Thursday, August 18, 2011

Dah mula dah...


Cuti Nuzul Quran... hajat hati nak cuci2 mata kat Ikea tpai Daddy kerja la pulak, so cuci2 mata kat dapor je la akhirnya.

Hari ni lepas Sahur memang terus marathon buat kerja2 rumah dan sambil2 tu sempat la juga buat biskut2 raya. Ala Mummy buat biskut yang simple2 je. Weekend ni boleh sambung buat yang renyah sikit.

Hasil hari ni

Walau busy camanapun pada Mummy kalau nak raya kena gak buat biskut raya sendiri sejenis dua, baru ada feel nak raya. Anak2 pun seronok je dapat tolong kacau. Kalau tak pandai buat biskut yang susah2 buat je lah biskut yang senang2 cam Mummy buat ni.


Cornflakes madu

Resepi Cornflakes Madu

Bahan A :
1 cawan butter/margerine
3/4 cawan gula
5 sudu makan madu
2 cmt esenvanilla

Bahan B :
1 kotak cornflakes (Mummy guna Nestle Cornflakes 275gm)
1 cawan almond slice (bakar dahulu)
1 cawan kismis (nak guna black current pun boleh)
1/2 cawan ceri merah (dicincang)
1/2 cawan ceri hijau (dicincang)

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan Bahan Am dan cairkan di atas api sehingga pekat.
2. Masukkan esen vanilla
3. Campurkan Bahan B dan Bahan A yang telah dicairkan
4. Masukkan ke dalam cawan kertas
5. Bakar 10-15 minit dengan suhu 160'C



Bubble rice choc 


Cornflakes choc or choc cluster

Resepi Bubble rice choc/ cornflakes choc

Bahan-bahan :
Milk Chocolate (kalau guna cooking chocolate rasa sangat manis dan hasil tak berapa shining)
Bubble rice or cornflakes

Cara-cara:
1. Cairkan milk choc secara double boil sehingga cair
2. Masukkan bubble rice/cornflakes sedikit demi sedikit
3. Resepi ni main anggaran ni, so kalau tengok choc berlebih tambahkan lagi bubble rice/cornflakes
4. Masukkan ke dalam paper cup
5. Hias ikut suka, tapi selalunya cornflakes choc orang akan hias dengan dizzle menggunakan white choc dan untuk bubble rice tu tabur je dengan manik warna warni.


Biskut kelapa ceria

Resepi Biskut Kelapa (Mummy guna resepi Mat Gebu - mintak izin copy paste ye CMG)

BAHAN-BAHANNYA :-)

225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
200 g mentega (atau secukupnya)
 

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan ceri untuk hiasan
Kelapa kering, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
2.Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
3.Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
4.Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
5.Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 175C selamat 15 - 20 minit, bergantung pada jenis oven masing2. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
6. Mummy kekurangan ceri merah so sebagai alternative Mummy warnakan kelapa kering untuk hiasan tu dengan warna hijau dan merah, tu yang nampak ceria je biskut kelapa Mummy

3 comments:

  1. rajin ko gee....selalu dulu2 kan kalau kita buat apa pun orang akan kata " ko ada bibik boleh lah buat macam2.." ni tanpa bibik pun ko tetap maintain..sebenarnya aku boring ngan ayat2 cam tu tau...apa kita ingat semua kita suruh bibik buat ke kan....itu standarad kekawan selalu ckp cam tu kan..hehehehhe

    ReplyDelete
  2. Mama Miraki - bukan nak sombong la tapikan walaupun selama ni Mummy ada bibik, tapi xtvt biskut raya ni dia tak pernah terlibat langsung. Seronok kan buat biskut raya ni sebab masa ni memang mood raya melonjak naik...anak2 pun seronok dapat main terap2 biskut...tu akan jadi kenangan dia orang setiap kali puasa bila dah besar nanti dan bila kita dah tak ada

    ReplyDelete
  3. lain orang lain minatnya...
    anak2 akan ada memori gak ngan kita...biler raya emak ayah selalu jalan2 cari kueh....
    as long as hari raya tetap meriah...

    ReplyDelete