Showing posts with label dhiya danisha. Show all posts
Showing posts with label dhiya danisha. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Birthday Celebration 2014

17/05/2014 - Mummy buat sambutan harijadi anak-anak serta ulangtahun perkahwinan Mummy dan Daddy yang ke 16. So sangat-sangat lama post ni terperap dalam draf mode ye.... lambat pun lambat la kita kasi publish sama dia.

Backdrop... gigihlah Daddy dan anak-anak meniup belon tu. Nasib baik la ada pam. Kain bunting tu Mummy beli yang dah siap kat kedai cenderahati.

Bagilah can tuan tanah selfie dulu sebelum tetamu datang....hehhe



Mummy panggil orang-orang surau untuk baca doa selamat. Selepas majlis doa selamat baru tamu-tamu lain datang untuk makan tengahari. Mummy suka buat jamuan sebab suka orang datang ke rumah. Kalau nak kira penat memang la penat tapi memang Mummy suka. Time ni la dapat berkumpul dengan adik beradik walaupun tak cukup korum.

Mummy dan Kak Noor

Mummy dan Kak Lah


Mummy & Mama Miraki



2 orang anak daya Mummy... Dania Batrusya & Dhiya Danisha

Alhamdulillah ramai tetamu yang datang meraikan majlis kami. Jiran tetangga, adik beradik ipar duai sedara mara terdekat, kawan-kawan Mummy Daddy dan kawan-kawan anak-anak pun ramai. Alhamdulillah makanan cukup untuk semua dan ada berbaki untuk tapau sedara mara.










Kalau nak tengok gambar-gamabr yang lain bleh klik di sini.

Saturday, October 26, 2013

Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul ♥DHIYA DANISHA♥

Alhamdulillah Sabtu lepas 26 Oktober 2013 kami selamat mengadakan masjlis aqiqah dan cukur jambul anak kami yang ke-5. Mummy busy so baru sempat nak update blog.

Theme colour pink purple. Biasala gugurl kan...heheheh

Tuan tanah in purple and pink

Mi little angel yang diraikan...Dhiya Danisha

Tidur ler pulak buah hati Mummy ni...


Mummy, Daddy & Dhiya


Mummy panggil kumpulan marhaban. Alhamdulillah ramai yang dapat datang ,lebih daripada 35 orang



Mummy bersama Datin S dan Mama Miraki. Malam sebelum majlis mereka tidur rumah Mummy. Seronok tau adik-beradik datang tidur rumah. Bukan senang nak datang tidur rumah adik beradik ni. Yang penting masa hari majlis boleh kerah tenang dia orang...heheheh

Kakak Mummy si YB Bukit Mutiara pun mencemar duli datang ke Bangi


Alhamdulillah 6 daripada 9 adik beradik Mummy dapat datang. Masa ni Kak Kay dan Kak Mah belum datang lagi, so dia orang tertinggal la sesi posing2 ni...hehehe