Showing posts with label menu open house. Show all posts
Showing posts with label menu open house. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Raya Open House 2012 - Part 2

Jom tengok sapa yang datang open  house kat rumah Mummy... Tamu yang datang awal je sempat Mummy ambik gambar, tamu yang datang lambat dah tak larat Mummy nak snap2... Tetamu start datang dalam pukul 1.15pm


Mama Janet


Kak Mah dan hubby


Azlin & family .... ni opismate Daddy

Ni pun opismate Daddy gak.. kalau tak silap nama Abdullah kut

Nieza, member berpoya2 zaman muda2 dulu.... sekarang ni dia satu opis dengan daddy 

Mama Miraki & family

Cam jaga tol pengantin nak lalu jer...


Si kembar Arman & Armin dan adik mereka Adlean... anak jiran Mummy

Anak2 saudara Mummy yang dah besar panjang


Datin S dan anak2

Atin.. anak kepada cousin Mummy

Jiran Mummy, Kak Zai & family

Schoolmate Daddy masa di Teknik Alor Star.. lebih 25 tahun tak jumpa....

Anak saudara Mummy, si Iwan & family

Opismate Mummy... Rosidah & Seli

My neber... Datin Afidah

Jiran2 selorong... Kak Zee, Datin Afidah, Kak Gayah & Kak Zai... mereka ni jiran2 Mummy yang sangat2 sporting...

Neber gak... Kak Pah dll

Nazrin, my x-staff

Alhamdulillah ramai yang sudi hadir


Kenalan semasa di opis lama.. lebih 15 tahun kami kenal, sekarang walau pun masing2 ada hala tuju sendiri tpai still keep in touch

Laila Zain ... my x-staff

Laila Lott & Azarita... x-staff

Coursemate di universiti dulu. Shahidan dan anak daranya Shasha yang putih melepak...

Shila a.k.a Achik.... BFF... member kamcing masa di U dulu...

Lina a.k.a Mumzie.... BFF... member kamcing masa di U dulu...

We're 2gether... 

Kenangan dengan my x-staff

Gedixsssss

Cikgu Bakri ni kawan baik abang Mummy si Yin, masa Yin sakit Cikgu Bakri ni la yang paling rajin bertanyakan khabar, telefon dan datang ziarah. Lama2 kami adik beradik jadi rapat dengan dia.

Cikgu Bedah & family... memebr kamcing masa di SMDS

Cikgu Bedah my BFF 


Baya... opismate lama

Table reserved for my x-staff

Muka tuan tanah yang dah berminyak2....

Maaflah ye pada yang tertunggu2 kehadiran Aaron Aziz di majlis open house Mummy. Last minute Aaron called dia terpaksa cansel sebab stuck kat kedai buku MPH, tengah buat promosi sesi bertemu dengan peminat untuk promosikan drama Adam & Hawa. Aaron kata dia sedih tau sebab tak dapat datang... melepas dia tak dapat makan meehoon soto Mummy yang mables...heheheh


bersambung..... ada banyak lagi gambar2 nak uplod ni....

Friday, September 7, 2012

Raya Open House 2012 - Part 1

Tuan tanah tersangat2 busy... busy dengan kerja2 opis dan busy dengan kerja2 rumah juga. Memang rasa tak menang tangan sekarang ni... huhuh

Ni cerita yang dah hampir seminggu berlalu...hehhe... hari Ahad lepas Mummy buat jamuan hari raya. Biasalah zaman la ni kalau hari raya nak kena jemput2 baru orang nak datang rumah kita, kalau tak memang kena makan sendiri lah biskut2 raya tu...hehehhe



Tengok dulu muka tuan tanah ni... yer

Dah ready ni.. mana tetamu tak sampai2...

Jemputlah masuk.. jangan malu2....

