Tuesday, August 2, 2011

Abah Dalam Kenangan - 8th Anniversary

Abah dalam kenangan...

2/8/2011 (Isnin) - Hari ni genap 8 tahun Abah pergi meninggalkan kami semua. Pergi yang tak akan kembali lagi. Tak sangka sekejap  je dah 8 tahun. Balik kampung bulan lepas Mummy sempat ziarah pusara emak dan abah.

Lepas subuh tadi Mummy baca catatan adik Mummy, Mama Miraki hari-hari terakhir Abah, tapi tak sanggup nak habiskan. Rasa sedih la sangat.


Signboard rumah emak dan abah...


Pusara emak dan abah yang berdekatan...

Semoga emak dan abah damai di sana. Kami di sini tidak pernah melupakan emak dan abah. Walaupun jarak di antara kita semakin jauh tapi emak dan abah tetap dekat di hati kami. Al-fetehah untuk emak dan abah.

2 comments:

  1. lepas baca diary terakhir abah yang menyentuh perasaan tu, aku tertidur. aku mimpi abah ngan emak. seronoknya aku rasa dpt bersama mereka, bila tersedar rupanya cuma mimpi....

    ReplyDelete
  2. aku rasa aku org yg paling kerap abah n mak talipon bertanyakan "tak balik buka kg ? "sebab aku yg paling dekat. tapi apakan daya..aku yg tak rajin menalipon dia.Kalau ler masa leh diputar kembali.....

    ReplyDelete