manis kat opis dapat handle semua.


my hero Adam Radzuan yg akan mengendalikan Airbus MH5747 untuk perjalanan seminggu ini


Biasala anak ramai...


Gadget wajib bawak


Novel utk baca waktu senggang dlm perjalanan


Mmy bertolak malam Khamis. Mana mmy nak pegi??? Adalah few states yang kami nak pegi. So kami start dengan negeri Lim Guan Eng dulu....Tp nak singgah dulu rumah Mak Su ddy kat Taiping. Saja je keluar malam nak drive slow2. Lastnya we all tidur kat RNR Sg Perak..

....bersambung
posted from Bloggeroid

Cuti-cuti Malaysia - Part 1


Baru dpt ambik cuti dipenghujung cuti sekolah. Tapi dlm hati tak rasa enjoy sangat pun sbb hujung tahun ni kerja kat opis banyak so harap2 adik2 manis kat opis dapat handle semua..

Member2 ramai yang cuti2 ke oversea...mummy over river je la..hahha

Mummy bertolak malam khamis menuju ke Penang...


Anak ramai so beg pun berderet2 ler...


Gadjet wajib dibawak


Novel untuk masa2 senggang dalam perjalanan


My hero Adam Radzuan yang akan mengendalikan Airbus darat MH5747 selama seminggu ni

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 27, 2012

Bukan bulan jatuh ke riba...


Lama Mummy tak update blog ni kan. Nasib baik la masih ingat login id dan password....hehhe. Selain dari busy dengan kerja2 office (kena pangku tugas finance exec Mummy yang cuti bersalin) dan kerja rumah (baru je 2 minggu dapat bibik) sebenarnya bulan ni Mummy tak berapa sihat. Awal bulan November , Mummy jatuh tergelincir kat porch masa ambik beg anak kat sekolah agama. Memang tak boleh jalan gak for few days. Walaupun dah hampir 4 mingg tapi actually sampai sekarang ni Mummy tak boleh lagi duduk tahiat dengan betul masa solat. Kaki masih terasa sakit.

Malam minggu yang lepas Mummy jatuh lagi sekali. Kali ni Mummy jatuh kat Snow walk I-City Shah Alam. Cuaca baik malam minggu tu so Daddy ajak gi I-City. Dah nasib masa kat Snow Walk tu Mummy tergelincir kat tangga ice dan pinggan dan kepala terhentak kat ice tu. Lepas jatuh Mummy rasa pening senoneng sekejap. Lepas tu nak bangun punya la sakit pinggang. So tak jadi nak main yang lain2 lagi terus balik rumah. Hari Ahad gi x-ray. Dr kata tulang tak de patah or retak tapi Mummy tak tau la sebab makin lama Mummy rasa semakin sakit ni. Mummy rasa lebih sakit dari masa lepas bersalin c-zer. Dari duduk nak bangun dan bangun nak duduk, nak baring kat katil, bangun dari katil memang sangat2 menyeksakan. Hampir 10 minit nak baring ke katil dan nak bangun dari katil. Buat apa semua tak selesa, duduk sakit baring pun sakit. 

Esok baru Mummy pergi berurut, harap2 lepas berurut kurang la sikit sakit ni. Mummy tka boleh nak makan pain killer sebab Mummy ni allegic, bila makan mata pun gatal dan jadi sembab.

Doakan Mummy cepat2 sembuh yer.

Thursday, November 15, 2012

Cuti cam tak cuti


Lempeng omputih a.k.a pancake utk anak-anak


Getuk ubi dan cucur badak utk mummy

Walau pun cuti hari ni tapi bagi mummy cuma cuti dari pergi opis je. Tetap buat kerja2 office dari lepas subuh. Esok mummy ada meeting dan esok gak customer nak tengok first draft contrct. Gila betul la, dia orang ingat company2 kecik ada lawyer yg akan handle contract tu semua ker, sendiri kena bikin la. Multi tasking. Klu 2 minggu tu ok la..ni seminggu jer... slide presentation pun mummy tak buat apa lagi. 4.5M project value... contract boleh tahan tebal beb... biru dah mat hitamku..

posted from Bloggeroid