Showing posts with label BISKUT RAYA. Show all posts
Showing posts with label BISKUT RAYA. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Bukan kuih tunjuk2 tau!


Hasil dari Mummy Gee's small kitchen.... heheh. Biskut2 raya yang Mummy buat setiap tahun almost sama je. Abaikan sebekas tart nenas dan rempeyek dalam balang tu yer, yang itu dah sah2lah Mummy bei jer... rempeyek order kat kakak Mummy Datin S, tart nenas tu si Danish yang beria nak makan, bila Mumy dah beli dia makan seketul jer...huhuuh

Tahun ni Mummy buat 6 jenis cookies je. Oklah daripada tak ada kan.... 

Almond London versi Panahan Cinta dan cornflakes chocolate (nama glamour Almond Rocher)

Crunchy chocolate chips & peanut buatter cookies

Biskut kelapa & biskut nestum. Comel tak rama2 Mummy... jangan lupa kalau rama2 asyik datang kat rumah uols masa raya nanti, itu maknya ramai tamu on d way nak datang. So siap2 la juadah apa yang patut..heheh


Monday, August 22, 2011

Biskut2 raya resepi Mat Gebu yang gebuzzzzzzzz

Hihih panjangnya tajuk n3 ni. Tiap kali tiba hari raya mesti kita sibuk cari resepi sana sini ank cuba kan. Orang zaman dulu resepi sekadar tengok yang ada kat paper or magazin, dia orang potong resepi tu dan tambal jadikan buku resepi... betul tak?

La ni resepi melambak2 kat internet, tanya je kat Pakcik Google nanti dia bagi la resepi yang uols nak... So uols buat biskut raya ikut resepi sendiri or resepi orang lain?

Mummy sejak 2-3 tahun kebelakangan ni kalau buat biskut2 raya memang Mummy akan ikut resepi blogger masakan yang fofular tu, siapa lagi kalau bukan si Mat Gebu. So far resepi2 cik Mat kita memang tak pernah mengecewakan... sodap. Resepi kek dan muffin dia pun selalu Mummy guna.

Untuk raya kali ni Mummy gunakan tiga resepi dari Mat Gebu, biskut peanut butter, biskut kelapa, almond london

Biskut peanut butter ni sangat crunchy....

Biskut kelapa ni pun sangat2 crunchy

Almond london togel yang belum dipakaikan baju choc lagi... ishhhh tak malu betul biskut ni tak pakai baju pun nak inteprem...lepas sahur esok la Mummy pakaikan baju choc dia





Cabaran buat biskut tradisional....

Sabtu lepas Mummy  sambung projek uli2 raya...

Huhuhu.... penattttttttt dan lenguh tangan sampai tumbuh muscle gara2 buat biskut tradisional. Apa yang Mummy buat? Hah Mummy kacau dodol... wah terror la Mummy.... hihihi. Tak la, Mummy setakat buat biskut bangkit kelapa je.

Selalu buat bisukt2 moden uli bahan2 setakat uli2 manja je, lagi pun ada butter or margerin so adunan cepat lembut, tapi bangkit kelapa ni kita uli tepong dengan santan jer... huhuhu dah macam uli tepong nak buat roti canai je la pulak...

Pati santan dimasak dengan daun pandan

Tepong tu nak kena goreng tanpa minyak dulu sampai ringan... eh tepong kan memang dah ringan nak ringan camana ha... ah tibai je la labu...

Gula jangan lupa ayak tau...

Pukul gula dan telor hinga kembang.... guna la mixer nanti muscle tumbuh banyak sangat

Gaul tepung bersama telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh. Kena uli dgn tapak tangan macam uli doh roti canai. x mainlah lembut2.. agak2 doh tu boleh di canai ok lah tu. santan x semestinya habis digunakan. Nak tunggu jadi doh yang lembut tu yang tak larat, lenguh2 tangan.... Pas tu terap2 dan sabu dengan kuning telor dan tabur dengan bijan. Bakar hingga masak.

Dah siap pun biskut bangkit kelapa Mummy

Amacam ok tak biskut bangkit santan Mummy... teringat la biskut bangkit yang emak buat dulu2. Mummy rasa lain  kali (ntah bila lain kalinye...) kena uli lagi lama. Dan Mummy kena cetak biskut ni tebal sikit... Mummy bagi 3/5* je la... rasa okey memang rasa bangkit kelapa cuma tak berapa rapuh je...tapi tak le tahap baling ke dinding dinding pecah....ahahah.

Selesai buat bangkit kelapa Mummy sambung buat almond london pulak. Biskut dia dah siap tinggal nak coated dengan choc je.

Thursday, September 23, 2010

Raya 2010 : Episod (Kuih Raya)

Masih lagi n3 pasal raya ... alah rayakan 30 hari (walaupun posa x cukup 30 hari... heheh) so Mummy akan pastikan sepanjang bulan Syawal ni Mummy ada 30 n3 yang berkaitan dengan raya....  kalu dah tak ada cerita pasal raya boleh cerita pasal jalan raya, lebuh raya, bunga raya atau hantu raya gak la.....


Banyak2 kuih raya kuih apa yang uols paling suka tahun ni? Ni Mummy punya top 3, kuih2 raya yang Mummy suka tahun ni.

Rempeyek kacang tanah ni Mummy order dari kakak Mummy, Datin S. Mummy rasa tahun ni rempeyek dia sedap sangat sebiji cam emak buat. Walaupun tepong dia tebal tapi rangup sangat. Mummy order 4 balang tinggal 1 1/2 balang je kat rumah.

