Thursday, September 2, 2010

22 Ramadhan 1431

Alhamdulillah dah selesai puasa 22 hari. Hari ke-22 puasa anak2 semua tak puasa sebab demam. So mood nak masak pun 'demam' gak. Lat Mummy cuma masak sambal ikan bilis petai, sup bodoh sawiputih dan goreng ikan. Mummy buat pengat keladi sikit. Pas tu gi meronggeng kat PaRAM ngan Daddy. Pergi dah lewat so jualan pun nampak tak menghairahkan...

Pengat keladi yang tak menghairahkan... tak tau lah kenapa gula merah dia tak merah pun... 'kiciwa' sebab keladi dia tak 'pulen'... pulen tu apa....pi cari kamus JoWorld

Pecal beli untuk Daddy... kali ni kuah pecal menepati piawaian...pedas dan mantap cuma rasanya instead of pucuk ubi dia letak DAUN UBI... rasa cam Mr Kamb**g la pulak... hahaha

Nasi ayam berempah untuk orang tak puasa...Dania

Sup bodoh sawi putih ... buka Mummy makan semangkuk terus tak makan yang lain,,,

Roti jala... sampai sahur ada lagi 2 keping

Koci pulut hitam dan lepat labu yang sangat mables

Danny & Danish yang maih tak berapa selera nak makan...

No comments:

Post a Comment