Tetamu pertama kami... nasib baiklah Mama Janet & family datang awal.. so banyak benda la yang dia orang boleh tolong... Mummy ngan daddy berdua memang buat kerja cam lipas kudung jer...heheh. Masa Mama Janet sampai tu Mummy & Daddy memang tengah kalut nak siapkan hidangan kan beja buffet. Daddy sekejap2 keluar beli ice la beli buah2 la... Memang dia orang sampai kena pada waktunya la... heheh

Ketua kendarat didatangkan khas dari Muo...heheh. TQ Mama Janet....

Ini ketua kendarat lelaki.... Ariff, anak buah Mummy. Jawatan tetap dia tiap kali jamuan kat rumah Mummy, tolong pegi beli ice dan pinggan bila kehabisan... heheh


Mama Janet sedang pastikan hidangan kat buffet table semua ok

Main table hidangan nasi putih dengan lauk2 kampung dan set nasi dagang

Mummy cuma sempat buat choc cake dengan puding jagung jer. Untuk tamu2 kecil Mummy sediakan jelly dan gula2


Set nasi dagang, kari ikan tongkol, jelatah dan sambal. Yang ni Mummy order kat restoran depan rumah Mummy je. Selalu bila jamuan Mummy  jamu nasi briyani, kali ni Daddy request nasi dagang pulak sebab dia kata jemu makan nasi briyani. I followwww je la

Spaghetti bolognese... menu pertama yang habis. Ramai rupanya peminat spaghetti ni. Kuah dia tu Mummy guna ayam cincang 5 paket dan Mummy rebus 2.5 paket spaghetti

Tak sangka gak meehoon soto Mummy laku gak. Mummy celor 3 paket meehoon tak cukup (selalu 3 paket tak habis pun). Habis meehoon Mummy ganti celor mee kuning jer

Aksesori meehoon soto. Kalau buat soto ni bahagian paling renyah adalah nak siat2 daging ayam yang dah digoreng tu. Untuk kali ini tu jadi kerja Daddy dan anak2 la...

Untuk nasi putih Mummy masak lauk udang masak lemak dengan kacang panjang, kari ayam pencen, sambal goreng tauhu + tempe + kentang, ikan kembung goreng, sambal belacan + ualaman dan sambal petai ikan bilis. Paling mencabar nak menyiang 5 kg udang dan 8 ekor ayam tu... dan nak tunggu ayam tua a.k.a pencen tu empok....huhuh

Set nasi himpit dengan kuah kacang, masak lodeh dan kari ayam tua a.k.a pencen. Paling mencabar nak membersihkan 8 ekor ayam tu... dan nak tunggu ayam tua a.k.a pencen tu empok....huhuh. 2 jam setengah u baru empok... dan gara2 masak kari ayam tu la 3 jari tangan kiri Mummy melecur terkena wap panas. Orang tak berapa nak makan nasi himpit, mungkin dah jemu makan masa raya. Tapi ayam kari tu memang licin la...

Lemang tu tak de la Mummy & daddy bakar... beli je lemang dah siap 10 batang. Nasib baik dapat lemang yang ok dan sedap rasanya. Rendang daging tu Mummy masak la..

Meja air dan dessert. Based on pengalaman lepas selalunya air cepat habis dan kena bancuh semula. Kalut la pulak nanti mana nak layan tamu mana nak bancuh air dan mana nak top-up lauk pauk. So untuk jamuan kali ni Mummy beli air RO berbotol2 (tak larat nak jerang dan tapis air sendiri beb). Mummy sediakan air ice lemon tea, sirap pandan dan oren sunquick jer.

Siapa nak minum air panas Mummy ada sediakan air masak ngan paket 3-in jer.. ikut suka la nak bancuh milo, nescaffe, kopi or horlick

Alhamdulillah, Mummy diberikan kesihatan dan keupayaan untuk menyediakan juadah untuk para tetamu, walaupun sekarang ni maidless. Walaupun penat tapi sangat happy bila hidangan habis dimakan oleh tetamu.

Bersambung......