Wednesday, August 3, 2011

Sebelum & Selepas


Gambar yang langsung tiada kaitan dengan n3 kali ni

Last Sunday Mummy sambung ops bersih kat rumah Nilai lagi. Kali ni betul2 fokus tingkat bawah je, tingkat atas tak sentuh langsung.

Layan je la gambar2 ni ye.... sakit hati, sakit jiwa, sakit pinggang dan yang sewaktu dengannya


Awas lantai licin.... kerja2 pembersihan sedang dijalankan... Start dengan kawasan kabinet dapor.

Tengah memulun sembur air kat kabinet tu tetiba melompat keluar si mak menti yang saiz XXXL. So Daddy apa lagi terus di talanya water jet tu kat mak menti tu la. Puas le mak menti kena mandi. Bila dah pening2 lalat tu Mummy tekan dia dengan penyapu dan berjaya gak mak menti dimasukkan dalam perangkap tikus.... Si Dania beria2 nak bawak balik dan nak bela. Dia ingat ni emak hamster kut.... Memang patutlah ada tikus dalam kabinet tu dah sampah sarap penuh


Bukan setakat sampah sarap  je tapi bateri kereta, wiper, absorber semua ditinggal dalam bilik emak


18 bulb lampu sudah ditukar

Selepas 3-3.5 jam operasi area dapor akhirnya inilah hasilnya.... tengok lah gambar sebelum di sebelah kiri dan gambar selepas sebelah kanan.


Sinki dapor

Dapor masak ku...

Kitchen hood. Lepas kena sental bersih berkilat kan...boleh buat bercermin lagi

Sinki @ dining hall

Assistant Mummy yang sangat2 rajin



Tak sanggup nak tengok


Bila la nak siap ni.... sakit pinggang dah ni


Pukul 6.30 pm stop buat kerja dan kemas2 nak balik bangi. So inilah hasil operasi pembersihan untuk kali ini. Nampak la sikit rupa rumah orang ...


Bilik emak yang dah kosong dan bersih sebab dinding dah cat baru. Wardrob dah tak elok so kita orang bakar.


Bilik yang Mummy jadikan surau. Dari 5 bilik kat rumah ni Mummy rasa orang yang tinggal dalam bilik ni yang paling pembersih. Dia tak de tinggalkan banyak sampah or barang yang tak guna dalam bilik dan laci, kalau ada pun sampah kertas sikit2 dalam drawer tu.


Kitchen bar... dulu ada dua kitchen bar stools. So pagi2 b4 gi kerja kita orang breakfast kat sini la. Stools tu dah migrate ke Bangi yang tinggal kerusi utk meja makan. Tinggal 4 je kerusi yang elok dan dua lagi dah patah.

Kabinet dapor yang dah bersih, rasa nak masak2 je kat sini.....


Main living area.. sofa tu dah naik lunyai kan.. ada orang tu kata dia nak meja jepun Mummy tu tapi dah bertahun tak diangkut pun...


Tak sempat nak menggantung semula gambar nostalgia tu...


2nd living room... kalau Mummy buat kenduri, area ni jadi port utk suku sakat Mummy berkumpul (dibaca sebagai bergossip). Langsir2 semua Mummy dah tanggalkan. Rasanya dah dua tahun kut tak bercuci langsir tu.

So as of now tingkat bawah almost settled dan bersih, tinggal nak cat je. Tu project lepas raya nanti la. So nanti kalau ada tenant baru dia orang tinggal mop2 sikit je.

1 comment:

  1. aku rasa selama dia orang menyewa memang tak pernah kemas rumah le, nak sental bilik air jauh sekali, bagi dia orang asal leh berteduh n tidur tak kena ujan n panas sudah...

    ReplyDelete