Mummy memang hantu dodol lagi2 kalau dapat dodol yang sedap. Dodol ni Yin Wong Kulai yang bagi pada kami semua. Mummy kan orang yang terakhir balik dari kampung so Mummy tak tau dodol sapa yang tertinggal kat kampung, so Som dah bawakkan kat Mummy. Dapat dua la Mummy. Kira untung dan asobah untuk orang yang balik lambat la... kira halal la ye pada sapa yang tertinggal dodol tu

Bangkit kelapa ni Mummy order dari Kak Long... rasanya Mummy sorang yang makan.

Pagi ni Dania ada jamuan raya kat SmartReader so kena pakai baju raya la.

Control senyum tak nak bagi nampak rongak... hari2 tanya bila gigi dia nak tumbuh. Kalau tak tumbuh dia kata duit raya nak buat gigi palsu cam opah pakai.

Friday, September 3, 2010

Kuih raya ...

Tadi Mummy buat n3 pasal duit raya, la ni nak cerita pasal kuih raya pulak lah. Tapi kan kalau dah ada kuih raya kenalah ada bekas untuk isi kuih raya tu kan... So masa gi Alamanda beli kasut anak2 Mummmy capai le sekali bekas kuih ni. Campak cam cantik lah pulak dan yang penting kedap udara. Yang ada kat rumah tu dari zaman tok kaduk lagi.

Yang dalam kotak besar tu set 6 biji dan Mummy tambah 2 bekas design yang sama tapi saiz besar sikit.

Close-up sikit... Camanalah boleh tak perasan...penutup dia ak sama warna la pulak. Yang bekas saiz kecil tu penutup gold tapi yang bekas besar tu silver color la pulak... bantai je lah labu... malas Mummy nak pegi Parkson untuk tukar...cantik tak?

Ini pulak biskut bangkit kelapa yang Mummy import dari Kota Tinggi. Kawan Kak Long yang buat... satu balang ni 100pcs cuma RM30 je... dan rasanya memang mables...Mummy suka sangat...

Layan biskut ni lepas buka puasa semalam. Dafiy pun habis makan 3 ketul... lemak2 manis dan rangup... orang ni menggunakan acuan yang sama selama bertahun2... bijan pun penuh dia abur bukan 2-3 biji je, dan yang pasti tak rentung cam yang Mama Miraki beli tu....

Monday, August 30, 2010

Uli-uli Aidil Fitri Bermula!

Ini n3 yang terlewat. Tapi sebab busy dan balik kampung tak sempat nak upload. Cuti Nuzul Quran , Jumaat lepas Mummy mulakan xtvt uli2 Aidil Fitri. Sempatlah buat biskut almond london bangi, snow almond dan cornflakes chocolate. Bila dah siapkan barulah terperasan Mummy buat semua biskut berwarna choc... hahaha... tak de warna warni langsung.... tak apa cuit hari kebangsaan nanti Mummy buat kuih yang berwarna warni pulak.

Biskut almond bangi... Mummy baru buat 1 adunan je, dapat dalam 130 biji... nak kena buat 3-4 adunan lagi ni. Bercintanya buat biskut ni nak mengentel tepong la.. bakar sekejap je dan salut choc pun sekejap je. Resepi ada di sini.

Biskut snow almond... sangat sedap...rangup di dalam berchoccolate diluar... biskut ni lecehnye masa nak salut choc dan tabur bread crumb atau kelapa kering. Rupa dah macam kuih kasui je... tapi memang sedap... Yang ini 1 adunan dapat dalam 80 biji, mungkin sebab penerap kuih Mummy ni besar sikit kut... Resepi ada di sini.

Cornflakes chocolat e... sangat mudah untuk dibuat. Tak perlu oven dan yang sewaktu dengannya. Kali ni Mummy tambah badam cincang yang dah dibakar. Memang sedap....1 kotak cornflakes (Nestle) dapat dalam 180-200 pcs. Kalau nak cuba boleh tengok resepi kat sini.

So far ini yang dah siap, to be continued masa cuti hari kebangsaan nanti.

Tuesday, August 24, 2010

The making of ...


Dah nak masuk dua minggu kita puasa so maknanya lagi dua minggu lagi nak raya ni. Camna ni projek buat kuih tak start lagi. Bahan2 sebahagiannya Mummy dah beli, tinggal butter je yang tak beli. Last year lepas sahur je Mummy start buat kuih sikit2. Ntah tahun ni cam terlebih vitamin 'M' la pulak masa sahur kut.... tak boleh jadi ni, nak kena buat gak. Lagipun Mummy cuma order choc chip jer. Nak beli kuih yang jual kat kedai2 tu cam kureng je...

Mummy bukan nak buat berjenis2 sangat pun kuih raya ni, 3-4 jenis je dah le. Buatpun biskut yang sempoi2 dan senang nak buat, tapi rasa sedap!!!

Cornflakes madu... cornflakes + almond slice + kuaci + kacang + kelapa kering... kalau setakat untuk makan2 je kan tak perlu masuk dalam cup comel2 ni, buat style pop-corn je...

Almond london - biskut yang wajib Mummy buat tiap tahun...

Snow almond - sangat suka biskut ini ... crunchy di dalam, rich of choc diluar...

Chocolate cluster @ Cornflakes cluster

Kalau rajin dan ada masa nak buat peanut butter cookies gak. Weekend ni nak balik kg daddy... emmm nampak gaya cuti 31st August kena memulun buat biskut ni la. Sabtu 4th september tu bibik dah nak balik indon....