Showing posts with label emmil dafiy. Show all posts
Showing posts with label emmil dafiy. Show all posts

Sunday, July 5, 2026

Emmil Dafiy - Registration Day PASUM

5/7/2026

Hari ni anak teruna Mummy si Emmil Dafiy mendaftarbdi Pusat Asasi Sains UM. Alhamdulillah dapat dekat, tiap minggu boleh balik 🤣. Biasalahkan emak2 kalau boleh nak anak2 sentiasa kat keliling je.

Selepas result SPM keluar ada bebrapa tawaran yang Dafiy dapat.
- Matrikulasi Melaka - Perakaunan
- High School Kajang - Form 6 
- IPG - Pendidikan Jasmani (Dapat Tawaran Bersyarat, tinggal buat medical check up)
- UPU UM - Asasi Sains Sosial
Petronas

Apply juga biasiswa/tajaan keluar negera, ada yang dapat interview tapi tak ada rezeki Dafiy. Tak lama selepas dapat tawaran UPU untuk Asasi Sains Sosial di UM dapat pula tawaran tajaan/biasiswa dalam negeri dari Petronas. Syukur Alhamdulillah. So insyallah Dafiy akan buat asasi dan sambung degree di UM nanti, doakan Allah permudahkan urusan pengajian Dafiy sepanjang di UM.

Mummy dan daddy jadi kemetot bila diri sebelah Dafiy 🤣

Tak boleh dah Abang Dafiy nak hantar Dhiya oergibdan balik dari sekolah.

Masa ni dah gerimis, tapi demi sekeping gambar, mamay gigihlah ajak Dhiya bergambar dalam hujan.

Daddy sempat ke tempat dia belajar di UM sebelum fly ke Jepun lepas SPM dulu.

Terima kasih Petronas. Semoga Dafiy dapat manfaatkan tajaan ini sebaiknya.

Insyallah 4.5 tahun jadi warga UM. 1 tahun asasi dan 3.5 tahun degree.

Tuesday, March 31, 2026

Emmil Dafiy - SPM 2025

31/3/2026

Post terobek semasa result SPM 2025 diumumkan.

Batch 2025 ni sangat special, mereka tidak pernah menghadapi peperiksaan besar sebelum SPM. Batch tanpa UPSR dan juga PT3.  Cuma exam UPKK sekolah agama sahaja yang ada.

Untuk Dafiy, mummy tak set pencapaian yang terlalu debom, mummy target 5A sahaja, sebagai syarat untuk mendapatkan tempat samada di matrikulasi atau mana2 IPTA.

Result trial dia 7A tapi banyak A-, lagilah mummy takut nak expect lebih2, silap sikit je A- boleh terjunam ke B+ atau B. 

Selepas exam dan semasa nak ambik result saja mummy tanya dia apa expectation dia,  dia kata dia confident dapat straight A, adui rasa nak luruh jantung ni, mmy risau dia over confident dan kalau tak dapat apa yang dia target dia akan kecewa tapi dalam hati tetaplah mummy mendoakan moga tercapai apa yang Dafiy jangkakan. Walaupun boleh buat semakan result secara online Dafiy tapi dia tak nak semak, dia nak ambik result fizikal berdepan dengan cikgu. Kita hormatlah keputusan dia, satu family sama2 berdebar. Satu family sama2 ke sekolah nak beri moral support pada Dafiy.

Semua anak2 ikut ke sekolah.

macam relax je tengok daddy tapi hati di dalam gedebak-gedebuk siapa yang tahu.

Few minutes sebelu  keputusan diedarkan. Senyum dalam debar.
Debaran sebenar....

Alhamdulillah. Straight A (4A+ 5A)

Tumpang gembira

Kami kenal dari zaman anak2 sekolah rendah.

Kami BFF, anak2 pun BFF. Cikgu Zaliza ni ajar Dafiy tution masa sekolah rendah. Anak kamcing kami pun sama2 kamcing sampai sekarang.

My harta dunia akhirat.


Saturday, May 17, 2014

Birthday Celebration 2014

17/05/2014 - Mummy buat sambutan harijadi anak-anak serta ulangtahun perkahwinan Mummy dan Daddy yang ke 16. So sangat-sangat lama post ni terperap dalam draf mode ye.... lambat pun lambat la kita kasi publish sama dia.

Backdrop... gigihlah Daddy dan anak-anak meniup belon tu. Nasib baik la ada pam. Kain bunting tu Mummy beli yang dah siap kat kedai cenderahati.

Bagilah can tuan tanah selfie dulu sebelum tetamu datang....hehhe



Mummy panggil orang-orang surau untuk baca doa selamat. Selepas majlis doa selamat baru tamu-tamu lain datang untuk makan tengahari. Mummy suka buat jamuan sebab suka orang datang ke rumah. Kalau nak kira penat memang la penat tapi memang Mummy suka. Time ni la dapat berkumpul dengan adik beradik walaupun tak cukup korum.

Mummy dan Kak Noor

Mummy dan Kak Lah


Mummy & Mama Miraki



2 orang anak daya Mummy... Dania Batrusya & Dhiya Danisha

Alhamdulillah ramai tetamu yang datang meraikan majlis kami. Jiran tetangga, adik beradik ipar duai sedara mara terdekat, kawan-kawan Mummy Daddy dan kawan-kawan anak-anak pun ramai. Alhamdulillah makanan cukup untuk semua dan ada berbaki untuk tapau sedara mara.










Kalau nak tengok gambar-gamabr yang lain bleh klik di sini.

Saturday, August 17, 2013

Cuti-cuti Perth - Part 9 (Kerriley Park - Animal Feeding)

Aktiviti utama yang disedikan oleh pihak Kerriley Park kepada para pengunjungnya adalah aktiviti bagi makanan kepada binatang. AKtiviti ini diadakan setiap hari darai pukul 8-9.30am. Hari pertama jer Mummy dan Daddy pergi temankan budak-budak, hari seterusnya mereka pergi 4 beradik. Mummy tunggu kat rumah.

Farm map yang simple

Pagi yang indah.... semua bersemangat nak bagi binatang makan


Morning walk... perjalanan dalam 5-10 minit ke kawasan feeding 

Sempat main dulu tu...