Monday, August 1, 2011

Senaman sebelum puasa ...

Cerita dah agak basi tapi tak pe la nak cerita gak... last Friday Mummy ambik cuti purposly sebab nak gi bersenam kat Sogo dengan Mama Miraki.


Mummy keluar rumah cam nak gi opis, kul 8am. Dah janji dengna Daddy nanti jumpa kat Sogo dalam kul 10am.

Persiapan awal untuk 'meredah' Member's Sales Day @ Sogo .. pakai sandal or kasut flat je, jangan gatal2 nak pakai kasut tumit tinggi yang halus ala2 nak buat 'jalan kucing'. Kasut ni Mummy pakai masa buat umrah dulu, selesa sangat2. Selain tu tak perlu le nak beraksi ayu ala2 wanita Melayu Terakhir sangat bawak handbag tu, bawak je sling bag senang. Kalau ada porch bag pun ok gak.

Dari rumah sampai lepas tol Sg Besi jalan lancar je, cam tak banyak kereta la pulak. Ke sebab ramai yang tido lagi frust tengpok bola Msia kalah...heheh. Sampai je kat TUDM Sg Besi traffic dah start lambat gilos. Masa tu dah sms'ing Mama Miraki. Dari TUDM nak leps ke Istana Negara ambik masa hampir sejam. Rupa2nya ada eksiden kat depan Istana. Lepas dari Istana je laluan lancar semula.



Mummy keluar kul 8am.. dan 9.49am baru dapat masuk ke entrance parking Sogo. Jam terus depan Istana Negara sebab ada eksiden. Sepatutnya dari rumah Mummy ke Sogo ni paling lama pun  30 minit je. Apa2hal pun syukur gak sebab dapat parking kat basement Sogo ni,senang sikit nak mengangkut barang.

Masa Mummy sampai Sogo si Mama Miraki tengah pening kat children department tengok orang cam ulat.


Kat ground floor orang dah berkerumun memilih barang


Agak2 kalau dah ramai orang macam ni camana nak memilih ye?

As usual bila ada member's Sogo Sales ni orang bukan takat dari KL je... yang buat rombongan Cik Kiah dari Kuantan, Seremban & K.Trengganu pun ada. Daddy sms dan call Mummy banyak kali, dia sangkut kat jam. Pas tu bila dah sampai dekat area Sogo tu jalan kena tutup la pulak, pusing sampai ke Sime Darby, by that time dah almost kul 1pm, lastnya Daddy give-up nak masuk Sogo terus gi solat je...


Take turn Q untuk bayar ngan Mama Miraki.


Mama Miraki ni dah tertidur ke apa?


Ni yang yang panjang2 q ni masing2 nak membayar la... Time ni jangan le nak mengatal nak cari kaunter yang pendek, jangan harap le dik non, semua kaunter orang Q sampai berlapis2


Mama Miraki gigih beratur nak . Akak bau belang depan Mama Miraki tu sure dah sakit pinggang sebab baerdiri lama sangat...


Apa lagi nak beli yer???


Selepas 1st round letak dulu barang dalam kereta, makan solat dan sambung lagi misi


Jangan shopping sampailupa solat... penuh dalam surau ni. Walaupun surau agak besar tapi sebab ramai orang terpaksa menunggu gak le untuk solat.


Yang ni gigih beratur untuk ambik voucher pulak.


Yang... tolong transfer RM lagi 3K, tak cukup lagi ni


Voucher ni mungkin akan ditukar dengan kasut or perfume. Sikit je Mummy shopping kali ni


Tuan punye blog masa nak balik dah...

Pukul 4.45 pm baru gerak keluar dari Sogo, sangkut kat depan Pertama je dah almost 45 minit. Mummy sampai rumah 7.30pm.Tu dia shopping sakan...

Ni je hasil erjahan ke Sogo kali ni... mungkin akan ada sesi terjahan seterusnya kut... ya la voucher tu tak kan nak buang je kan.. betul tak Mama Mirai?

Ni je yang dapat untuk Dafiy, 6 helai t'shirt dan 3 jeans panjang. Nak kena beli seluar pendek 2-3 helai dan sleeveless .... 

Daniel cuma dapat 4 t'shirt dan jeans sehelai.... jeans tu ketat la pulak.... nak kena bawak di gi Parkson Alamanda la cari seluar panjang dan pendek. Lupa la pulak nak snap Danish punye... dia dapat 4 thirt dan 2 jeans je

Yang ni paling tak puas hati... cuma dapat dress sehelai, jeans sehelao, set barbie 2 pasang dan blouse je. Mummy tak tau la tahun ni memang tak banyak gaun atau semua orang dah rembat. Yang pasti untuk anak dara ni memang perlukan sesi terjahan ke shopping mall lagi

Towel pun nak beli masa ni gak hehe.... towel ni 100% cotton after discount cuma RM10 je

Untuk Mummy ni je ... cadar king Akemidan 2 biji bantal Jean Perry... setahun beli bantal 2 biji, tu pun time offer cam ni... ya la nak beli bantal sebiji RM89 mau fikir 18 juta kali... time offer ni 2 biji RM80 je... Yang pasti bantal jenis ni guna bertahun2 pun tak kemek.... dah cukup le Mummy ada  6 biji bantal cam ni...

Resit mesti ditunjukkan untuk tujuan claim... hahahhah

Overall,Mummy rasa kali ni kureng sikit hasil tangkapan Mummy, faktor utama sebab shopping sorang2 dan nak kena memilih dan memberil untuk 4 orang anak. Tahun2 sebelum ni memang shopping dengan Daddy so selalunya Mummy pilih untuk Dania dan Dafiy dan Daddy pilih untuk Daniel & Danish. Lepas 2-3 jam jumpa kat mana2 tempat yang kosong sikit untuk urusan tapisan. Lepas ni nak gi Parkson Alamanda la...dekat sikit ngan rumah.

No comments:

Post a Comment