Thursday, September 16, 2010

Raya 2010 - Episod Akhir

14 September (Selasa) = 5 Syawal 1431 - Tinggal Mummy dan family Som yang ada kat kampung. So dari awal pagi mengemas2 rumah sebab hari ni nak balik ke rumah masing2. Biasalah menjadi orang yang terakhir meninggalkan rumah pusaka ni banyak benda yang nak kena buat. 

Kena pastikan rumah dalam keadaan bersih, sampah semua dah dibuang, makanan2 yang boleh tahan lama simpan dalam peti sejuk, kuih2 raya yang ada kat kampung tak kan nak tinggal cam tu je kan. Sayur dalam peti sejuk yang tak bermasak buang dan mana2 yang boleh gunakan Mummy & Som 'asobah' je... hehheh... dan biasalah bila kemas2 tu adalah orang yang tertinggal seluar baju, jam, songkok dll.

Selain dari kena settledkan banyak benda sebelum balikkan, boringnye menjadi orang yang terakhir balik ni sebab kita akan emotional sikit... sedih woooo... nampak rmah yang dah berkunci dan sunyi ... mau gugur air mata...

Kalau emak ada lagikan, time kereta dah bergerak dia akan toleh tengok rumah tu sampai lah dah tak nampak lagi bayang rumah... apa2 pun life must go on... layan je la pics terkahir sebelum Mummy balik ke Bangi...

Kiri - Bekas abu2 bakar sampah dan daun2 bawah pokok rambutan
Kanan - Tempat BBQ ... mungkin perlu tunggu setahun lagi untuk digunakan

Kiri - Sisa2 bunga api 
Kanan - Pondok yang sepi...

Tikar dan kusyen2 disusun kemas... senang bila nak balik kampung lain kali..

Katil2 semua 'dibog*lkan' ... 

Ruang yang 4-5 hari penuh sesak tinggal kosong dan bersih... rasa cam nak baring2 lagi je...

Cam sedih nak tinggalkan rumah... semua dah berkunci...

Tugas terakhir sebagai orang yang terakhir meninggalkan kampung ... tutup meter air ni. Rasanya ada yang tak tau mana lokasi meter air ni kan???

Tinggalkan rumah, tinggalkan emak abah dan insyallah panjang umur balik semula... langsir tingkap sengaja tak ditanggalkan ... biar nampak rumah ni cam berpenghuni je...

p/s N3 lain yang akan menyusul adalah n3 yang dah ketingalan zaman... tapi tak apa Mummy tetap akan masukkan sebagai kenangan raya 2010...so tunggu... ok cukup stop kat sini, nak sambung iron baju lagi ni... 

2 comments:

  1. n3 raya takde... tetiba je Raya 2010 Episod Akhir... mana episod sebelumnyer... hiks

    ReplyDelete
  2. betul la...cepatla n3 yang selanjutnya..akak agak free nie nak baca...hehe..

    ReplyDelete