Friday, September 7, 2012

Raya Open House 2012 - Part 1

Tuan tanah tersangat2 busy... busy dengan kerja2 opis dan busy dengan kerja2 rumah juga. Memang rasa tak menang tangan sekarang ni... huhuh

Ni cerita yang dah hampir seminggu berlalu...hehhe... hari Ahad lepas Mummy buat jamuan hari raya. Biasalah zaman la ni kalau hari raya nak kena jemput2 baru orang nak datang rumah kita, kalau tak memang kena makan sendiri lah biskut2 raya tu...hehehhe



Tengok dulu muka tuan tanah ni... yer

Dah ready ni.. mana tetamu tak sampai2...

Jemputlah masuk.. jangan malu2....

Tetamu pertama kami... nasib baiklah Mama Janet & family datang awal.. so banyak benda la yang dia orang boleh tolong... Mummy ngan daddy berdua memang buat kerja cam lipas kudung jer...heheh. Masa Mama Janet sampai tu Mummy & Daddy memang tengah kalut nak siapkan hidangan kan beja buffet. Daddy sekejap2 keluar beli ice la beli buah2 la... Memang dia orang sampai kena pada waktunya la... heheh

Ketua kendarat didatangkan khas dari Muo...heheh. TQ Mama Janet....

Ini ketua kendarat lelaki.... Ariff, anak buah Mummy. Jawatan tetap dia tiap kali jamuan kat rumah Mummy, tolong pegi beli ice dan pinggan bila kehabisan... heheh


Mama Janet sedang pastikan hidangan kat buffet table semua ok

Main table hidangan nasi putih dengan lauk2 kampung dan set nasi dagang

Mummy cuma sempat buat choc cake dengan puding jagung jer. Untuk tamu2 kecil Mummy sediakan jelly dan gula2


Set nasi dagang, kari ikan tongkol, jelatah dan sambal. Yang ni Mummy order kat restoran depan rumah Mummy je. Selalu bila jamuan Mummy  jamu nasi briyani, kali ni Daddy request nasi dagang pulak sebab dia kata jemu makan nasi briyani. I followwww je la

Spaghetti bolognese... menu pertama yang habis. Ramai rupanya peminat spaghetti ni. Kuah dia tu Mummy guna ayam cincang 5 paket dan Mummy rebus 2.5 paket spaghetti

Tak sangka gak meehoon soto Mummy laku gak. Mummy celor 3 paket meehoon tak cukup (selalu 3 paket tak habis pun). Habis meehoon Mummy ganti celor mee kuning jer

Aksesori meehoon soto. Kalau buat soto ni bahagian paling renyah adalah nak siat2 daging ayam yang dah digoreng tu. Untuk kali ini tu jadi kerja Daddy dan anak2 la...

Untuk nasi putih Mummy masak lauk udang masak lemak dengan kacang panjang, kari ayam pencen, sambal goreng tauhu + tempe + kentang, ikan kembung goreng, sambal belacan + ualaman dan sambal petai ikan bilis. Paling mencabar nak menyiang 5 kg udang dan 8 ekor ayam tu... dan nak tunggu ayam tua a.k.a pencen tu empok....huhuh

Set nasi himpit dengan kuah kacang, masak lodeh dan kari ayam tua a.k.a pencen. Paling mencabar nak membersihkan 8 ekor ayam tu... dan nak tunggu ayam tua a.k.a pencen tu empok....huhuh. 2 jam setengah u baru empok... dan gara2 masak kari ayam tu la 3 jari tangan kiri Mummy melecur terkena wap panas. Orang tak berapa nak makan nasi himpit, mungkin dah jemu makan masa raya. Tapi ayam kari tu memang licin la...

Lemang tu tak de la Mummy & daddy bakar... beli je lemang dah siap 10 batang. Nasib baik dapat lemang yang ok dan sedap rasanya. Rendang daging tu Mummy masak la..

Meja air dan dessert. Based on pengalaman lepas selalunya air cepat habis dan kena bancuh semula. Kalut la pulak nanti mana nak layan tamu mana nak bancuh air dan mana nak top-up lauk pauk. So untuk jamuan kali ni Mummy beli air RO berbotol2 (tak larat nak jerang dan tapis air sendiri beb). Mummy sediakan air ice lemon tea, sirap pandan dan oren sunquick jer.

Siapa nak minum air panas Mummy ada sediakan air masak ngan paket 3-in jer.. ikut suka la nak bancuh milo, nescaffe, kopi or horlick

Alhamdulillah, Mummy diberikan kesihatan dan keupayaan untuk menyediakan juadah untuk para tetamu, walaupun sekarang ni maidless. Walaupun penat tapi sangat happy bila hidangan habis dimakan oleh tetamu.

Bersambung......


2 comments:

  1. Maid Mummy yg cun itu ari dah lari ke Mummy? :D..

    Thanks atas jemputan di FB, sorry tak dpt dtg. Good idea ada pilihan minuman panas semua. Dah standard2 hotel dah tu Mummy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lari tapi Mummy hantar balik Kemboja a week b4 raya. Tak lepas 6 months probation period...heheh. Ada maid pun k.g buat kerja lebih banyak dr dia.. suka protes dan malas nak mamp*s... dari pada hati sakit baik la kaki dan tangan Mummy yg sakit buat kerja2 rumah....heheh

      Hidangan ala2 hotel... tapi hotel ah tong la...hahaha

      Delete