Friday, August 26, 2011

Cuti macam tak cuti

Jummat 26 Ramadhan, Mummy dah start cuti raya. Patutnya Isnin depan baru start cuti tapi memandangkan banyak lagi benda tak settled 'terpaksalah' (ntah sapa yang paka kan!!!) ambik cuti awal. Lepaas sahur sambung buat cornflakes choc dan salut choc kat almond london. Sambil2 tu kemas2 rumah dan cuci kain baju.

Ni je biskut2 raya yang Mummy ada... untuk kat rumah, bawak balik kg Mummy dan balik kg daddy. Alhamdulillah sempat gak buat biskut2 ni... cuma snow almond je yang tak sempat dan ada sejenis lagi biskut yang namanya sangat pangan Mummy cadang nak buat tapi rasa cam tak sempat je, tak pe la dah raya nanti baru buat pun boleh gak kan..

Lepas siap buat biskut raya, lari sekejap cari tudung kat Ariani. Sampai dalam 10.30am so orang tka ramai sangat dan dapat pilih yang mahal dengan selesa. Sejam je kat Arini terus balik rumah sambung operasi ops BERSIH.

Malam ni aktiviti nak mop lantai atas dan kalau sempat nak kemas baju untuk bawak balik kg dan xtvt anak2 masukkan duit dalam sampul duit raya la.

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir Batin
    Semoga Aidilfitri Tahun ini lebih, ceria, bahagia

    Mat Som Dan Famili

    ReplyDelete