Backdrop... gigihlah Daddy dan anak-anak meniup belon tu. Nasib baik la ada pam. Kain bunting tu Mummy beli yang dah siap kat kedai cenderahati.
Bagilah can tuan tanah selfie dulu sebelum tetamu datang....hehhe
Mummy panggil orang-orang surau untuk baca doa selamat. Selepas majlis doa selamat baru tamu-tamu lain datang untuk makan tengahari. Mummy suka buat jamuan sebab suka orang datang ke rumah. Kalau nak kira penat memang la penat tapi memang Mummy suka. Time ni la dapat berkumpul dengan adik beradik walaupun tak cukup korum.
Mummy dan Kak Noor
Mummy dan Kak Lah
Mummy & Mama Miraki
2 orang anak daya Mummy... Dania Batrusya & Dhiya Danisha
Alhamdulillah ramai tetamu yang datang meraikan majlis kami. Jiran tetangga, adik beradik ipar duai sedara mara terdekat, kawan-kawan Mummy Daddy dan kawan-kawan anak-anak pun ramai. Alhamdulillah makanan cukup untuk semua dan ada berbaki untuk tapau sedara mara.
Kalau nak tengok gambar-gamabr yang lain bleh klik di sini.


































