Thursday, August 25, 2011

Mood yang jatuh merudummmmmmmmm

Menghitung hari ... detik demi detik ...

Mood kerja memang dah zerooooooooooo... fikiran dah melayang sampai ke kampung.. terbayang2 sibuk nak pegi pasar beli ayam, daging dan segala... beratur nak beli santan (silap2 kena ambik nombor) ... berulang alik dari rumah ke PS, ada je barang yang kurang dan nak dibeli...

Tahun ni memang turn semua adik beradik Mummy beraya di kg Mummy, tahun lepas masing balik rumah in-law dulu. Memang excited la...perjumpaan dwi-tahunan dimana semua anak cucu cicit Allahyarham Hj Omar dan Allahyarhamah Hjh Amanah akan berkumpul di rumah pusaka. 9 anak + 8 menantu + 26 cucu + 4 cucu menantu + 5 cicit = 52 orang berkumpul serentak.... kecoh2 masah, kecoh2 nak mandi, nak makan, nak posing ramai2... walau kecoh2 tapi tu la kenangan paling best kan...

Sebenarnya bila dah raya tu dah tak seronok sangat tapi yang paling best sehari dua sebelum raya tu, so untuk tahun ni masing2 akan balik ke kampung insyallah pada hari Ahad. Mungkin ada yang sampai pagi tengahari petang or malam, so nak senang selalunya kami akan bawak lauk pauk sorang sejenis, bila dah kumpul2 banyak la, kat kampung tinggal masak nasi je, ye la dah rumah pusaka tak ada orang duduk jangan la nak mengharap sampai2 kampung hidangan dah tersedia...

Mummy ni excited nak balik kg tapi urusan kat rumah sendiri tak selesai lagi..hehhe... biskut2 raya tak selesai lagi, rumah tak kemas, kain baju nak balik kg pun tak kemas lagi...nak kena tampal check-list kat pintu bilik ni...

2 comments:

  1. Hari Khamis minggu hadapan...masih ada beberapa keluarga dan ada yg dah balik ke rumah mentua atau balik rumah sendiri...suasana makin hening dan sayu nak meninggalkan rumah pusaka. Itulah realitinya...

    ReplyDelete
  2. saya tak tau saya sampai kampung kul bape malam raya tu... tgk application document client makin bertambah nak hujung2 ni... tahu la org jepun, china, taiwan, german, tu semua xcuti raya... agak2 la... huhuhu... sedih... so many thing, in a little time... i'm freaking out... gigil~

    ReplyDelete